February 7, 2025

Aeon Member Reward : Redeem Pisau Berjenama Dari Jerman – ZWILLING J.A. HENCKELS

Aeon Member Reward Redeem Pisau Berjenama Dari Jerman ZWILLING J.A. HENCKELSKepada pemegang kad Aeon Member seperti gua.

Anda berpeluang untuk memiliki pisau berjenama dari Jerman – ZWILLING J.A. HENCKELS secara percuma dengan hanya membeli belah di AEON.

Ianya semperna ulang tahun ke-30 AEON.

Tak susah pun nak dapatkannya.

Hanya berbelanja RM30 untuk melayakan anda mendapat 1 sticker.

Pisau ini dapat ditebus (redeem) bila anda berjaya mengumpul sticker mengikut jumlah minimum yang dikehendaki.

Bro pun tak tahu apa yang best sangat pasal pisau ini.

Tetapi disebabkan Bro sekeluarga memang selalu shopping di Jusco, maka terpaksa mengumpul sticker ini.

Alang-alang dah terkumpul, baik join sekali. Mana tahu rezeki dapat pisau, boleh Bro gunakan sewaktu memasak.

Macam Mana Nak Tebus

Pastikan anda mempunyai kad AEON Member dan berbelanja sekurang-kurangnya RM30 dalam satu resit. Maka anda layak menerima 1 sticker. Kalau RM60, anda dapat 2 sticker.

Sekiranya anda sudah mendaftar sebagai ahli, anda anda akan menerima sms ataupun email mengatakan anda layak menerima exta 3 sticker sekiranya berbelanja sebanyak RM150 dalam satu resit pada hari-hari tertentu.

Waktu itu, anda gua sebaiknya untuk kumpul sticker sebanyaknya dengan hanya berbelanja RM150 = 5 + 3 = 8 sticker. Kan ada extra 3 sticker lagi.

Bagaimanapun,

Sticker tersebut hanya boleh diperolehi sepanjang tempoh 20 Feb ~ 22 Jun 2014

Dan tempoh untuk menebus barang pula diantara 20 Feb ~ 6 July 2014. Adeh…!!! Tinggal sebulan lebih je lagi.

Aeon Member Reward : German Branded Knife Zwilling J. A. Henckels

Jumlah sticker yang berjaya dikumpul (ke ada yang hilang he..23x lupa letak dekat mana).

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

7 thoughts on “Aeon Member Reward : Redeem Pisau Berjenama Dari Jerman – ZWILLING J.A. HENCKELS

  1. Pisau ni besss bro, tajam dan ada ‘kelas’ (mahal pulak tu)..soo kalau dapat nanti, jangam lupa hadiahkan pada ‘mat gebu’…ok..hehe..sekian terima kasih..

  2. Satu borang dah penuh bertempek dengan 90 kupon.. ada satu borang lagi dah lekat dengan 35 kupon. .. In Shaa Allah, ada rezeki boleh dapat 2 pisau. . ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *