17,167,024 total views, 544 views today

Siapa Aku Jika Aku Bukan Blogger

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Bro Framestoen 25 Tahun Spritzer
Aku mula menulis blog sekitar tahun 2006 dan masih meneruskan sehingga kini. Dah macam jadi kerjaya pula sekarang ini.

Banyak perbezaannya dulu dan kini.

Dimana kini ramai blogger tumbuh bak cendawan selepas hujan dek mengejar populariti, trafik, duit dan inginkan perhatian.

Dulu pun ada, cuma tak sama macam yang sekarang.

Ada yang cakap,

Aku ini blogger otai, popular, femes, boroi, bajet hensem etc (itu orang kata, dan aku selitkan sedikit apa yang aku kata)

Tapi aku sedar, dimana sebenarnya aku bermula…

Semestinya dari bawah.

Bertahun kot baru merasa berada dimana aku berada sekarang ini.

Dapat jemputan jumpa artis, dapat tengok movie percuma, dapat melancong percuma, dapat banyak barang percuma, dapat masuk tv, dapat masuk majalah, dapat projek berbayar dan terbaru, dapat jadi duta kempen.

Semuanya tak melalui syarikat-syarikat besar seperti Nuffnang etc.

Aku buat sendiri, buat PR sendiri, bina network sendiri, kadangkala syok sendiri bajet macam ramai orang kenal. Sedangkan aku hanya serangga, hidup dalam belantara la la la la (aku lupa lirik doh).

Siapa Aku Jika Aku Bukan Blogger

Erm……!!!!

Susah nak cakap…

Bagaimana jika aku katakan aku sekarang mungkin seorang ahli politik. Mesti korang tak percayakan he…23x Ada aku kisah, Mungkin juga tercalon untuk jadi Menteri Besar (sekurang-kurangnya ada extra nama boleh disertakan sekali dengan nama YB Azmin Ali untuk jawatan Menteri Besar Selangor).

blogger otai malaysia

Sekitar tahun 2007-2008

Aku sendiri ditawarkan jawatan Setiausaha Sulit kepada beberapa orang ahli parlimen.

Terus terang aku katakan, aku tolak mentah-mentah bila fikirkan masa depan aku masih panjang lagi. Lebih-lebih lagi bila lihat apa yang terjadi pada salah seorang kenalan aku.

Walaupun aku sendiri tak tahu siapa benar dan siapa salah.

Siapa yang digunakan dan siapa yang dipersalahkan. Begitulah bila kita hidup dalam kancah politik yang ada surut naiknya.

Adakalanya kita diatas, adakalanya kita tiada dimana-mana. Habis madu, sepah jadi Sepahtu.

Alhamdulillah

Masih ada rakan-rakan seperjuangan yang masih berbakti kepada ahli politik mereka. Ada juga yang dah up level menjadi orang yang berpengaruh dalam politik (tak kisah parti mana sekali pun).

SONY DSC

Aku?

Alhamdulillah juga, masih ada orang-orang lama yang mengenali aku.

Walaupun pun kebanyakannya aku ambil langkah berkecuali. Setakat nak borak-borak perkena teh tarik, aku tiada hal. Support-support belakang pun, aku tak de hal. Asalkan jangan pergunakan aku sebagai batu loncatan je.

Buat masa sekarang, aku lebih selesa jadi blogger.

Tak menulis pasal politik, tetapi tulis perihal diri sendiri.

Sekurang-kurangnya, aku pong pang pong pang sekalipun semuanya berkaitan dengan aku, aib aku atau masuk bakul angkat sendiri. Berbanding dari jaja aib orang, jaja rahsia negara, jaja maruah sendiri untuk dapatkan sokongan.

Jika diberi keizinan, mungkin aku akan kembali dan mungkin tidak.

Sebab aku sendiri tahu tahap kemampuan yang aku ada, mungkin dah tak sama seperti dulu. Berat tanggungjawabnya yang perlu dipikul, apa-apa pun utamakan keluarga dulu.

Keluarga Bahagia Mohammad Nor Ismail Behrang Stesyen

Kalau ikutkan, aku tak perlu dedahkan semua ini.

Teringat lagi blog politik yang aku miliki tahun 2007-2008 dulu. Ramai yang datang komen dan banyak positive impact yang diterima. Ada yang ajak bersemuka, ada yang ajak perkena teh tarik dan ada yang masih berkawan sehingga kini.

Bagaimana pula dengan anda, sekiranya anda bukan blogger?

