Atas beberapa urusan yang tidak dapat dielakkan, Bro sekeluarga menetap di Kuala Lumpur untuk beberapa hari, tak larat nak ulang -alik ke Rawang.
Lokasi pilihan, Sunway Putra Hotel yang terletak berhadapan dengan PWTC untuk 3 hari 2 malam.
Lagipun Bro memang ada agenda di Ekspo Buku Malaysia 2016 yang berlangsung di PWTC, begitu juga dengan beberapa temujanji dengan beberapa klient / individu berdekatan.
Puan Isteri pula bercuti untuk 3 hari itu.
Maka tak salah rasanya bawa mereka menemani kita. Sekurang-kurangnya walaupun kita busy bekerja, masih ada masa untuk bersama keluarga.
Rupa bilik yang kami diami bagi tempoh 3 hari 2 malam.
Nampak selesa untuk kami seisi keluarga, dengan ruang yang agak luas untuk beri keselesaan untuk anak-anak bermain. Paling menarik, workstation yang disediakan.
Sepanjang 3 hari 2 malam,
Workstation ini merupakan tempat Bro melakukan kerja sambil melayan karenah anak-anak. Rasa macam nak buat workstation macam ini dekat rumah.
Simple, tapi nampak macam berstyle.
Ini pula tempat Bro melepak aka bersantai sambil melayan karenah si anak.
Terima kasih Traveloka kerana menawarkan hotel ini pada harga lebih rendah berbanding yang lain.
Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur
100, Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +60 3-4040 9888
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
looks comfy and big this room.
Yup, berbaloi dengan harganya…
berapa harga satu malam bro?
Bro amik 2 hari dalam RM5++
saya pn br booking thru traveloka..syok..yg penting murah
Yup betul tue, yang penting murah.
Saya pernah duduk di sini 6@7 tahun lepas. Masa tu belum di buat penjenamaan semula bawah Sunway. Biliknya totally tak berubah. Menarik
Jangan kata hotel, bahkan mall juga banyak perubahannya. Rasa macam masuk tempat baru, tak sama macam yang terdahulu.
sunway ambik alih ya. dulu rasa lain kan
Yup, Sunway ambil alih ;)
Menarik bilik dia. Seronom bila stay kat hotel..hotel yg kita duduk tu comfy ja untuk sekeluarga
Bro agak cerewet juga sebenarnya dalam pemilihan bilik hotel. Kalau boleh nak ada ruang yang besar dan luas untuk anak bermain.
duduk depan dua biji komputer yang tak tahan tu. hahah
Ada benda yang boleh dibuat dengan Window dan ada yang boleh dibuat pada Mac, ok la… dah biasa kerja macam nie
Malas lepak bilik bleh pi shoppoing kat mall sebelah kan….wow..sangat2 convenient..