Perkasa Industri Penulisan Digital Melalui Forum Bloggers Sempena Ekspo Buku Malaysia 2016

16,900,834 total views, 391 views today

Perkasa Industri Penulisan Digital Melalui Forum Bloggers Sempena Ekspo Buku Malaysia 2016

Forum Bloggers Sempena Ekspo Buku Malaysia 2016
Alhamdulillah, berpeluang menjayakan forum blogger yang dianjurkan sempena Ekspo Buku Malaysia 2016 di PWTC.

Forum ini bertajuk Cabaran Online Dan Pembangunan Buku Negara, menampilkan 3 blogger yang berlainan latar belakang untuk berkongsi pendapat dan pandangan masing-masing.

Ekspo Buku Malaysia 2016 ini anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN).

Program ini diketengahkan oleh rakan blogger, Khir Khalid bertujuan menyahut cabaran arus modernisasi dan menyumbang memperkasa industri penulisan digital negara.

Blog – Industri Penulisan Digital

Forum Blogger - Ekspo Buku Malaysia

Mungkin ramai yang tidak menyedari, bahawa kini blog bukan sekadar diari online bahkan ia boleh dianggap sebagai salah satu platform penulisan digital yang punyai pembacanya yang tersendiri.

Menurut wakil YPBN, saudara Zakry Saed,

Blog merupakan salah satu sumber kandungan kepada perpustakaan terbesar di dunia, yakni Google dan enjin carian yang lain. kandungan ia mudah dicapai hanya dengan sentuhan jari pada peranti pintar.

Setiap hari, pelbagai kandungan dihasilkan berkali ganda lebih banyak dari buku yang ditulis.

Aspirasi Forum Bloggers Sempena Ekspo Buku Malaysia 2016

Berlainan pula dengan pandangan Tetamu Kehormat, Tuan Haji Amir Hassan selaku pengasas Denaihati Network,

Beliau mengatakan bahawa, banyak blog diluar sana tidak diketengahkan atau dimartabatkan penulisannya, kerana banyak pihak memandang serong kepada blogger.

Bukan semua blogger adalah sama, cuma disebabkan ‘Blogger Nakal’ ini, mencalar sedikit imej blogger yang lebih baik.

Bagi Mohd Nor Ariffin Hamzah, selaku Pengasas Projek Blogger Utara pula,

Tujuan beliau mengasaskan Projek Blogger Utara bertujuan mengumpul blogger-blogger yang berada disebelah Utara sebagai satu keluarga.

Tiada syarat untuk menyertainya.

Forum Bloggers – Cabaran Online Dan Pembangunan Buku Negara

Forum Blogger - Ekspo Buku Malaysia
Forum ini menampilkan 3 orang blogger yang berlainan latar belakangnya. Bagi Bro, bukan calang-calang blogger yang dijemput sebagai panel.

Antara blogger yang terlibat adalah :-

Gaya perkongsian dan pandangan masing-masing juga berbeza. Bro sendiri rasa rendah diri bila duduk sebaris dengan mereka ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Page with Comments

  1. Alhamdulillah… dapat juga mendengar lontaran pandangan dari blogger berpengalaman yg lama dalam industri spt Bro. Terima kasih kerana sudi terima undangan dan hadir demi memartabatkan industri blog tanah air. Moga Allah sentiasa membantu segala usaha kita semua… aamiin. Terima kasih 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *