April 27, 2024

Cerai Isteri Tak Tahu Masak?


Perlu ke cerai isteri sekiranya mereka tak tahu masak?

Terbaca di akhbar hari ini, Seorang wanita berusia awal 20-an yang baru melangsungkan perkahwinan tahun lalu kini berdepan kemungkinan meneruskan hidup sebagai janda apabila suaminya memfailkan perceraian menggunakan alasan tidak tahu memasak.

Adeh….!!!

Parah-parah….!!!

Tapi memang betul pun, ada sesetengah lelaki bukan nak wanita yang pandai layan nafsu “tuuutttt” je, bahkan nafsu makan mereka sendiri.

Bro sendiri pun kenkadang stress gak bila balik rumah, isteri tak sempat masak. Inikan pula isteri tak pandai masak.

Tetapi boleh je nak tolak ansur, jangan nak pentingkan diri sendiri.

Kenkadang pelik juga bila ada perempuan cakap mereka tak reti masak. Sedangkan level macam dah layak jadi isteri orang.

Bro sendiri pun belajar memasak sejak umur 9 tahun. Sampai sekarang Bro masih memasak jika Puan Isteri tak sihat or teringin nak rasa masakan suami or dia balik kerja lambat.

Tolak ansur perlu ada bila hidup berumah tangga nie.

Nampak sangat nipunya jika dah tua bangka kata tak reti masak. Kecuali jika dari kecil memang jarang pergi dapur, or memang tak ikhlas nak tolong mak masak didapur.

Persoalannya disini, patut ke cerai seseorang isteri ini sekiranya dia tak tahu masak? Bagaimana pula dengan suami yang tak boleh nak jadi imam solat berjemaah? Solat pun idak….

Bicara Bro : Bro suka wanita yang berpipi chubby. Baru selera nak makan walaupun masakan tak sedap.

Itu jawapan Bro bila member-member waktu sekolah dulu tanya, “kenapa Bro minat mereka yang berpipi chubby”

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

17 thoughts on “Cerai Isteri Tak Tahu Masak?

  1. Tak patutlah cerai isteri bila mereka tak reti masak.. Sebelum kita mendirikan rumah tangga, bukankah kita ada masa untuk berkawan bagi mengenali hati budi masing-masing… Masa tu kalau betullah suami dah berkenan dengan seseorang untuk dijadikan isteri, kenalah terima baik buruk isteri..

    Kalau dah tahu bakal isteri tak pandai masak, tapi nakkan seorang isteri yang pandai masak, tak perlulah kahwini wanita tersebut?

    Carilah calon isteri yang benar-benar pandai memasak sebelum mendirikan rumah tangga…

    Ya betul!.. Tolak ansur dalam di antara suami dan isteri sangat penting untuk mengekalkan kebahagian rumah tangga… ;)

  2. Xkan la sampai nk bcerai berai….
    ksian….kalo adie,bagi peluang untuk si isteri belajar pelahan2 masak…in meanwhile,sbg suami yg pasti tau masak walau hya goreng telur n masak nasi…tolong la dia,anyway bgus tndakan bro tu….skrg ni,dah biase dgr suami/lelaki tau masak n jarang sgt dgr lelaki xtau masak melainkan malas n rase diri terlalu macho utk masuk dapur….hahahah

  3. alasan paing tak munasabah…syarat menjadi isteri bukan semestinya kena pandai masak…betul tak?itu semua saja jer nak dijadikan alasan utk cari yg lain…..sebenarnya dah bosan.

  4. Sebabkan tu je sampai cerai berai? Ish3.. Sebagai suami kena la terima seadanya macam mana isteri kita tu.. Mana boleh senang2 je nak cerai.. Ingat kahwin ni benda main2 ke apa..

  5. tak patut. tak patut… kalau isteri tak pandai masak, boleh belajar kan?
    kalau rasa diri tu pandai, ajar lah isteri masak. tak pun belajar masak sama2. kan ke sweet mcm tu? hihihi

  6. Kes nie mungkin sebab kawin terlalu muda kot..seeloknya berikan lah peluang untuk mereka belajar memasak..bak kata kata-kata hikmah yang pernah aku baca “JANGAN MARAH ISTERI TIDAK TAHU MASAK JIKA KITA (SUAMI) TIDAK BOLEH MENGIMAMKAN SOLAT”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *