Bukan kehendak mereka untuk bergelar sebagai ibu tunggal. Berat tanggungan yang perlu mereka pikul tanpa ada sesiapa disisi untuk membesarkan anak mereka. Disini, mereka la ibu dan mereka la bapa.
Tertarik dengan persoalan yang diajukan oleh rakan blogger Suria Amanda yang juga merupakan ibu tunggal di segment Korang Tanya Bro Jawab – Part 8.
Dugaan Seorang Ibu Tunggal
Maaf sekiranya Bro menggunakan gambar Nora Danish dalam entry ini. (Nanti jumpa dia kena mintak maaf he…23x) Dalam kes ini Bro ambil Nora Danish sebagai contoh.
Kita sendiri tahu beliau sekarang bergelar ibu tunggal, membesarkan anaknya, Raykal sehingga sekarang. Cuba menepis sebarang tomohan jika dikaitkan dengan sesiapa sehingga sekarang dimana beliau nampak mempunyai hubungan dengan Nadeem.
Bagaimana pun beliau tetap menafikan mereka berdua bercinta.
Mungkin ingin menutup cerita sebenar ataupun tak nak media masuk campur hal personal beliau. Jika Bro sendiri pun, tak nak orang luar masuk campur dalam hal peribadi Bro. Kecuali nak jadi ahli keluarga Bro he..23x
Baru-baru ini, keluar isu tentang punca penceraian beliau.
Siapa tak tertekan, sedangkan kisah ini telah lama dan beliau berjaya meneruskan hidupnya bersama Raykal. Kenapa perlu diungkit?
Kisah Sebenar Seorang Ibu Tunggal
Disini ada satu kisah yang ingin Bro kongsikan kepada pembaca. Cerita sebenar yang pernah Bro lihat dan terlibat sama dalam hidup ini.
Seorang ibu tunggal hampir 20 tahun membesarkan 3 orang anak daranya akibat kematian suaminya.
Bukan senang nak jaga dan membesarkan anak perempuan berbanding dengan anak lelaki. Tetapi itulah dugaan yang beliau hadapi selama ini. Anaknya penyeri hidupnya.
Walaupun berjauhan,
Beliau sentiasa menghubungi setiap anak-anaknya atau sebaliknya setiap hari. Dibulan puasa, dia akan call untuk mengejutkan anak-anaknya walaupun mereka sudah berumah tangga.
Bila anaknya ingin berumah tangga beliau akan menangis.
Sedih.. Pilu..
Kadangkala dia menangis bila bersembang dengan Bro.
Dulu Bro selalu menghubungi dia. Bertanya khabar dan sentiasa meminta dia memasak untuk Bro setiap kali Bro singgah kerumah dia. Dia sendiri dah anggap Bro sebagai anaknya walaupun Bro tiada jodoh dengan anaknya.
Walaupun apa-apa yang terjadi bukan salah dia, tetapi salah Bro. Terasa satu kehilangan… 5 tahun bersama macam keluarga sendiri.
Moga beliau tabah… Maafkan saya mak cik.
Andai Kata Jika Bro Sudah Tiada
Andai kata, jika Bro sudah tiada lagi didunia. Apakah nasib isteri Bro sebagai ibu tunggal? Bagaimana pula dengan nasib anak perempuan Bro?
Banyak benda yang bermain di fikiran Bro.
Mampukah beliau bertahan sebagai ibu tunggal atau Bro perlu izinkan beliau berkahwin selepas Bro tiada nanti?
Bila jadi ibu tunggal ini, Banyak dugaannya. Fitnah berluasa, mulut orang susah nak dijaga. Belum lagi pandangan serong dari sesetengah pihak yang menganggap ibu tunggal ini bakal merampas suami mereka etc.
Bicara Bro : Bro rasa apa yang Bro tulis ini tak menjawab sangat soalan yang diajukan oleh Suria Amanda.
Tetapi jika diizinkan, Bro mungkin akan memperisterikan ibu tunggal yang mempunyai tanggungan. Sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka, menjadi tempat mereka berlindung dan mengelakkan mereka dari fitnah.
