Bro Framestone Iera Kan Che Mat gebu
Sejak bergelar seorang bapa, memang susah nak nampak Bro dimana-mana bersama isteri dan anak. Pergerakan agak terbatas dan terikat sedikit.

Bagaimanapun, baru-baru ini tercemar dulu untuk singgah ke Teratak Che Mat Gebu.

Sebab Che Mat pernah request sewaktu isteri mengandung untuk bawa anak kami singgah ke teratak beliau sekiranya kami pulang ke Johor.

Disebabkan baru-baru ini Bro pulang ke Johor untuk mengambil anak dan isteri yang baru selesai berpantang. Bro cui peluang untuk bertemu dengan beliau.

(Nanti ada orang meroyan dekat facebook, tag gambar makanan je memanjang nanti kalau kehendak dia tidak ditunaikan – sorry tau Che Mat)

Nur Elfisha Tiffin Biru

Maka akhirnya,

Fisha dapat juga bertemu dengan Che Mat Gebu siap masuk rumah terus berbekalkan “tempoyak” (dia berak bila sampai).

Fisha juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Tiffin Biru Keramat milik Che Mat Gebu. He..23x macam la dia nak bergambar sangat.

Tapi benda ini juga yang bakal menjadi kenangan beliau bila sudah besar nanti.

Masakan Che Mat Gebu

Apa-apa pun terima kasih, Bro ucapkan kepada Che Mat Gebu kerana sudi menerima kehadiran kami anak beranak. Dulu datang berdua, kemudian berdua setengah. Kali ini bertiga pula.

Mana tahu selepas ini berempat pula kan (bak kata Che Mat)

Terima kasih juga untuk hidangan yang disediakan oleh tuan rumah. Pehhhh memang sedap – Sambal Sotong Kembang Berkacang dan juga Ayam Masak Lemak Cili Padi.

Kalau nak tahu resepinya, kena la usha blog Tiffin Biru ek :)