Untuk pengetahuan anda semua, EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya telah kembali beroperasi.
Peluang ini Bro tidak lepaskan dengan mengajak beberapa orang rakan / kenalan untuk datang dan merasai sendiri pengalaman yang menyeronokan di sini.
Alhamdulillah, dapat kumpul beberapa orang kawan yang berminat untuk mencuba sesuatu yang ekstrem di EnerZ selepas membaca artikle di blog ini.
Nampak tak bertapa terujanya mereka bila datang ke sini.
**** Sedang Dikemaskinikan ****
Mempunyai keluasan 80,000 kaki persegi, EnerZ Indoor Extreme Park menjadikan ia salah satu di antara Indoor Extreme Park yang terbesar di Asia.
Kebanyakan aktiviti disini sesuai untuk pelbagai peringkat umur yang gemarkan aktiviti extreme dan adventure.
Di EnerZ, bukan setakat ada Trampoline, bahkan mereka juga menawarkan Foam Pit, Dodge Ball, Air Bag, Sky Ropes, Wall Climbing, Gut Builder untuk kanak-kanak dan juga basketball dan badminton court!
Terkini, EnerZ menambah tiga platform baru yang lebih mencabar, iaitu Gladiator, Meltdown dan Ninja Warrior.
Jom Menang Samsung Galaxy Note 7
Alang-alang dah sampai ke sini, rugi pula tak sertai contest selfie ini.
Mudah sahaja untuk sertai dan anda mungkin boleh memangi Samsung Galaxy Note 7 dengan hanya mengambil selfie di EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya.
Tarikh tutup penyertaan pada 16 Oktober 2016.
Tiket Masuk EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya
OFF PEAK (3 jam / weekdays)
Universal Pass : RM39.00
Universal Pass + Return Ticket Special : RM 49.00
Family Pass / 2 dewasa + 2 kanak-kanak: RM117
Group of 8 Passes: RM240 (RM30 each)
Group of 20 Passes: RM560 (RM28 each)
PEAK (2 jam / weekends, public holidays, school holidays)
Universal Pass : RM46.00
Universal Pass + Return Ticket Special : R59.00
Family Pass / 2 dewasa + 2 kanak-kanak: RM138
Group of 8 Passes: RM288 (RM36 each)
Group of 20 Passes: RM680 (RM34 each)
Sumber : ieyra.com – Minah ini jalan kaki dari LRT Taipan ke EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya. Katanya dalam 1KM lebih je jaraknya.
Kalau rasa, tak larat nak jalan kaki. Boleh spend duit dengan menaiki pengangkutan awam ke sini.
Lebih berbaloi datang ke sini bersama rakan-rakan, boleh dapat harga lebih murah.
Bagi anda yang ingin mencuba, anda boleh dapat ke alamat dibawah ini. Just Waze sahaja EnerZ Indoor Extreme Park.
EnerZ Indoor Extreme Park
Lot 791, Persiaran Subang Indah,
Subang Jaya, Selangor
Tel: 011 1500 0066
Website: www.enerz.my
Facebook : https://www.fb.com/EnerZIndoorExtremePark/! Instagram : @enerz_extremepark
Waktu Operasi
Isnin hingga Jumaat – 2pm hingga 10pm
Sabtu – 10 am hingga 10pm
Ahad – 10am hingga 7pm
Public/Scholl holiday – 10am hingga 10pm
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
Mmg sgt seronok layan indoor extreme sport di EnerZ ni… jiwa remaja muncul kembali. Kompem akan dtg lagi… beriadah santai sekeluarga pun syok. Thanks invite bro… jadi gian nak smackdown nie… best!!! :)
Kalau nak lagi, apa kata pakat reramai pergi sesama. Baru best main reramai ;)
Syoknyeeee….
Nape la takde kat Ganu ye…eceh
Susah nak jawab tue
Aktiviti yg sihat dan menyeronokkan untuk seisi keluarga. Bolehlah simpan bajet bawak famili ke sini.
Seeloknya datang beramai-ramai, lebih murah dan lebih keseronokkan ;)
great place for family time.
Yeahhhh jom repeat lagi ;)
Hehee yeayy. Ade gmbo selpie dalam ni. Hahaa. Nnti pi nk maen badminton lak eh
Untung la.. femes… ada orang amik gambar tengah selfie
nice sharing
Menguji fizikal nak apungkan diri. :)
Aktivitas yang asyik bersama keluarga …
Menyenangkan Sekali :D
Wow! Enerz ni sesuai utk Aktiviti sekeluarga jugak. Anak sy memang suka aktiviti-aktiviti lompat ni ?
Jom repeat lagi nak he…23x Seronok kalau dapat spend masa beramai-ramai di sini ;)
Den pernah p kat sini, main laluan berhalangan kena naik tangga naik atas. Kalu badan tak fit dinasihatkan jangan la naik. Den sangkut kat perut wak segan perut je hehe.
Oh, part tue, awal2 kena sedar diri…
Kalau risau sangkut dekat perut, kita main benda lain pula… bagi perut makin berketul2, bukan seketul.