Seperti yang pernah Bro nyatakan tempoh hari mengenai Kejutan Nandos Bagi Tahun 2017,
Kini, Nando’s Malaysia telah memperkenalkan perasa baru yang akan dihidangkan bersama ayam Peri-Peri, yakni Mango & Lime.
Perisa Mango & Lime ini berasal dari Afro-Portugis dimana ia mampu memberi dimensi masam-masam manis kepada mereka yang inginkan sesuatu kelainan ketika menikmati ayam Peri-Peri.
Rasanya, bukan sekadar masam + manis ;)
Masih terselit rasa pedas Peri-Peri padanya, sekaligus tidak menafikan keenakan Ayam Peri-Peri yang selama ini dihidangkan kepada anda di Nando’s
Perisa Mango & Lime di Nando’s Malaysia
Mesti ramai yang tertanya-tanya, macam mana rasanya?
Ianya lebih kurang sama macam anda menikmati ayam yang dipangang sambil menikmati sos peri-peri bersama hirisan buah mangga (bukan mangga kunci rumah) dan perahan air limau.
Memang rasanya lain macam enaknya.
Sesuai bagi mereka yang suka sesuatu hidangan yang manis, tidak terlalu pedas dan ada masam-masam sedikit (ala lidah orang Malaysia).
Bukan itu sahaja, Nando’s juga memperkenalkan minuman Tropical Fruitea yang mengasyikan umpama berada di pulau tropika.
Sama seperti ayam Peri-Peri, minuman baharu ini merupakan madley kepada Mango & Lime iaitu gabungan jus oren dan teh limau.
Untuk pengetahuan anda,
Perisa Mango & Lime sudah menjadi hit di United Kingdom dan Australia untuk beberapa tahun, kini giliran Malaysia pula untuk merasai kehangatan dan kemanisan Mango & Lime.
Berita baik! Nando’s Malaysia menambah Mango & Lime sebagai menu kekal (Bukan menu bermusim).
Buat masa ini, Perisa Mango & Lime hanya disajikan bersama ayam Peri-Peri. Jika permintaan tinggi, mungkin Nando’s Malaysia akan memperkenalkan ia dalam botol sos.
Maklumat lanjut mengenai masam manis Nando’s layari www.nandos.com.my atau laman Facebook Nando’s Malaysia www.facebook.com/nandosmy.
Bicara Bro : Tak puas makan.
Sebab belum ada lagi sos Mango & Lime dalam botol disajikan di Nando’s. Kalau tidak, boleh nampak bagaimana ayam Peri-Peri merenang-renang dalam lautan sos Mango & Lime atas pingan Bro he…23x ;)
#VlogRetis #Projek2017 – Perisa Terbaru Mango & Lime di Nando’s Malaysia
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
wow! mesti best ni.. nak try nanti!
Try la…. ;)
SA kurang gemar Nandos..tp tgok gambar ni..rasa macam terpanggil plak nak makan Nandos…