June 27, 2025

Menangi 100 Tiket Percutian Dengan Menyertai Peraduan Instagram #A2017LiveUnplanned

peraduan #A2017LiveUnplanned di InstagramSamsung Malaysia Electronics menawarkan pakej percutian menarik untuk empat orang bagi setiap pembelian telefon pintar Samsung Galaxy A (2017) bermula sekarang hingga 4 Mei ini.

Pelbagai pakej percutian menarik boleh dimenangi termasuklah menikmati panorama indah matahari terbenam di Bali, menghirup udara segar di Seoul, bermain dengan ombak yang memecah pantai di Phuket atau bersuka-ria di taman tema di Gold Coast.

Semua itu boleh didapati secara percuma apabila anda menyertai peraduan #A2017LiveUnplanned di Instagram.

Syarat Sertai Peraduan Instagram #A2017LiveUnplanned

Syarat menyertai peraduan ini amat mudah.

Anda hanya perlu memuat naik gambar atau video detik ‘YOLO’ anda di Instagram dan sertakan sekali keterangan paling kreatif dengan hashtag #A2017LiveUnplanned, #myGalaxyA2017 dan tag @samsungmobilemy.

Jangan lupa, pastikan akaun Instagram anda dalam mod ‘Public’.

Selain Bali, Seoul, Phuket dan Gold Coast, anda juga berpeluang memenangi percutian indah ke Pulau Langkawi, Pulau Redang, Cherating, dan Kota Kinabalu!

Sebanyak 100 tiket penerbangan bagi 8 destinasi terlibat untuk dimenangi. Malah penginapan turut ditanggung sepenuhnya oleh Samsung.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini, dapatkan Galaxy A (2017) dan sertai peraduan #A2017LiveUnplanned ini yang akan berakhir pada 4 Mei depan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.samsung.com/my/a2017liveunplanned.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

4 thoughts on “Menangi 100 Tiket Percutian Dengan Menyertai Peraduan Instagram #A2017LiveUnplanned

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *