Malaysia merupakan destinasi ketiga di Asia yang menjadi lokasi perhentian Siri Jelajah Dunia 1600 Pandas selepas Hong Kong dan Taiwan.
1600 Panda ini tiba di Malaysia baru-baru ini bersama dengan artis Perancis, Paulo Grangeon yang lebih dikenali sebagai ‘Bapa 1600 Pandas” dan disambut penuh meriah dan besar-besaran di Dataran Merdeka.
Dengan tema ‘Mencetus Budaya Pemuliharaan yang Kreatif’, panda-panda yang comal ini akan memulakan perjalanan mereka ke lebih 15 lokasi ikonik di seluruh negara bermula 21 Disember 2014 hingga 25 Januari 2015.
Siri Jelajah Dunia 1600PandasMY
Siri Jelajah Dunia 1600 Panda dimulakan pada tahun 2008 sebagai satu kerjasama di antara WWF dan artis popular Perancis, Paulo Grangeon.
Sejak itu, ianya telah muncul di lebih 100 buah pameran di beberapa buah negara seperti Perancis, Belanda, Itali, jerman, Switzerland, taiwan dan Jong Kong.
Malaysia merupakan lokasi ketiga buat 1600 panda ini di rantau Asia selepas Hong Kong.
Antara sukarelawan yang terlibat.
Siri penjelajahan ini bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang pemuliharaan alam sekitar dengan pendekatan kreatif dan artistik.
Pelbagai spesis haiwan dan tumbuhan yang menghampiri kepupusan, Malaysia merupakan sebuah negara yang mencerminkan keperluan untuk memastikan kemampanan alam sekitar.
Dengan landskap yang unik dan destinasi alam semula jadi yang indah, sektor eko-pelancongan di Malaysia merupakan tumpuan pelancong luar negara untuk menikmati pengalaman hutan lipur serta kepelbagaian budaya.
Bagi anda yang tidak berpeluang menemui panda-panda ini di Dataran Merdeka, anda masih lagi negara berpeluang menemui pmereka semasa acara flash mob di beberapa lokasi tumpuan ramai di Malaysia.
Lokasi Jelajah Dunia 1600Pandas di Malaysia
Antara lokasi di Malaysia yang terlibat dengan siri jelajah ini :-
- Dataran Putrajaya
- Batu Caves, Selangor
- Tasik Taiping, Perak
- Bangunan Stadhuys, Melaka
- Tugu Negara, Kuala Lumpur
- Cheong Fatt Tze Mansion, Pulai Pinang
- Menara Condong Teluk Intan, Perak
Acara kemuncak Siri Jelajak Dunia 1600 Pandas di Malaysia ini,
Akan berlangsung di Publika dari 13-25 Januari 2015, dimana orang ramai berpeluang untuk bertemu panda dengan lebih dekat.
Ini merupakan satu-satunya peluang bagi orang ramai untuk bergambar dan meluangkan masa bersama apnda di Malaysia sebelum mereka bergerak ke negara seterusnya.
Adoption 1600 Panda dengan harga RM150 setiap unit
1600 panda ini boleh didapati dan dimiliki oleh orang ramai dengan cara “adoption” secara online dengan harga RM150 setiap unit.
Bagi mereka yang berminat, “adoption” akan dibuka kepada umum bermula 12 Januari 2015, dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman Facebook Rasmi 1600 Pandas MY.
Kalau tidak balik kampung boleh pergi lihat panda-panda yang comel. :)
JIka ada kesempatan lawat la mereka… Mereka masih ada di Malaysia hingga hujung januari
Bagus strategi promosi yang mereka lakukan. .. kita boleh gunakan strategi yang sama untuk memperomosikan harimau Malaya. .
He…23x promosikan harimau malaya?
Nak panda satuuu!!
Meh la amik satu… boleh adopt kalau berminat
comel-comel pulak tengok panda kena dukung tue..hmmmm
muka ko pun dah macam ala-ala panda juga dah..ahahaa
Menarik kempen ni Bro.. Thankslah sbb offer. Gambar ramai2 tu gua tak adalah.. tak sempat mintak org ambilkan hari tu.. Jom kita ‘adopt’ panda reramai.. :) :)
pandanya minta satu bangg ..aanakk saya suka liatnya :D
keren kerenn ..
wah..seronok tgk orang bergambar dengan patung panda….rasanya sempat lg nk pegi jenguk panda2 kt dataran ni….
kat area Batu Caves ada la hari ni..tapi sayangnya masa weekdays pula…kena tunggu dorang pusing ke KL semula la ni kalau nak lihat sendiri 1600 Pandas ni :D
Adoption apa? Patung panda tu ke?
RosmizaAliDotComâ„¢