You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Siri Jelajah Dunia 1600 Pandas Tiba di Malaysia

Siri Jelajah Dunia 1600 Pandas Tiba di Malaysia

1600Pandas MY Tiba ke Malaysia
Malaysia merupakan destinasi ketiga di Asia yang menjadi lokasi perhentian Siri Jelajah Dunia 1600 Pandas selepas Hong Kong dan Taiwan.

1600 Panda ini tiba di Malaysia baru-baru ini bersama dengan artis Perancis, Paulo Grangeon yang lebih dikenali sebagai ‘Bapa 1600 Pandas” dan disambut penuh meriah dan besar-besaran di Dataran Merdeka.

Dengan tema ‘Mencetus Budaya Pemuliharaan yang Kreatif’, panda-panda yang comal ini akan memulakan perjalanan mereka ke lebih 15 lokasi ikonik di seluruh negara bermula 21 Disember 2014 hingga 25 Januari 2015.

Siri Jelajah Dunia 1600PandasMY

1600Pandas MY Tiba ke Malaysia

Siri Jelajah Dunia 1600 Panda dimulakan pada tahun 2008 sebagai satu kerjasama di antara WWF dan artis popular Perancis, Paulo Grangeon.

Sejak itu, ianya telah muncul di lebih 100 buah pameran di beberapa buah negara seperti Perancis, Belanda, Itali, jerman, Switzerland, taiwan dan Jong Kong.

Malaysia merupakan lokasi ketiga buat 1600 panda ini di rantau Asia selepas Hong Kong.

1600Pandas MY Tiba ke Malaysia

1600Pandas MY Tiba ke Malaysia

Antara sukarelawan yang terlibat.

Siri penjelajahan ini bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang pemuliharaan alam sekitar dengan pendekatan kreatif dan artistik.

Pelbagai spesis haiwan dan tumbuhan yang menghampiri kepupusan, Malaysia merupakan sebuah negara yang mencerminkan keperluan untuk memastikan kemampanan alam sekitar.

Dengan landskap yang unik dan destinasi alam semula jadi yang indah, sektor eko-pelancongan di Malaysia merupakan tumpuan pelancong luar negara untuk menikmati pengalaman hutan lipur serta kepelbagaian budaya.

Bagi anda yang tidak berpeluang menemui panda-panda ini di Dataran Merdeka, anda masih lagi negara berpeluang menemui pmereka semasa acara flash mob di beberapa lokasi tumpuan ramai di Malaysia.

Lokasi Jelajah Dunia 1600Pandas di Malaysia

The schedule for 1600 Pandas MY Flash Mob

Antara lokasi di Malaysia yang terlibat dengan siri jelajah ini :-

  • Dataran Putrajaya
  • Batu Caves, Selangor
  • Tasik Taiping, Perak
  • Bangunan Stadhuys, Melaka
  • Tugu Negara, Kuala Lumpur
  • Cheong Fatt Tze Mansion, Pulai Pinang
  • Menara Condong Teluk Intan, Perak

1600Pandas MY Tiba ke Malaysia

1600Pandas MY Tiba ke Malaysia

1600Pandas MY Tiba ke Malaysia

1600Pandas MY Tiba ke Malaysia
Acara kemuncak Siri Jelajak Dunia 1600 Pandas di Malaysia ini,

Akan berlangsung di Publika dari 13-25 Januari 2015, dimana orang ramai berpeluang untuk bertemu panda dengan lebih dekat.

Ini merupakan satu-satunya peluang bagi orang ramai untuk bergambar dan meluangkan masa bersama apnda di Malaysia sebelum mereka bergerak ke negara seterusnya.

Adoption 1600 Panda dengan harga RM150 setiap unit

1600Pandas MY Tiba ke Malaysia

1600 panda ini boleh didapati dan dimiliki oleh orang ramai dengan cara “adoption” secara online dengan harga RM150 setiap unit.

Bagi mereka yang berminat, “adoption” akan dibuka kepada umum bermula 12 Januari 2015, dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman Facebook Rasmi 1600 Pandas MY.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

13 thoughts on “Siri Jelajah Dunia 1600 Pandas Tiba di Malaysia

Leave a Reply

Top