Dua pelumba Pasukan F1 Scuderia Ferrari, Sebastian Vettel dan Esteban Gutiérrez telah memandu Ferrari California T sebagai sebahagian acara Shell V-Power: Science of Driving Excitement
Ia merupakan satu eksperimen untuk mengukur tahap keseronokan semasa memandu.
Eksperimen Shell ini telah diadakan di Senawang dan membabitkan penggunaan pemantau biometrik oleh juara dunia empat kali Formula One™ pemandu Scuderia Ferrari Sebastian Vettel, pemandu Scuderia Ferrari ketiga Esteban Gutiérrez, serta para pemandu biasa dalam kenderaan yang dijana oleh Shell V-Power.
Di samping itu, pemandu uji Scuderia Ferrari Marc Gené juga menyumbangkan kemahiran memandunya bagi eksperimen yang mengujakan ini.
Vettel berkongsi mengenai keterujaannya ketika perlumbaan mahupun pemanduan biasa,
“Saya memang suka rasa dan sensasi memandu, dan nyatanya semakin bagus sebuah kereta, pengalaman saya akan semakin menarik.
Jadi jika anda berpeluang memandu Ferrari, boleh dikatakan anda sangat bertuah, kerana ia kereta yang terbaik.
Selain itu, bahan api jugalah amat penting. Shell V-Power yang saya gunakan semasa perlumbaan adalah sangat serupa dengan Shell V-Power yang boleh kita perolehi di stesyen minyak Shell.”
Sementara Vettel berkongsi kisahnya di jalan raya, Gutiérrez pula pelbagai senario memandu yang memacu adrenalin di litar rekaan khas yang membabitkan pemecutan agresif, replikasi keadaan monsun yang basah, ‘freestyle slaloms’ serta memecut melalui terowong yang merangsang deria.
Gutiérrez memakai baju biometrik yang canggih untuk memantau perubahan denyutan jantung, pernafasan serta daya-G bagi memahami tahap keseronokannya sepanjang pemanduan.
Keputusan masa nyata semasa pemanduan menunjukkan, dalam lima saat sebelum pemecutan dari garis permulaan, denyutan jantung Gutiérrez meningkat sebanyak 5% berbanding denyutan jantungnya dalam keadaan rehat, yang menunjukkan ketidaksabarannya untuk aktiviti pemanduan prestasi itu.
Pada tahap kemuncaknya, denyutan jantung Gutiérrez mencatatkan peningkatan 15% daripada kadar asasnya apabila dia memecut menerusi terowong.
Sepanjang pemanduannya, kadar pernafasan Gutiérrez meningkat sebanyak 20% secara puratanya berbanding kadar pernafasan dalam keadaan rehat.
Berkongsi mengenai pengalaman tersebut, Gutiérrez berkata,
“Memandu kereta pada had maksimanya dan mencapai prestasi tertinggi memang terasa cukup menakjubkan! Saya amat menikmati setiap detik pemanduan saya!”
Hasil eksperimen ini menunjukkan tidak kira betapa berpengalaman seseorang pemandu, pemanduan boleh menjadi satu perkara yang menyeronokkan untuk semua.
Kereta-kereta Ferrari yang digunakan untuk aktiviti pemanduan ini diisikan dengan bahan api Shell V-Power yang direka khas untuk menjana kuasa dan prestasi enjin menerusi pencegahan dan penyingkiran sisa-sisa kotoran dalam enjin yang mampu menjejaskan kuasa kenderaan.
Kenapa dia orang tak bagi peluang dekat pengunjung Pandu Uji Ferrari ni.? Kalau ada kan best… hehehe
Bro pun teringin nak test drive Ferrari tau.. Kalau la dapat…
bestnya kalau terpilih menguji kereta ni
Kan…..!!
Tengah uji pandu, terus bawa balik buat macam harta sendiri.
shell v power terasa bezanya. teringin juga nak bawak F1 tu….heeee
pergh..kalaulah gua dapat pandu kereta ni