Pasti ramai yang tertanya-tanya, apa sebenarnya #Projek2017 yang Bro jalankan sehingga diperkatakan di kalangan blogger?
Sebenarnya #Projek2017 terbahagi kepada beberapa fasa. Untuk permulaan ini, Bro tengah mencari mereka yang berani untuk bercakap di depan kamera.
Kenapa?
Sebab Bro nak create komuniti vlogger dari kalangan blogger.
Market sekarang ini, sanggup spend lebih duit untuk kandungan dalam bentuk video berbanding dalam bentuk bertulis. Perkara ini, Bro tidak dapat dinafikan bila beberapa kali ditawarkan untuk buat projek dalam bentuk video atas permintaan klient.
Dan bayaran yang Bro terima, lebih kurang sama dengan nilai dengan artikle yang Bro karang sebagai advertorial.
Baru-baru ini, sewaktu Forum Blogger sempena Ekspo Buku Malaysia 2016.
Ada panel yang menekankan bahawa kita sebagai blogger perlu berkembang. Bukannya hanya berada ditaraf yang sama sepanjang masa.
Bro sendiri akui kebenarannya setelah sedekad berblog.
Ramai yang nak jadi vlogger, tetapi tak berani. Yup, tak berani. Tak berani nak tunjuk muka. Tak berani nak bercakap depan kamera.
Sebenarnya, tak pasti sebab tak berani atau malu.
Ketahuilah mereka yang kurang malu ketika bercakap di depan kamera sehingga menjadi viral (video yang elok-elok sahaja). Kini mampu menjana pendapatan hingga 5 angka sebulan.
Ada juga yang ditawarkan berlakon atau terlibat dalam iklan komersial.
So sampai bila korang nak berada di taraf yang sama sebagai seorang blogger. Bro tak cakap korang kena berhenti berblog / tutup blog. Tetapi memperkayakan kualiti yang sedia ada pada korang sebagai seorang blogger.
Mana tahu, sampai masanya untuk anda digelar sebagai retis. Baru Blog Retis ada banyak cerita pasal korang.
Sampai bila kita perlu berada ditahap yang sama?
****
Video taken using Huawei P9 Lite (kamera hadapan)
Yeahhhh betul tuh, bro. Sebabbbb tuhhh gigih jugakk cakap depan kamera. Membebel sorang sorang. Thank you, bro!
Terbaik… moga dipermudahkan urusan yang kita rancang untuk #Projek2017 nanti.
nak buat Vlog tu belum pernah sekalipun..tunggu kumpul kekuatan nak berdepan dengan kamera sambil bercakap
Moga diberi kekuatan ;)
Saya selalu malu, lg2 kalau nak bercakap kat video… huhu… all the best utk project baru bro :)
Boleh punya sebenarnya.. siapa cakap xboleh. Mesti ramai yang suka tgk video deno nanti. caya la.
good luck utk smua yg berani utk projek2017 …saya tk brp mesra camera…pemalu..neves hehe…tu psl ms shooting masak2 chef ismail kuar tv nasibaik bkn live hehe
Kalau live, apa la jadi ek ;)
Tulah masalah dia… deno ni emm segan, malu.. tulah masalah si dayangdeno… haishh
Hahahah alasan je tue. Tapi hari tue, ok je sembang dengan bro
setakat bercakap aje..
takde masalah rasanya.
hari-hari dok berleter aje.
haha..
Cikgu kalau tak bercakap, macam mana la dia mengajar ek
Dengan bro okey.. dengan blogger2 lain pun deno okey(ada juga malu2 hihi) cuma depan kamera buat video segan rasanya.. bagi deno apa yg bro buat ni bagus sebab boleh latih bina keyakinan diri.. tapi deno tulah.. haishh
Vlog ni menarik.. mmg patut join, belajar n explore peluang yg baru. Melatih diri dan bentuk personaliti jugak utk lebih berkeyakinan.. terbaiklah! :)
Tak de vlog yang seterusnya ke ustaz?
moga maju jaya bro!!