Fikir dulu sebelum kena,
Jangan sapu ikut sedap je, kerana mereka belum tentu sesuai untuk jadi teman hidup anda sehingga ke akhir hayat.
Kecuali hayat korang pendek habis ditangan mereka he..23x
Bro terselak paper hari ini.
Menakutkan juga bila wanita iaitu kekasih, isteri mahupun orang ketiga mampu bertindak begini.
Nie buat bro risau nak kahwin
Madu upah simbah asid
Adeh kes simbah-simbah asid lagi. Dah macam fenomena la pulak sekarang ini.
Seorang wanita melecur di muka selepas disimbah asid oleh seorang lelaki tidak dikenali yang diupah madunya dalam kejadian di Tanjung Kerayong.
Mangsa melecur di muka, tubuh dan tangan dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah)
Susulan itu, polis menahan seorang wanita iaitu madu mangsa di Selayang, Kuala Lumpur.
Siasatan awal mendapati, kejadian terbabit dipercayai bermotifkan cemburu apabila wanita itu mengupah seorang lelaki lain untuk menyimbah asid pada mangsa.
Wanita Kerjakan Kemaluan Kekasih
Tak pasti ini kes berkaitan dengan kekasih gelap ataupun perempuan simpanan
Seorang lelaki yang melecur di perut dan kemaluannya selepas disimbah air panas oleh teman wanita.
Beliau juga terpaksa berlari bogel lebih lima kilometer bagi mendapatkan bantuan di Balai Polis.
Mangsa yang berusia lewat 20-an, diserang teman wanitanya berusia 24 tahun selepas berlaku pertengkaran apabila mangsa mahu menamatkan perhubungan.
Pasangan terbabit dilaporkan bertengkar selepas mendaftar masuk ke hotel itu kira-kira jam 11 malam.
Suspek meninggalkan hotel itu dan pulang ke rumah dalam keadaan marah.
Bagaimanapun, wanita itu datang semula ke hotel berkenaan kira-kira jam 8 pagi keesokannya dengan membawa beg pakaian mengandungi pelbagai senjata iaitu tiga pisau, tukul besi, dua gunting, seketul bata dan rantai besi dipercayai mahu digunakan untuk menyerang teman lelakinya.
Gila kejam sungguh wanita ini.
Dah macam cerita yang “Lu Langsi, Wa Kahwin Lain” je.
Ini baru kes pasal perempuan.
Bagai mana pula dengan kes lelaki yang tak layak dijadikan suami or teman hidup
Suami Pijak Perut Isteri Mengandung
Barang dengan tindakan isteri yang mengandung lima bulan menegur selepas tidak pulang ke rumah dua hari menyebabkan seorang lelaki membelasah dan menendang perut isterinya.
Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, mangsa berusia 27 tahun dan belum tidur kerana menunggu suaminya menegur lelaki itu agar berubah demi masa depan mereka sebaik pulang ke rumah, tambahan pula tidak lama lagi akan bergelar bapa.
Suami mangsa jenis yang sering pulang lewat kerana menghabiskan masa melepak bersama rakan.
Dan baru-baru ini tidak pulang ke rumah selama dua hari.
Si isteri tidak tahan dengan sikap suaminya yang tidak memikirkan anak mereka yang bakal lahir, mangsa menasihatinya supaya berubah dan tidak lagi keluar malam.
Mangsa juga mengugut akan meminta cerai jika suaminya enggan berubah.
Apa yang boleh Bro perkatakan,
Jika dah tahu perangai suami macam tue, jangan sesekali nak buat dorang naik barang mahupun cari pasal dengan dorang. Sebabnya korang confirmlah akan jadi mangsa sebab korang dah ternyata ada di depan mereka.
Pada perempuan jangan terlalu ikut emosi jika nak berurusan dengan lelaki cam nie.
Bicara Bro : Dalam mencari teman hidup, carilah mereka yang mampu berfikiran rasional dan bukan terlalu mengikut emosi dalam melakukan sesuatu perkara atau keputusan.
Dalam bercinta, mungkin kita ditemukan dengan orang yang salah sebelum ditemukan dengan yang betul.
So if ada prob dengan pasangan, jangan menunding jari pada dia tetapi lihat ia sebagai petunjuk dariNya untuk membantu kita membuat keputusan dalam memilih teman hidup
Jom join Giveaway Suara Kami Concert by Astro
So, to search for the mr right or miss right, just all depend on Allah, Allah knows the best, if you are good, InsyaAllah He will give you the right person…
Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya..
Tak salah berusaha asalkan diiringi dengan doa kepadaNya
yes, but sometimes we have to depend on ourselves…
menakutkan…
x sanggup bila dengar lelaki sepak isteri mengandung.. rasa cam nak sepak balik jep… huhuhu…
kalau tengah mengandung… cam mane nk sepak balik ek..
bro pun barang gak.. if isteri bro mengandung.. bro akan cuba bersabar dan kalau boleh, cuba elak dari dia bila emosi dia tidak stabil..
karang xpasal2 bro masuk paper muka depan pula nanti
menakutkan je bila baca tulisan bro ni…mintak dijauhkan…
Tang mana yang menakutkan ek..??
Tang ditendang masa mengandung tu…adeii
dunia semakin kejam!
sekarang ramai yg suka bertindak mengikut emosi tanpa berfikir baik buruk dan kesan trhdp diri sndri & masyarakat. lelaki ke perempuan sekarang dah makin sama kejamnya..
Dunia akhir zaman..
Macam nie la..
tu lah…
menegur si suami untuk berubah saya rasa tak salah…tambah lagi di awal perkahwinan…yang laki tu sepatutnya kena rasional,jangan terus nak naik tangan…lelaki/suami adalah pelindung isteri,bukan jadi penyepak…
apa pun,dalam perkahwinan takkan ada salah sebelah pihak,selalu dua2 salah…setiap sebab ada musababnya…
selamat hari raya bro…:)
dalam kes nie… suami dia memang jenis xbertanggungjawab dan mengabaikan famaily…
mungkin cara menegur yang tak sesuai dan si suami memang mempunyai perangai yang buruk
ok takut
dengan aku, ko mesti x takut kan
who said so?
tudia..ni yang pikir panjang nak kawin, takut dohhh…gila ganas…..plus jodoh x sampai lagi..hihi
bro kan ada he…23x
kejam, kejam
minta-minta dijauhkan dari semua ni
bro kejam orangnye.. berani x dengan bro
erk bro kejam rupanya
larikkkkkkkkkkkkkk
bro jangan plak sampai risau nak kahwin..
masalah ni bukan sebab kahwin ke apa, tapi sebab iman dlm diri yg semakin tipis..
iman bro xtebal.. tue yang bro risau tue… lagi2 tggjawab lelaki lagi berat…
kalo camtu kne tny awl2 kat bakal bini kalo ditakdirkn dimadukn satu hari nnt dia bg x?? kalo bg bru kawen kalo x crik lain..hehehe
He…23x bro awal2 memang akan tanya benda2 macam nie…
if banyak demand sangat. Awal2 bro tinggalkan je.. xnak seksakan hidupnya
bgus tu….
kalau waktu bercinta sblom kawin smo ikut nafsu, beginilah jadinya bila nafsu menguasai diri. nafsu bukan sekadar nafsu serakah, tapi nafsu amarah pon perlu diambil kira.
nafsukan ada berbagai jenis…
bro tgh open tender ke bro…hikhik
eh… lebih kurang kot