Ini Dayang Deno (Bukan Rashid),
Beliau merupakan SLE/Lupus Fighter, Blogger dan juga Doodler. Kenal sejak 3-4 tahun dahulu. Kali pertama berjumpa sewaktu Floria Putrajaya 2015.
Dia berumur….. Tak lama lagi nak masuk 30 tahun.
Eh, biar betul Bro?
Awat muka dia nampak macam umur 12 tahun je?
Erm… Kalau ikutkan sewaktu umur beliau 12 tahun, beliau disyaki menghidap SLE/Lupus. Yup, itu kejadian beberapa belas tahun yang dahulu.
Ini menyebabkan jiwanya terkurung dalam badan budak kecil.
Untung la…!!!
Apa yang untungnya?
Untung la, umur dah tua nampak macam budak kecil lagi.
Sebelum anda kata “untunglah”, apa kata anda baca dulu fakta berkenaan dengan SLE/Lupus.
Nampak ceria sahaja Dayang Deno kan. Bro juga nampak ceria (ke nampak muda tertiba)
Tetapi disebalik keceriaan beliau, ada ….. Erm…!! Bro tahu dia kuat, dan mampu bertahan hingga kini.
Sebab itu, tiap kali berjumpa. Bro akan layan dan hiburkan hati dia.
Dia sedikit demi sedikit tarik jiwa Bro untuk dekati dunia doodle. Perkenalkan Bro dengan rakan doodle dan juga SLE/Lupus Fighter yang lain.
Terima kasih Dayang Deno untuk artikle – Dia Bro. Terharu sangat, walaupun Bro tiada la istimewa atau power sangat T-T
Jemput baca blog beliau – www.dayangdeno.com
Iklan : Terima kasih Kotak Lensa kerana sudi menaja Photo Booth bagi Majlis Sepetang Bersama Blogger 2016. Banyak gambar dapat kami abadikan disini.
Jika inginkan perkhidmatan photo booth bagi majlis anda, anda boleh layari www.kotaklensa.com atau hubungi +6 019 900 1191 (Klang Valley) & +6 012 579 7955 (Ipoh)
Isteri saya suka hasil seni Doodle Dayang Deno..
Bro letak doodle beliau dekat sebelah meja yang Bro selalu gunakan untuk buat kerja.
Kejab2, bro akan usha… then teringat dekat dia.
Cool picture Bro n deno..
Bro pn dh kurus skit..
Yeahhhh… Seronok bergambar dengan dia. Sambil dia layan kegilaan Bro he..23x eh kurus ke?
semoga dikurniakan kesihatan yg baik
Harapnya macam tue la
ternampak juga aritu..tapi disebabkan aku tak ingat nama dia, tak jadi plak nak tegur.ahaha
Selamat gua tegur je semua. Maybe sebab gua nie jenis yang mesra alam kot
Alaa asal la ritu tak sempat jumpa dayang deno ni..
Oh, dia duduk antara meja paling depan.
Baru first time jumpa Dayang Deno ni kat #SBB2016 hari tu…
Tapi kenal x dia? ada add die dekat fb x?
Baru nak kenal je bro…tapi pernah baca kisahnya…memang da add pun kat FB bro…tapi baru lagi la…
Beliau seorang berbakat dengan tangan yang berseni.
patut la haritu dia addresskan diri dia akak.
ehhh ke sebab rupa aku muda sangat? lalala