Happy Chinese New Year 2019 (CNY) buat rakan-rakan dan pembaca blog yang meraikannya.
Sedihnya, dah beberapa tahun tak dapat angpow seperti tahun-tahun sebelumnya. Dulu bila tibanya Chinese New Year pasti ada klient dan juga bos yang hulur angpow.
Kali ini, tidak lagi.
Paling terasa bila Chinese New Year kali ini tidak dapat meraikan bersama Mejar David Teo yang selama ini kami bekerjasama dalam satu industri. Pemilihannya untuk tukar strategi bisnes membuatkan Bro tidak dapat meneruskan kerjasama.
Buat masa ini, Bro lebih fokus pada keluarga dan juga bisnes sendiri yang mula berkembang.
Maka sempena tahun baru cina ini, Bro nak pasang azam baru dek kerana azam tahun baru 2019 tidak bermula dengan baik (Bro jatuh sakit sepanjang Januari 2019 & ianya bukan sesuatu yang positif).
Nota Kaki : Alhamdulillah, Chinese New Year kali ini kami adik beradik dapat juga berkumpul menguruskan Kenduri Tahlil bersama. Dapat khabaran tak lama lagi akan dapat anak buah baru.
Malangnya, Bro tidak dapat untuk turut serta buat keluarga mertua yang pergi menyunting bakal menantu.
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter