Dayang Deno - Royal Floria Putrajaya 2015
Setelah bertahun-tahun mengenali Dayang Deno yang merupakan rakan blogger merangkap SLE / Lupus Fighter. Baru hari ini berpeluang bertemu dengan beliau di Royal Floria Putrajaya 2015.

Tujuan Bro turun ke Royal Floria Putrajaya 2015 adalah semata-mata nak berjumpa dengan beliau.

Dalam masa yang sama nak usha “bunga” yang di”pamer”kan disana.

Walaupun ramai orang yang hadir pada hari terakhir Royal Floria Putrajaya 2015, sedikit pun tak mematah semangat Bro untuk bertemu dengan Dayang Deno.

Cuma terkilan bila melihat bunga yang kurang segar masih dipamerkan disini.

Oh, Bro bukan nak cerita pasal Royal Floria Putrajaya 2015, tetapi tentang Dayang Deno

Dayang Deno – SLE / Lupus Fighter

Menurut Dayang Deno, ramai juga yang gagal jumpa tempat dimana beliau berada. Eh, apa yang sebenarnya Dayang Deno buat di Royal Floria Putrajaya 2015?

Kita tunggu Dayang Deno kongsikan di BRO – Blog Retis Official.

Dayang Deno SLE LupusDayang Deno

Blogger dari Terengganu yang agak lama juga Bro kenali.

Blogger comel cute miut nampak seperti pelajar berumur 12 tahun sedangkan kenyataannya beliau telah berumur 26 tahun (tahun 2015)

Kenapa beliau nampak muda?

Ini semua kerana penyakit SLE yang beliau hadapi sejak berumur 10 tahun lagi. Ini bermakna sudah 16 tahun beliau menyidapi SLE.

Penyakit SLE (Systemic Lupus Erythematosus) ini boleh membawa maut, dimana sehingga kini masih belum ditemui penawar untuknya. Dan pesakit terpaksa bergantung pada ubat-ubatan untuk memperlahankan SLE.

Kadangkala sembang dengan Deno buat Bro rasa sebak.

Macam mana dia boleh bertahan selama ini. Boleh mengusik dan melawak dengan Bro. Nampak ceria memanjang walaupun tiap-tiap hari terpaksa buat dialisis sendiri dirumah. Apa-apa pun teringin sangat nak berjumpa dengan beliau.

Dayang Deno - SLE

Beliau antara blogger yang aktif mempromosikan tentang kesedaran mengenai SLE di blog dan sanggup turun padang.

Ada masa, jemput singgah ke blog beliau – www.dayangdeno.com