Satu persoalan yang sentiasa bermain di minda Bro sejak dua menjak ini.
Bro sudah berblog sejak tahun 2006. Blog ini pula sejak tahun 2009 berplatform wordpress dimana mempunyai domain dan hosting sendiri. Ianya perlu direview setiap tahun.
Sekiranya Bro meninggal dunia satu ketika nanti, apakah yang akan terjadi dengan blog ini?
Tertarik dengan persoalan yang diajukan oleh rakan blogger Julia Johari di segmen Korang Tanya Bro Jawab – Part 8.
“Sekiranya kita meninggal dunia, apakah cara/tindakan bijak untuk kita mewasiatkan blog kita agar ia senantiasa ada untuk di baca oleh anak-anak generasi masa depan?”
Mati Itu Pasti
Mati itu pasti,
Bila? Bagaimana? Dimana? Itu semua rahsia Allah SWT. Sama ada kita sedia atau tidak je.
Ada yang sudah bersedia, ada yang belum bersedia dan ada yang tak ambil port/berat tentang kematiannya.
Bagi yang sudah bersedia, ada yang mengambil insuran nyawa dan membuat simpanan. Sekiranya apa-apa terjadi pada mereka, ada benda yang dapat diberikan kepada ahli keluarga yang masih ada.
Ada juga yang bersiap sedia dengan wasiat.
Pernah tak anda berfikir,
Adakah anda akan mewasiatkan blog anda (sekiranya anda adalah blogger) sekiranya anda sudah tiada nanti/meninggal dunia?
Dosa Pahala Menulis Blog
Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tak tahu tentang dosa pahala menulis blog.
Mungkin ada yang tahu, tetapi buat-buat tak tahu sebab nak dapatkan trafik blog tinggi dalam masa yang sama nak dapatkan income yang banyak dari blog.
Halal ke haram income yang diperolehi itu?
Bro sendiri sudah kurangkan menulis tentang aib orang lain atau menyebarkan fitnah walaupun fitnah itu berasas. Begitu juga dengan penulisan yang ditujukan dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Jika ada, Bro sendiri akan delete atau privatekan post tersebut (Sekiranya ada kelapangan).
Bukan senang nak delete satu persatu, seperti yang dihadapi oleh Felixia Yeap yang baru jadi mualaf dengan nama islamnya Raisyyah Rania Yeap.
Kenapa dengan Felixia Yeap?
Beliau terpaksa delete gambar-gambar lama beliau di laman facebook. Bila makin banyak komen negatif terhadap beliau bila berniat untuk berhijab dan memeluk islam.
Komen tersebut bukan sahaja datang dari mereka yang bukan islam. Bahkan orang Islam sendiri juga melemparkan komen negatif terhadap beliau (besar pahalanya sekiranya dapat menarik orang memeluk Islam dari menjauhkan orang lain untuk mendekati Islam itu sendiri).
Ada juga blogger yang menyiarkan gambar zaman lampau beliau di blog semata-mata mengejar trafik.
Tak fikir dosa pahala ke?
Wasiatkan Blog Sekiranya Kita Sudah Tiada
Perkara ini selalu bermain diminda Bro.
Sejak kebelakangan ini, ramai kenalan blogger dijemput olehNya.
Ada yang terlibat dengan kemalangan, ada disebabkan penyakit seperti kanser, dan ada juga yang tiba-tiba koma tanpa sebarang pertanda. Al-fatihah buat mereka.
Sebentar tadi, Bro terbaca satu komen di blog ini yang ditinggalkan oleh kenalan blogger yang telah pergi. Bro klik link blog beliau, ternyata blog mereka sudah tiada dialam maya akibat domain/hosting tamat tempoh.
Itu blog yang menggunakan domain/hosting sendiri.
Bagaimana pula dengan blog yang menggunakan platform blogspot? Ternyata blog tersebut akan sentiasa wujud sampai bila-bila sehingga perkhidmatan blogspot ditamatkan.
Bagaimana pula dengan blog BroFramestone ini?
Domain memang Bro renew setiap tahun, tetapi hosting Bro renew setiap bulan.
Sekiranya hosting tak direnew hujung bulan maka blog Bro memang anda tidak dapat layari pada bulan hadapannya.
Begitu juga sekiranya Bro pergi bulan ini, bulan depan terkubur segala-gala coretan dan perkongsian yang Bro buat di blog ini. Dan ianya tidak akan dapat diwarisi kepada keturunan Bro untuk membacanya.
Harapkan apa-apa perkongsian yang anda baca dari blog ini anda sebarkan dan ia terus mekar dan memberi makna sehingga ke anak cucu cicit Bro, walaupun tika itu Bro sudah tiada.
