Genap sebulan menggunakan Shell easiGO American Express Prepaid Card (kad prabayar Shell easiGO American Express) untuk mengisi minyak di Shell.
Dengan ini dapat mengawal pembelanjaan minyak setiap bulan dalam masa yang sama dapat mata ganjaran bagi setiap ringgit dan leter minyak yang anda gunakan.
Shell Malaysia telah memperkenalkan Kad Prabayar Shell easiGO American Express yang dikeluarkan oleh Maybank. Kad tersebut merupakan hasil kerjasama di antara dua syarikat kewangan terkemuka, Maybank dan American Express.
Kad Prabayar Shell easiGO bertujuan menyediakan cara pembayaran yang lebih selamat, bijak serta mudah untuk mengisi minyak kenderaan, serta membolehkan anda menikmati pelbagai manfaat lain.
Hadir dengan pelbagai ciri unik, tawaran khas serta ganjaran yang lumayan demi menggalakkan para pengguna membuat pilihan pembayaran yang lebih bijak.
Ia direka untuk mempercepatkan proses mengisi minyak di stesen Shell tanpa melibatkan transaksi tunai, sekaligus membantu para pengguna menjimatkan masa.
Terdapat dua jenis Kad Prabayar Shell easiGO yang direka bagi pemandu kereta dan penunggang motosikal.
Kad Prabayar Shell easiGO dilengkapi dengan pelbagai manfaat serta ciri yang menarik termasuklah Insurans Lumpuh Kekal Keseluruhan (TPD) percuma yang bernilai RM15,000 pada tahun pertama.
Pemegang kad juga dapat menikmati diskaun sehingga 10 peratus bagi pembelian produk pelincir di Shell Select.
Anda juga dapat menikmati fleksibiliti serta kesenangan transaksi tanpa tunai, serta mengurus kewangan mereka secara lebih berkesan dengan cara merancang perbelanjaan Kad Prabayar Shell easiGO mereka terlebih dahulu.
Selain membayar untuk produk dan perkhidmatan keluaran Shell, para pelanggan juga boleh menggunakan Kad PrabayarShell easiGO mereka di mana-mana kedai yang menerima Kad American Express di seluruh dunia.
Starter Pack Shell easiGO American Express Prepaid Card
Anda boleh dapatkan Starter Pack Shell easiGO American Express Prepaid Card pada harga RM15 dimana-mana cawangan atau kedai Select Shell. Pastikan anda berumur 18 tahun dan keatas untuk memohon kad ini.
Kemudian anda dikehendaki mendaftar Kad Prabayar Shell easiGO sebelum menggunakannya.
Lengkap dan hantarkan borang permohonan bersama-sama dengan satu salinan Kad Pengenalan / pasport (depan dan belakang) dengan menggunakan:
- Fax : +603 2070 6868
- E-mel : prepaidcard@maybank.com
- Pos : Pusat Kad Maybank, Tingkat 7, Menara Maybank, 100 Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur.
SMS akan dihantar kepada anda sebaik sahaja Kad anda diaktifkan.
Anda juga boleh dapatkan PIN di mana-mana cawangan Maybank selepas 24 jam kad anda diaktifkan sekiranya anda ingin menggunakan kad ini untuk mengeluarkan wang dari ATM.
Sempena pelancaran Kad Prabayar Shell easiGO, para pemegang kad berpeluang memenangi hadiah-hadiah tunai berjumlah RM450,000 dengan pembelian minimum RM5 dengan Kad Prabayar Shell easiGO mereka. Ini akan diuruskan oleh Maybank bagi tiga bulan yang akan datang.
Seramai 1,500 pemenang akan dipilih setiap bulan untuk memenangi hadiah tunai yang akan dimasukkan ke dalam Kad Prabayar Shell easiGO mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shell.com.my
Harap diantara yang bertuah untuk memenangi hadiah tunai. :)
Terima kasih di atas perkongsian info. . Bagus strategi Shell dengan memperkenalkan kad ini.. tapi dekat tempat saya lebih mudah nak isi minyak dekat stesyen minyak Petronas berbanding Shell.. sebab Petronas terletak dalam perjalanan pergi-balik ke tempat kerja. .
Tahu pasal kad ni.
Ingat nak sambar satu.
apa yang paling menarik pasla kad nie..adalah tak perlu berjalan pergi ke kaunter..hu3
Guna prepaid ni mmg bagus juga sbb dpt mengawal perbelanjaan bulanan yg semakin mencabar skrng ni.. menarik ni Bro. Thanks sharing info ye.. :)
Senang guna kad, kot3 xde cash, ini buat backup .
kad ni kena top up ke?
menarik ni…mengurangkan risiko bergadoh tak nak ke kaunter..hihihi
memang bagus info ni…sbb selalu guna shell untuk isi petrol..
hi bro, kad tu ada caj ke x? yuran tahunan?
Yuran tahunan RM6… dia akan tolak setiap bulan 50sen…. setahun cukup la rm6 tue
oh begitu, tq bro
mudah sekarang ni…tak payah nak beratur panjang kalau nak isi minyak kalau ada kad ni… :D
Ooo.. Macam nak kena apply nih..
RosmizaAliDotCom™
Kne top up duit dlu dlm kad tu,bru boley guna,,cm kad debit la..
Yup, memang macam kad debit.