Sejak bergelar seorang bapa, memang susah nak nampak Bro dimana-mana bersama isteri dan anak. Pergerakan agak terbatas dan terikat sedikit.
Bagaimanapun, baru-baru ini tercemar dulu untuk singgah ke Teratak Che Mat Gebu.
Sebab Che Mat pernah request sewaktu isteri mengandung untuk bawa anak kami singgah ke teratak beliau sekiranya kami pulang ke Johor.
Disebabkan baru-baru ini Bro pulang ke Johor untuk mengambil anak dan isteri yang baru selesai berpantang. Bro cui peluang untuk bertemu dengan beliau.
(Nanti ada orang meroyan dekat facebook, tag gambar makanan je memanjang nanti kalau kehendak dia tidak ditunaikan – sorry tau Che Mat)
Maka akhirnya,
Fisha dapat juga bertemu dengan Che Mat Gebu siap masuk rumah terus berbekalkan “tempoyak” (dia berak bila sampai).
Fisha juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Tiffin Biru Keramat milik Che Mat Gebu. He..23x macam la dia nak bergambar sangat.
Tapi benda ini juga yang bakal menjadi kenangan beliau bila sudah besar nanti.
Apa-apa pun terima kasih, Bro ucapkan kepada Che Mat Gebu kerana sudi menerima kehadiran kami anak beranak. Dulu datang berdua, kemudian berdua setengah. Kali ini bertiga pula.
Mana tahu selepas ini berempat pula kan (bak kata Che Mat)
Terima kasih juga untuk hidangan yang disediakan oleh tuan rumah. Pehhhh memang sedap – Sambal Sotong Kembang Berkacang dan juga Ayam Masak Lemak Cili Padi.
Kalau nak tahu resepinya, kena la usha blog Tiffin Biru ek :)
ASsalamualaikum bro. wahh bestnya fisha jejalan rumah mat gebu. fuyohhh sedapnya lauk semua. ehh bro nampak berisi betul. hihi :)
He..23x nampak berisi sangat ke?
haah nampak berisi sangat :P
Dari dulu memang mengikuti segala update dari che mat gebu, suka mencuba resepi yang beliau ketengahkan…adakala menjadi..adakal x…tp nak tanya..che mat gebu ni nicknam jer kan…pemilik nama ni perempuan kan?
He…23x resepi mana yang tak menjadi tue ek? Wife bro pun dah start berguru dengan beliau.
Eh Che Mat Gebu tue memang nickname dia.. dan dia masih lagi teruna… berkenan x?
makin sihat bro nampaknya…. keluarga bahagia….. till jannah insyaAllah
Adeh, nampak sangat ek Bro makin sihat he..23x
Kenyanglah bro dan isteri, dapat pekena masakan Mat Gebu, yang confirm sedap tu… hehehe
Alhamdulillah, tiap-tiap kali datang memang tak pernah kecewa dengan masakan beliau.
Adus tajuk tak leh tahan …
apa barang CM bagi tiffin biru je amik gambar ngan baby
CM tak berani nak bergambar dengan baby.. tak boleh nak buat apa-apa dah
memang aku suka gambar tiffin biru…..mana nak sama tiffin plastik aku ….haha…
Jangan dibanding-bandingkan… Apa kata dipertemukan kedua-dua tiffin itu
untunglah dijamu dgn masakan yg best :)
Memang sedap masakan yang beliau hidangkan….
wah makan sedap best nyer
Alhamdulillah rezeki :)
Wah…. lepas nie geng dengan CMG la baby comel tu yer. Bagusss…nnt boleh pandai masak juga. Bro, berisi memang semua lelaki lepas kawen dan ada anak berisi, tapi sebab angle ambik gambar kot… Tu yg diorang semua kata berisi tu. Akak rasa tak ler sangat. Biasa2 jer kot. Oh..oh..lagi satu. Maybe sebab pakai t-shirt pink kot..hehehehehehe
Hepp bahaya kalau Fisha segeng dengan Che Mat Gebu, jenuh nak ajak balik nanti.
Ada je yang lepas kahwin, badan maintain je….
nak sikit :(
Meh la… lambat habis he…23x
Alhamdulillah anak serta isteri semuanya sihat-sihat. Sedap nampak gambar makanan kat atas tu..terliur rasanya
Jangan lupa lap air liur ek.. Bro kalau Che Mat tengah menghidang, memang hilang punca kejab… Tumpuan terganggu
Alololo.. Baby so cute. Hidangan pun semuanya nampak sedap2 belaka. ^^
Alhamdulillahm hidangan beliau tidak pernah mengecewakan :)
hu3..tahun depan pergi berempat pulak kot bro
Amboi, tak larat kot… Cukup la sorang dulu nak jaga