Pelik juga, ini merupakan kali ke-3 Bro datang ke teratak Che Mat Gebu pada bulan Oktober (tetapi tahun berbeza). Jom lihat gambar yang terdahulu.
Dah makan, bulan wajib melawat rumah beliau je.
Cuma ada sekali, Bro datang pada bulan Januari. Sebab Nak bawa Baby Fisha yang baru berusia 3 bulaan berjumpa Pak Tua Mat (Che Mat Gebu biasa bahasakan diri dengan nama itu bila dengan Baby Fisha).
Jika kali pertama, Bro datang nak bagi kad jemputan kahwin
Kali kedua pula, Puan isteri mengidam masakan Che Mat Gebu (waktu itu, puan isteri tengah mengandung)
Kali ketiga ini pula, alang-alang nak ke Johor Bahru, singgah sekejab ke Sedenak. 1st time datang sini tak pakai Waze (sebab dah ingat jalan) & tak tanya Che Mat direction pergi rumah dia.
Langkah Kanan – Menikmati Masakan Che Mat Gebu
Sepatutnya,
Bro datang pada keesokan harinya (Che Mat cakap, nak masak special punya). Tetapi terpaksa tukar dek kerana jadual yang agak padat sepanjang Bro bercuti 2 hari 1 malam di Johor Bahru.
Kemudian, lambat pula inform Che Mat nak datang pagi itu juga.
Elok sampai sahaja depan rumah. Bro msj beliau kata dah sampai. Boleh pula msj Che Mat masuk kata ajak makan tengahari dekat rumah dia he…23x
Itu pun dia sent msj itu sewaktu Bro dah ada dekat depan rumah dia.
Langkah kanan sungguh.
Kami juga dihidangkan dengan Telur Dadar Kembang Setaman sambil perkena Sambal Air Asam Budu untuk menaikan lagi kelazatan Udang Galah Sweet Sour dan Gulai Rebung Lemak Lada Hitam
Memang menyelerakan. Disini, Bro kongsikan beberapa resepi masakan dari Che Mat Gebu :-
- Udang Galah Sweet Sour
- Gulai Rebung Lemak Lada Hitam
- Telur Dadar Kembang Setaman
- Sambal Air Asam Budu
Susah nak cari resepi tertentu dekat blog Che Mat Gebu ini. Banyak sangat resepinya, rambang mata dibuatnya.
Ada masa, jemputlah datang ke blog dia untuk mencuba sendiri resepi yang beliau kongsikan.
Sedapnya udang galah.. Suka gak intai2 resepi baru dari blog cik mat gebu ni.. Hehe..
Ooops! Kantoi. ;p
Rosmiza Ali Official Blog™
Tak pe, dia memang bermurah hati nak share resepi dari blog dia :)
Bro melawat cik mat.. kita cik mat yang datang lawat tapi dalam mimpi semalam.. hahahaha
Untung la cik mat masuk mimpi…
Wah sedapnya udang tu..so melting…dalam gambar pun nampak sedap..
Bro xpandai amik gambar makanan secantik Mat Gebu
bro tak tapau ke gulai rebung tue..nampak macam sedap
Kalau tapau, kurang kick la pula nanti, sebab esoknya baru nak balik rumah
Bro..lain dtg johor singga kota tinggi ye? Pekena sate hubby pula. Ajak mamaniza sekali. Hehe..
Insya’lah.. puan isteri ada gak cadangkan g kota tinggi pula next time
Terima kasih Bro, Iera dan Baby Fisha..
Beli ikan di Tanjung Karang,
Sedar tak sedar hari dah petang,
Ampun maaf mana yang kurang,
Terima kasih sudi bertandang..
Ke Tanjung Karang membeli ikan
Dah petang baru tersedar
Terima kasih dari Baby Fisha, Bro dan Iera Kan
Sedap makan sampai tersandar
he..23x
Wahh sedapnya makanan.. Sedenak dah dkt sgt dgn hometown gua tu hehee.. :D
Nampak pun sedap..sedap lagi yang merasa dari air tangan Che Mat Gebu.
Mesti sedap kan.. tgk gambar pun sudah menyelerakan…
Pergh!! untung dapat rasa masakan PCM live.. he heeh
telur dadar kemban setaman tu takde famabar ke bro…heee. mesti best tu
Tak bagitau pun lauk sedap2, kalau bagitau double sedap lah. Hehe
ala…teringin jugak nak gi rumah che mat…sedenak tu tak ler jauh mana pun…hehehe
Aku memang pasang niat nak jumpa Mat Gebu satu hari nanti. In Sha Allah.
gulai rebung tu memang sedap bangat yea….
sedapnya lahai.tengok gambar je pun dah buat air liur tak tahan nak keluar ni.
ada rezeki nak juga merasa air tangan CM ni.nak kenal juga gerangannya.ehhehe
da sampai depan rumah baru mesej…masa tu time lunch pula…memang tepat la timingnya…dapat rasa masakan che mat gebu…hee
Untung la bro…