17,167,066 total views, 586 views today

Cabaran EnerZ GST di EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya
Kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti sukan ekstrem.

EnerZ Extreme Park, Taman Ekstrem dan Arena Sukan Tertutup pertama di Asia telah melancarkan Cabaran EnerZ G.S.T. dilaman sosial.

Lokasinya terletak di Subang Jaya dengan keluasan melebih 80,000 kaki persegi,

EnerZ Extreme Park menyediakan fasiliti dan aktiviti bersesuaian dengan pelbagai peringkat umur terutama bagi mereka yang muda, yang berjiwa muda dan mereka yang ingin membakar lemak.

Cabaran EnerZ G.S.T.

Cabaran EnerZ G.S.T. (Gut Builder – Sky Ropes – Trampolines) memerlukan anda melakukan salah satu aktiviti yang ada disini :-

  • Gut Builder
  • Sky Ropes
  • Trampolines

Kemudian rakam atau ambil gambar sewaktu anda beraksi dan muat naik ke lama sosial – facebook atau instagram dengan hashtag #EnerHereICome #EnerzGSTChallenge dan #EnerzWhoDaresMe.

EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya

Jangan lupa tag rakan-rakan yang anda ingin mereka sahut cabaran dari anda.

Bro dah cuba, malangnya Bro belum pilih siapa mangsa yang ingin Bro cabar. Kalau berminat, boleh roger Bro he…23x

Ok, ini video percubaan pertama dari Bro.

Korang gelak la puas-puas. Sekurang-kurangnya Bro dah cuba, korang bila lagi?

EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya

Mungkin anda tertanya-tanya, apa sebenarnya yang menarik disini? Disini ada Amber Chia, model dan pelakon terkenal di Malaysia he..23x

Amber Chia EnerZ Indoor Extreme Park

Amber Chia EnerZ Indoor Extreme Park

EnerZ Indoor Extreme Park
Kenapa Amber Chia ada dekat sini?

Oh beliau dijemput untuk menunjukkan skill beliau kemudian mencabar rakan-rakan modelnya yang lain untuk menyahut cabaran EnerZ G.S.T.

Kemudian gambar mereka dimuat naik ke laman sosial facebook dan instagram. Ini membuatkan ramai pengikut mereka dilaman sosial teruja untuk menyahut cabaran EnerZ G.S.T ini.

Jurulatih Berpengalaman - EnerZ Indoor Extreme Park

Tak reti?

Jangan risau, jurulatih berpengalaman disediakan.

Kebanyakan mereka mempunyai ijazah sains sukan dan juga merupakan bekas atlet negara. Rugi tak berkenalan dengan mereka terutama yang bertudung itu.

Jom layan video aksi mereka. Kredit kepada Iena Eliena.

Nampak tak aksi mereka yang memukaukan.

Anda juga boleh beraksi seperti mereka jika mendapat tunjuk ajar dan belajar dari mereka. Tak rugi, jika ianya mampu memberi manfaat kepada anda semua 🙂

Personal Coaching - EnerZ Indoor Extreme Park

Terima kasih Encik Jimmy sebab sudi ajak Bro cara sebenar untuk main benda ala ini.

Jika anda berminat nak mencuba, anda boleh datang ke

EnerZ Indoor Extreme Park
Lot 791 Persiaran Subang Indah,
47500 Subang Jaya, Selangor

Untuk maklumat lanjut tentang Enerz Indoor Extreme Park, anda boleh layari www.enerz.my atau facebook page fb.com/EnerZIndoorExtremePark

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 thoughts on “Cabaran EnerZ GST di EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya

  1. Permainan indoor yang menguji fizikal.

    1. Ada masa, jom la turut serta 🙂

  2. haha amboi share playlist terus bro
    lalalla mayu la saye

    1. Ops…!!! adeh… macam mane nak amik just video nie je… Xpe la.. kira halal je la..

  3. Uncle Zuan

    kenapa macam xde jemputan je? opsss

    1. Nak ke? Kalau nak, next time Bro petik nama mu ek 🙂

    1. Jom nanti, kita pergi nak x?

  4. and Bro, what did you do sampai ketepi lompatnya tu? XDDD

    1. Oh, itu faktor alignment masa melompat larik he…23x

  5. macam best je….yg lompat2 tu semuanya badan slim-slim….heee

    1. Yang baru nak lompat je tak beberapa nak slim

    1. Jom la… roger bro dekat fb

  6. Perghh bro dah melompat awal rupanya hahaha.

    Jumpa esok bro.

Leave a Comment