17,153,263 total views, 4,567 views today

Korang Tanya Bro Jawab – Part 8

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Segmen baru tetapi tiadalah baru sangat di blog bro. Tetapi sudah memasuki bahagian yang ke-8

Korang Tanya Bro Jawab.

Soalan Terbaik + Jawapan terbaik dari bro akan bro jadikan entry sama ada di blog bro ini untuk dikongsikan bersama pembaca blog bro yang lain

Dalam entry tersebut bro akan kredit link kepada empunya penanya [pastikan korang sertakan dengan link blog ataupun link facebook – bagi yang tiada blog]

Kerjasama anda amat dihargai.

Insya’lah semua soalan akan bro jawab. Itupun jika soalan tersebut Bro boleh jawab

Soalan yang menarik dengan jawapan yang Bro rasa sesuai dikongsikan diblog ini akan Bro buat entry istimewa + kredit link kepada mereka yang menanya soalan tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 thoughts on “Korang Tanya Bro Jawab – Part 8

  1. Assalam broframestone,
    1) Apa yang bro suka dan tidak suka mengenai blog?
    2) Sekiranya kita meninggal dunia, apakah cara/tindakan bijak untuk kita mewasiatkan blog kita agar ia senantiasa ada untuk di baca oleh anak-anak generasi masa depan?
    3) Apa pendapat bro mengenai blog http://www.juliajohari.com

    Terima kasih
    Salam Ramadan 2014

    1. W’salam
      1) entah la.. Bro suka baca kisah dan perkongsian orang lain. Cuma x suka baca artikle copy paste or sama dengan cerita dekat blog orang lain.

      Paling ketara asik cerita pasal artis dan aib orang je…

      2) Bro sudah balas dalam bentuk entry di blogpost terkini.

      3) Susah nak kata, menarik dengan header yang cantik. Malangnya pada muka hadapan terlalu banyak post dan panjang. Sampaikan terpaksa scroll sampai kebawah untuk membacanya.

      Mungkin perlu guna fungsi “read more” walaupun ramai yang tak suka. Tetapi benda ini ada baik dan buruknya.

      Bro lebih suka guna fungsi read more. Sebab tak semua orang suka membaca entry terkini dan lebih suka scroll mencari entry terdahulu.

  2. Assalamualaikum..

    Bro,ada satu soalan yang berlegar-legar di fikiran saya, yang mungkin sesuai untuk saya tanyakan kepada bro..

    Saya sebenarnya seronok tengok live bro sebagai full time blogge.., sebab tidak perlu terikat dengan majikan dan komitmen kerja office hour yang kena masuk jam 8.00 pagi dan balik pada jam 5.00 petang…

    Tetapi, Sebagai seorang full time blogger, sudah tentu bro tidak mempunyai slip gaji..

    Jadi, bagaimana cara bro memohon pinjaman kereta ataupun pinjaman rumah?

    TQ..

    1. W’salam

      Bro nak katakan bro as fulltime blogger pun macam xlayak je sekarang nie. Sebab bro ada perkerjaan sampingan (kerja dengan orang) walaupun tak terikat dengan ofis hour etc.

      Isu slip gaji memang jadi masalah juga. Terutama jika income tidak tetap, part ini boleh berlajar dengan Abang Ensem.

      Buat masa sekarang, bro hanya ada pinjaman PTPTN sahaja yang atas nama bro. Selebihnya atas nama isteri dan Bro jadi tukang bayar he..23x Pinjaman Rumah? Maaf belum ada rumah sendiri.

  3. menarik ni….nak tanya apa pun boleh eh?

    1. Boleh je… Asalkan soalan itu Bro boleh jawab he..23x

  4. soalan:
    1. Apakah matlamat berblog?
    2. Apakah ciri-ciri terbaik menjadi seorang blogger?
    3. Apakah pendapat bro husband & wife sesama blogger?

    tq bro…

  5. Bro:

    1. Apa perasaan Bro sejak bergelar seorang bapa?

    2. Macamana Bro membahagikan masa di antara kerja dan keluarga?

    3. Tahun ni beraya kat Rawang ke?

    Terima kasih daun pandan. 🙂

    1. Kechixx

      1- Biasa-biasa je kot. Sebab memang dah lama bersedia nak jadi bapa. Cuma kehidupan banyak berubah. Paling ketara, masa dihabiskan bersama si comel ini.

      2- Bab pembahagian masa ini agak susah sikit. Apa-apa pun bro lebih utamakan keluarga, sesambil tue buat kerja mana yang tersempat.

      3- Raya balik Johor dulu then Perak. Tapi cuti raya x lama. wife koje

  6. soalan saya hanya satu :

    Fisha pilih pasukan mana untuk final Piala Dunia nanti?

    1. Entah la… Daddy dia xlayan World Cup so secara automatiknya dia sendiri xsedar kewujudan World Cup itu he…23x

      kejam x?

  7. salam bro ini soalan saya
    1. apa yang membuatkan bro terus berblogging?
    2. bagaimana nak jadikan blog mesra pengunjung?
    3. apa perancangan bro di masa hadapan?

  8. assalam bro.. ni soalan saya..

    1. Boleh ceritakan macam mana bro dapat inspirasi bagi nama fisha?
    2. Buffet ramadhan mane yang bro nak belanja saya makan?
    3. Kak iera punya masakan dengan bazar. Mane lagi selera?

    1. W’salam

      1 – Nama fisha ek. Ceritanya bermula 5 bulan sebelum Fisha dilahirkan.

      Waktu itu Bro menghadiri satu event islamik dimana ada budak tahfiz mengalunkan ayat suci al-quran. Lamunan Bro tersentak waktu itu bila beliau menekankan pada perkataan “AL-Fishr” Lalu Bro googlekan maksudnya dan Bro berkenan dengan nama itu.

      Sejak itu, bro selalu berbisik dekat perut puan isteri dengan memanggil anak dalam kandungan dengan nama Fisha.

      2- Eh ada ke Bro cakap nak belanja? Try De Palma Hotel, sebut nama blog bro dapat diskaun 15%

      3- Masakan puan isteri, kadangkala masakan Bro sendiri. Kadangkala awek bazaar pun menyelerakan. Eh, juadah di bazaar sekiranya nak ubah selera sekali sekala 🙂

  9. As salam broframestone,

    Soalan saya :

    Cara terbaik, shopping raya sebelum atau semasa bulan Ramadhan? Kenape?

    Tenkiu.

    Newbie blogger 🙂

    1. W’salam xde soalan paling mudah ke? Bro pun x shopping raya lagi…

      Bro nie jenis shopping pada minggu terakhir sebelum raya sebenarnya. Bro bukan kaki shopping so tak tahu cara terbaik untuk shopping.

      Jika shopping awal takut terguna duit terlebih sebelum raya. Jika nk dekat raya xde duit, xpayah shopping. Pakai je apa yang ada. Tak semestinya semua nak kena baru kan.

      Jika shopping awal juga.. risau akan tershopping lagi lagi dan lagi sebelum raya.

  10. Apa persepsi bro terhadap golongan Ibu tunggal?jawapan bro haruslah dari sudut positif dan negative…

    Jawab jangan x jawab

    1. Susah Bro nak cakap.. tapi boleh refer pada entry terbaru bro ek 🙂

  11. Hidayah Miqael

    Err tumpang tanya..,
    – betul ke dragon ball ada 7biji kesemuanya?
    – ermm lagi 1… Betul ke sebotol pencuci pinggan mangkuk Joy dpt mcuci hingga ke Singapura?
    -aaahh lassttt skali ni.. Betul ke masakan goreng blh tambah Ajinomoto?

    1. Erm.. tolong jangan percaya dengan iklan di tv ek

  12. Salam Bro, nak tanya something. Sekarang ni banyak blogger yang promote macam dekat bawah ni.

    “Jom buat duit ! Modal serendah RM2 !! Saya dah try. Anda bila lagi ? PM me !”

    walhal apa yang dieorang terangkan tu tak faham jugak. Ada upline downline jugak. Kata nya bukan MLM. Tapi nampak gaye macam MLM. Boleh bagi pendapat bro pasal ni?

    1. Kalau ada upline dan downline… MLM la namanya….

      Kalau ikutkan MLM merupakan salah satu cara marketing. Dan ianya diterima diperingkat antarabangsa.

      Cuma masalah mula timbul, bila ramai yang sertai tidak mendapat bimbingan dan maklumat tepat tentang produk yang perlu mereka jual. Bila tiada sale, maka tiada la income masuk. Cara yang senang, terpaksa cari downline. Sebab untung cari downline lagi banyak dari jumlah sale yang perlu dibuat.

  13. salam bro, mamaniza datang mengadap..

    soklan i :

    1) bila nak bg kakak fisha adik baru.. hihi
    2) bro pandai masak ker..?
    3) bila time idea update blog datang ..?

    1. 1) Belum ada rezeki
      2) start memasak dari darjah 2
      3) idea? entah.. selalunya ia datang tanpa diundang la la la

  14. Apa ciri yang perlu ada untuk menjadi Top Blogger Malaysia macam bro Framestone ?

  15. assalaamualaikum bro. muja ada banyak sangat soklan nak tanya tapi yang paling nak tanya ada 3
    1. sebagai full time blogger, berapa purata earning bro untuk sebulan?
    2. macam mana bro menguruskan haters yang tiba-tiba muncul?
    3. bila nak belanja muja makan burger ramly.
    sekian terim kasih.

    love, muja. hehehe

Leave a Comment