Malangnya Bro hanya manusia biasa, belum cukup mampu untuk memikul amanah ini.
**iklan : Ibu tunggal diminta segera mendaftarkan diri dengan Jabatan Pembangunan Wanita untuk menerima pelbagai kemudahan dan keistimewaan yang diberikan oleh agensi-agensi kerajaan.
bab yang last tu memang x menahan…SA pernah cuba mendaftar tau bro..tp x layak sebab SA bekerja dan x sesusah golongan ibu tunggal yang lain katanya…x per la..maybe bila dah pencen nanti boleh daftar kot…ikut apa yang SA sendiri alami selama 9 tahun bergelar ibu tunggal..lebih kepada negative bila orang salah faham pengorbanan SA meninggalkan anak demi mencari rezeki di tempat orang, tetapi SA x pedulikan semua tu…kata2 tohmahan mereka SA jadikan semangat untuk SA terus berusaha membesarkan anak, dalam kes SA, SA bertuah sebab kedua parent memberikan restu dan kerjasama yang kuat di bantu oleh adik2, kami x peduli dah apa orang nak cakap sebab yang bercakap tu pun bukan membantu kan…dari sudut positif pula, status ni menjadikan SA seorang Ibu, kakak dan anak yang bertanggungjawab,mengajar SA erti sabar dan kuat, mendorong SA ke arah kebaikkan walau terpaksa menempuh pelbagai dugaan..betul cakap bro..xde sapa yang minta untuk menjadi ibu tunggal hanya insan yang terpilih je kan…
Kak SA, saya baru tahu. Sorry. :( Tapi saya tahu akak kuat. Untuk Dania kan. :)
Krik krik krik..
Sedih pulak baca..
Siapa yg tahu perasaan ibu tunggal kan. Silap sikit org pasti mengata.
Tu blum lg ketabahan nk besarkan ank.
Meskipun bibir mengukir senyuman tapi siapa yg tahu kisah mereka kan..
Terima kasih bro sbb pnh kenalkan dgn akmar MW kisah ibu tunggal.. ?
Fadzi Razak > no prob dik…so far akak ok je..now akak pikul tugas as a mom and dad for Dania…
Ummi_zarra > thanks dear..hanya orang yang hadapi akan faham..kutukan dan kejian tu dah biasa dah…
Terbaik perkongsian ini broframestone…Suria Amanda dan Ummi Zara komen tu kedua-dua yer kawan dan sahabat saya, mereka seorang ibu tunggal yg sangat tabah, bro, julia pun kena bersiap sedia…julia tak tahu apa akan jadi lusa, bulan depan, thn depan dan tahun2 akan datang…harap Allah bagi jalan baik pada julia nanti…amin
Semoga semua ibu tunggal terus tabah dalam menjalani kehidupan. Apa yang saya boleh buat hanya berdoa dan memberikan sokongan moral pada mereka.
Cabaran meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal. Kebanyakkan mereka ini menjadi lebih cekal membina kehidupan dan membesarkan anak-anak mereka walaupun ada halangan dan cabara menanti dihadapan mereka. Pandangan masyarakat tidak lari memandang status ibu tunggal walaupun ia bukanlah yang mereka pinta oleh kerada jodoh mereka tidak kekal seperti yang diharapkan.Ada beberapa agensi kerajaan dan NGO dapat membantu mereka untuk menjalani kehidupan. Termasuk bajet 2014 ada memperuntukkan bantuan untuk ibu-ibu tunggal ini melibatkat diri didalam dunia perniagan.
ibu saya seorang ibu tunggal, kami dibesarkan tanpa satu sen pun nafkah dari seorang yang bernama ayah. setiap hari emak saya ikat perut untuk tampung perbelanjaan sekolah kami. Tapi Allah itu maha pemurah, rezeki emak saya tak putus2, dan kami dapat tamatkan pelajaran dan dapat pekerjaan yang baik.
Apa2 pun banyakkan pergantungan pada Allah.