Dalam kehidupan suami isteri mahupun yang berkeluarga, pasti ada pasang surutnya.
Jangan pula kita menganggap ianya sesuatu yang negatif dalam perhubungan, tetapi ambil ia sebagai sesuatu yang positif dimana dalam perhubungan perlu ada masam manisnya untuk menjadikan satu perhubungan itu lebih bermakna.
Paling penting, perlu ada sefahaman supaya sesuatu masalah itu dapat diselesaikan dan tidak menjadi barah dalam perhubungan.
Tertekan macam mana sekalipun, jangan lupa untuk tersenyum.
Ok, Bro tak tersenyum hahahaha
(Sekurang-kurangnya sewaktu menaip artikle ini, Bro ada juga tersenyum bila teringat balik “peristiwa” ketika gambar ini diambil)
Menurut Indeks Perhubungan Prudential 2016 yang julung kali diterbitkan, telah menemui beberapa fakta menarik yang mungkin mengujakan dan mengejutkan anda.
Indeks ini bertujuan untuk memahami tentang tahap kepuasan dalam perhubungan peribadi di Malaysia dan di seluruh Asia.
Dari 10 buah negara / wilayah di Asia, Malaysia menduduki tangga ke-5 daripada segi kepuasan orang ramai tentang perhubungan peribadi mereka.
Bagaimana pula dengan anda?
Adakah anda berpuas hati dengan perhubungan peribadi anda? Anda boleh jalani ujian Indeks Perhubungan di www.prudentialrelationshipindex.com/my/relationship-index
Ini merupakan keputusan ujian yang Bro sertai, bagaimana pula dengan anda?
Indeks Perhubungan Prudential 2016
Dari Indeks Perhubungan Prudential 2016 yang Bro baca, Bro tertarik dengan isu Keluarga & Kewangan : Sebagus Manakah Kita Berkongsi?
Tidak dinafikan, kewangan juga merupakan salah satu faktor yang mampu memberikan impak negatif dalam hubungan kekeluargaan, tidak kira suami isteri mahupun ibubapa dengan anak.
Pasangan yang berkahwin akan sama-sama berkongsi sumber kewangan untuk membesarkan anak-anak dan menjaga ibu bapa. Tetapi sejauh manakah kita memahami dan adakah kita sanggup berkongsi status kewangan bersama pasangan?
Menurut penemuan terkini Indeks Perhubungan Prudential 2016 mendapati bahawa pasangan di Malaysia secara amnya tidak berkongsi kewangan mereka.
Ini kerana hanya 39% daripada rakyat Malaysia yang telah berkahwin mempunyai akaun bank bersama, dengan hanya 5% yang mempunyai hanya akaun bersama dan tiada akaun persendirian.
Perkaitan antara wang dan perhubungan mungkin wujud kerana 47% daripada pertengkaran disebabkan oleh hal-hal kewangan.
Ini mungkin sebabnya mengapa pasangan menguruskan kewangan mereka secara berasingan, walaupun sudah berkahwin. Adakah ini kerana kita tidak mahu berkongsi hidup sepenuhnya atau mungkin sebagai langkah berjaga-jaga?
Keengganan pasangan untuk berkongsi sepenuhnya status kewangan mereka mungkin berpunca daripada sikap was-was yang sepatutnya ditangani secara lebih sihat, terbuka dan saling mempercayai.
Bro sendiri akui,
Bro seorang yang kurang suka berkongsi status kewangan, tetapi pembelanjaan keluarga memang diurus sepenuhnya oleh Bro sendiri.
Tip Pengurusan Kewangan Bila Berkeluarga
Setiap pasangan perlu berbincang tentang kewangan tanpa melibatkan emosi dan perlu bersama-sama dalam setiap langkah.
Kita mempunyai sikap yang lebih baik dengan ibu bapa dan anak-anak, tetapi mungkin perlu belajar berkompromi dengan pasangan masing-masing.
Jika kedua-dua pihak terus berdegil, membuat keputusan yang tidak bijak serta terus mempertahankan diri, semua orang akhirnya akan menanggung beban.
Maka, apa pendapat anda mengenai indeks perhubungan anda sekarang?
Anda boleh dapatkan maklumat lengkap mengenai Indeks Perhubungan Prudential 2016 dengan melayari www.prudentialrelationshipindex.com/my/
Syukur alhamdulillah hasil kerja keras masih mula-mula kerja mula menampakkan hasil. Masa mula-mula kerja mampu pakai motor Kriss 110 selama 16 tahun. Mind set ketika itu target
1. Nak settle hutang MARA sebelum kahwin. Berjaya dilaksanakan walaupun terlajak sikit.
2. Beli rumah pada tahun 2003
3. Hutang kereta selesai 2015
4. Tahun lepas berjaya settel hutang 2 kredit kad selang sebulan. Ter-alpa sekejap dengan nikmat kredit kad.
Pernah lalui zaman ikat perut apabila perbelanjaan sekadar cukup-cukup. Maklumlah sahajalah seorang sahaja yang mencari nafkah sementara isteri suri rumah sepenuh masa. Hari ini syukur alhamdulillah lega sesangat sebab tidak ada hutang melainkan hutang rumah sahaja. Pengalaman dan kesilapan lalu memantangkan cara pengurusan wang keluarga.
Dari zaman bujang lagi pelbagai portfolio simpanan diantaranya:-
1. Skim pencen Anuiti KWSP
2. Unit Amanah dengan KWSP
4. Unit Amanah potong gaji
5. Skim Persaraan Swasta(PRS) potong gaji
Tipulah kalau kata akan setia susah dan senang. Kalau tak ada duit nak soru tentu perut lapar mana boleh tahan.
bagus info ni bro
kebahagiaan memang berkait rapat juga dengan tahap kewangan seseorang..
ia memang sukar sangat untuk dinafikan
Betul tue, tapi kalau terlebih duit pun, ada juga yang tak bahagia