Jika saya memiliki 10 Tempat Duduk Percuma AirAsia, Bro akan ke Krabi, Thailand.
Dan mereka yang akan Bro bawa, semestinya isteri dan anak perempuan kami (baby lagi). Ibu bapa dan mertua. Tidak lupa juga adik beradik termasuk ipar dimana kebanyakan mereka belum berkahwin dan masih belajar.
Jika ada kekosongan tempat duduk lagi (Mana tahu ada yang tidak dapat turut serta),
Bro akan buka kepada rakan blogger yang selama ini support penulisan Bro di blog ini.
Jika ramai yang ingin turut serta.
Kita pakat ramai-ramai booking satu kapal terbang AirAsia. Terus buat family day dekat Krabi.
Ianya bukan sesuatu yang mustahil jika AirAsia sendiri tengah mempromosikan AirAsia Free Seats yang sedang berlangsung dari 25 – 31 Ogos 2014 untuk penerbangan bermula 1 Mac 2015 sehingga 24 Oktober 2015.
Info lanjut anda boleh layari www.airasia.com.
Kenapa Pilih Krabi
Krabi merupakan salah satu lokasi yang pernah Bro masukan dalam list untuk pergi Honeymoon sewaktu diawal zaman perkahwinan.
Malangnya keadaan tidak mengizinkan,
Beberapa kali trip untuk honeymoon postpone akhirnya beberapa bulan lepas kahwin baru berkesempatan untuk honeymoon. Itu pun under business trip dalam Malaysia.
Naik kereta je, tak dapat nak rasa naik kapal terbang.
Nak juga merasa pengalaman pertama pergi oversea dengan orang tersayang. Sebelum ini pernah ke Indonesia – Jakarta, Bandung dan Medan. Tapi pergi sorang-sorang. Nampak macam “Forever Alone” pun ada.
Ini gambar yang Bro ambil sewaktu di Jakarta.
Selfie di mana-mana, segan nak minta orang lain ambil gambar. Waktu ini, monopod masih belum popular.
Kenapa Nak Bawa Ahli Keluarga Menaiki AirAsia
Kalau ikutkan,
Lepas berkahwin, kami jarang luangkan masa bersama lebih-lebih lagi untuk pergi bercuti.
Harapkan hari raya, baru semua ahli keluarga dapat berkumpul. Itu pun beraya rumah saudara mara, mana yang sempat. Waktu bersama singkat.
Mungkin dengan percutian hasil dari 10 tiket PERCUMA ini dapat kami sekeluarga bercuti bersama. Alang-alang biar lihat negara orang, pelajari budaya lain.
Kebanyakan tidak pernah menaiki kapal terbang. Mungkin ini boleh dijadikan hadiah paling bermakna bagi mereka, dan Bro dapat spend masa untuk mereka.
Ok, ini gambar keluarga Bro.
Bila kira-kira balik. Terlebih 10 orang ini He…23x Ini pun ada yang tiada dalam gambar.
Yang lebih-lebih tue, kena payung tiket sendiri la ek. Tak mahal pun, sebab AirAsia tengah mempromosikan AirAsia Free Seats yang sedang berlangsung dari 25 – 31 Ogos 2014 untuk penerbangan bermula 1 Mac 2015 sehingga 24 Oktober 2015.
Info lanjut anda boleh layari www.airasia.com.
Goodluck bro! Semoga impian & cita2 bro tercapai hendaknya.. Amin.. =)
bro payungkan tiket satu untuk aien ye..
ramai la plak orang cite pasal airasia free seats ni ye. hoho
adeh,dah full la pulak seat bro
Baru nak ikut,hehe
Dapat free seat siapa xnak kan.
Tak salah mencuba
Wahhh. Best impian tu. Kalau dapat free seat. Eeeeee. Best! Semoga murah rezeki bro!
baiknye hati bro ni..untung family bro..semoga impian murni tu tercapai ye..:)