Jemput baca kisah rakan blogger sekiranya mereka bukan blogger :-

  1. Mohd Fairiz aka ReezLuv.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

49 thoughts on “Siapa Aku Jika Aku Bukan Blogger

  1. mcm best plak nk buat entri balas ni..ehe

    1. Sila kan.. Nanti gua akan sertakan kredit untuk orang dtg ke blog mu dari entry ini

  2. confirm dkna kakitangan kerajaan sampai bersara heheee

    1. Maknanya dah jadi kakitangan kerajaan baru start berblog ek

  3. Teringat akan artikel kak Jie mengenai “berpencen dari blogging”.

    1. Ada juga terbaca satu ketika dahulu

  4. belum boleh tulis entry mcmni lg coz masih baru sangat dlm dunia penulisan blog ni..Insyaa Allah 1 hari nanti akan buat entry mcm ni jugak..:)

    1. Ok dah nak cecah 3 tahun dah nie, dah boleh tulis pasal ini he…23x

  5. kalau bukan blogger ofkos la nad bekerja..takpun jadi suri rumah sepenuh masa..hahaa..bisness madu

  6. Aku pula siap boleh berehat beberapa tahun.
    ni nak menulis balik….

    1. Sekarang, masih berehat atau tidak?

  7. Kalau aku bukan blogger?..hhmmm…

    Mungkin penoreh getah kot bro..atau buruh kelapa sawit..kerja yang mengeluarkan peluh..badan sihat.. 🙂

    Apa pun, nice entry bro..

    1. Aku juga minat menoreh getah atau jaga ladang kelapa sawit.

      Ada rezeki sikit macam nak ushakan ladang sendiri.

  8. bestla dpt g jalan2 kalau jd blogger..dpt join mcm2 event..hehehhe

    1. Itu apa yang orang nampak, yang orang tak nampak?

  9. salam singgah, menarik entri ni. sebab tu woshh.. terus klik hehe. studioous.blogspot.com

    1. Terima kasih sebab sudi singgah…

  10. untunglah dpt gi jenjalan jd blogger famous nie (^_~)

    1. Sekarang nie, Macam iena lebih famous dari Bro je? Tapi xpe, sekurang-kurangnya dah rasa pergi melancong luar negara dengan Iena hahahah

    2. haha oit komen tahun bile reply ni

    3. He…23x best artikle ini, ramai pulak yang komen tapi Bro xbalas. Bro sedar, Bro bukan retis so kena la balas balik komen dorang

  11. Best Entri Bro .. niat yang baik pasti berjaya cam ni, Semoga Allah permudahkan 🙂

    1. Terima kasih, entri biasa2 je nie. Sekadar berkongsi rasa.

  12. semoga terus jaya bro…kita smeua bermula dari bawah..cuma kualiti usaha yang membezakan kita

    1. Sukar juga nak jaga kualiti usaha, kenkadang terbabas juga.

  13. Kawan setiausaha politik?
    adakah An IB punya? ha ha…

    Tapi seriously.. bro memang hebat…

    1. Yup, ramai je kawan yang jadi setiausaha politik, dan salah seorang pernah berkhidmat dengan beliau.

      Hebat la sangat.. Hakkk tuiiii

  14. hehehe buatnya jadi menteri besar ke 16?

    1. Ada terbaca artikle, Sultan Selagor cakap kerusi Menteri Besar Selangor ini berhantu.

      Banyak benda tak baik terjadi dekat sesiapa yang pernah memilikinya.

  15. Tumpang lalu je sambil nak tinggal jejak…

    aku lebih suka baca blog syok sendiri macam kau ni bro dari blog kontrol2 macho femes bagai… wuahahahaha

    1. He…23x Ok pe blog syok sendiri dari buat blog untuk orang lain syok, tapi kita xrasa apa-apa… habis duit renew domain setiap tahun dan renew hosting tiap bulan…

  16. jadi blogger lagi mudah dari jadi ahli politik

  17. kalau bukan blogger pun..aku pun rasa macam aku tak jadi cikgu.

    Aku mungkin akan jadi geologist. hoho..

    1. Tapi hang sesuai jadi cikgu.

  18. apa2 pun …yang penting dapat berkongsi dan mengubah kehidupan orang lain ke arah yg lebih baik..Tahniah

    1. Masih lagi berusaha ke arah yang lebih baik dari sebelum nie.

  19. Tetiba deno terbayang bro framestone sebagai YB……. Ermmmmm

    1. Tak de dah ciri2 sebagai seorang YB huhuhu

  20. kalau tak, pangkal mungkin YB…heee. Eloklah tak tulis pasal politik, kena pro mana3 parti, banyak sangat kontrovesi. tahniah bri dah sampai tahap yg membanggakan sekarang.

    1. Terima kasih, malangnya rasa makin jauh kebelakang. Tak tercapai nak mengejarnya.

  21. no wonder muka bro mmg ala2 ahli politik…

    common bro, klu bro masuk politik, kita semua undi lah!:)heheh

    1. Dulu tahun 2007, ada sorang tue muka macam Bro.. memember pun ada yang cakap… Tapi bro dah lupa siapa nama dia…

      Erm tak pe kot… Now just backup rakan2 yang masih aktif je. Nak aktif balik, tunggu pintu hati terbuka balik…

  22. Kalau aku bukan guru, aku jadi blogger sepenuh masa…he..he…he..

  23. Shahzeeq Shahren

    Tahniah bro, lu memang otai

    1. Kah kah kah.. Lama xsembang projek dengan mu.

  24. entri lama rupanya.. hihi tp seronok baca..

    1. Seronok gak baca entry2 lama dekat blog nie…. Macam syok sendiri la pula

Leave a Comment