Buat masa sekarang,
Bro hanya harapkan pada seseorang kerana beliau juga mempunyai hak untuk menguruskan blog bro walaupun beliau tidak aktif berblog.
Kosong kosong bro. Halalkan segala benda yang aku dah buat kat Lu samada sedar atau tidak.
Hang tengah promote kempen Ramadhan Astro ke?
Sama juga…
Aku pun risau kot-kot ada melawak melebihi batas sehngga mu dan keluarga terasa :)
Saham akhirat tu. Kalau benda baik yang kita share bagus lah. Kalau aib orang susah nanti.
Allahurabbi… tertarik dengan tajuk yang bro utarakan ini.. kita asyik seronok menulis itu dan ini tetapi kita terlepas pandang beberapa perkara penting ini. mati itu pasti dan bagaimana dengan blog kita? jawapannya telah pun bro jelaskan serba sedikit di lembaran ini…
Nice entry
Salam kenal, saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer…
kalau kita menyampaikan perkara yang baik di blog inshaaAllah pahala berjalan.ameeennn….
Ilmu yang baik..andai disebar, akan bercambah dan tumbuh melata.. Insyaallah ,
ahh, terfikir gak apa yg bro ckap ni..
Terima kasih banyak2 broframestone, kupasan isu panjang lebar dalam satu entry menarik perhatian saya untuk baca berulang-ulang kali, saya mohon print screen dan kredit bg blog bro ye, nak readers julia pula baca isu ini. Jemput baca di blog julia ye bro, tentang isu read more tu julia nak update hari ini.
Terima kasih,
Salam Ramadan 2014
http://www.juliajohari.com
Ada Pro and Cont juga guna Domain dan Hosring sendiri ni… Kira kalau kita meninggal blog tidak dapat diwasiatkan dan hasil pendapatan melalui blog mungkin akan terputus begitu sahaja..
Tetapi bagi blogger yang menggunakan Domain blogspot, walaupun tidak dapat diwarisi, tetapi mungkin masih boleh menghasilkan pendapatan melalui entri-entri terdahulu…
la ingatkan bro bg tips.. huhuhu
Eh, nak tip rupanya….
Ada je dalam tue, if perasan.. Tapi tip macam bukan tip la
untung la pengguna blogspot..
betul tu Bro..akak pun ada terpikir benda yang sama..cuma lepas ni jgn tulis ttg aib orng..gambar sendiri,atau gambar anak2 yg tidak berhijab juga kalau boleh elakkan terus…banyakkan tulis kisah teladan yang berhubung kait dengan Islam..nak tulis pasal tutor ni lagi la x reti..mudah2an dapat juga sedikit sebanyak bekalan amal jariah andai akak tiada lagi didunia ini satu hari nanti..insyaallah
assalamualaikum bro..
bile bace entry ni terus terfikir nak wasiatkan blog ni pada siapa.. walaupon blog saye pakai blogspot.. kalau takde siape yang ingat.. anak cucu tak dapat jugak bacekan.. tapi kalau blogspot tutup terus.. lagi la sedih..
Blogspot rasanya tak kan tutup. Kecuali Google bangkrup or Google nk tutup service blogspot macam dia pernah buat kepada beberapa service yang mereka pernah ada.
baguslah bro dah wasiatkan blog bro kat seseorang…
dedahkan aib orang kat blog, saham negatifnya pun sentiasa berterusan, kena beringat.
sebab tue fyna mula mengubah cara dan entri yang fyna kongsikan. semoga entri setiap post fyna dapat dimanfaatkan. perkongsian dari segi entri berbentuk agama. banyak yg boleh dikongsikan.
terima kasih atas perkongsian, broframestone. risau juga kalau entri yg ditulis tak meninggalkan faedah. sebab itu saya usahakan untuk banyakkan perkongsian ilmu..manalah tahu dapat jugak saham untuk di alam sana nanti. cuma kena cari somebody utk menguruskan blog seandainya dah tiada nanti..
terima kasih sekali lagi..
alamak…x tau nak komen apa..tiba2 terfikir….urm….
Apa yang boleh buat buat masa skang delete post entry yang tak sepatutnya la kan…
InsyaAllah saya walaupun baru start berblogging, seboleh-bolehnya tak nak buat entri yang mengata atau menyakitkan orang lain
Aku jenis tak kesah.
Kalau tak sempat suruh orang handle..blog hilang dari internet ni pun tak apa.
Sbb tu kena update entry yg mberi manfaat utk diri sendri ngn org lain kan? Xpe la traffic non hado pon ..haha..tp rugi la jugak kalo xde org nak tlg renew domain n hosting kemudian hari ek..tak dpt cucu cicit tgk perangai nenek dia dulu..haha
Hahaha betul tue, selamat mewasiatkan pada kenalan terdekat untuk renew domain dan hosting hahahha