November 24, 2020

Nur Elfisha Cucu Atok

Nur Elfsha Cucu Atok
Nak tengah malam baru ibubapa Bro sampai,

Katanya rindu nak jumpa dengan cucu kesayangan mereka ini. Dah lama tak jumpa, alang-alang ke Kuala Lumpur. Singgah bermalam dekat rumah Bro.

Sampai-sampai je Fisha tengah lena tidur.

Terpaksa kejutkan Fisha. Itupun jenuh nak kejutkan dia. Penat sangat dah tue sebenarnya.

Dia jaga-jaga terus main nak dekat nenek dia. Sian pula tengok atok dia, mungkin sebab dah lama atok dia xbawa Fisha jalan-jalan naik motor kot.

Nur Elfsha Cucu Atok

Nur Elfsha Cucu Atok

So terpaksa gunakan beberapa teknik untuk buat dia rapat dengan atok dia balik.

Kalau ikutkan Fisha bukannya cucu sulung sebelah keluarga Bro. Sebab dia lahir lewat sebulan dari sepupu dia yang merupakan cucu sulung kepada kedua-dua belah keluarga.

Tapi sebelah puan isteri, Fisha memang cucu sulung.

Rasanya dia bakal jadi akak kawasan, sebab adik beradik puan isteri semuanya muda-muda lagi. Tak habis belajar..

Lepas Fisha habis digomol oleh atok nenek dia. Turn Bro la kena tidurkan balik si Fisha nie. Sebab subuh-subuh mereka dah gerak ke KLIA hantar adik Bro.

Next week Fisha dok dengan atok & nenek boleh?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

8 thoughts on “Nur Elfisha Cucu Atok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *