Unifi Air KhabarBaik

Dalam usaha untuk mempertingkatkan liputan dan kualiti internet negara – unifi, jenama Konvergens utama di bawah Telekom Malaysia Berhad (TM) mengumumkan #KhabarBaik Buat Pengguna Streamyx.

unifi telah memperkenalkan unifi Air – perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi wayarles terkini – sebagai salah satu daripada pelbagai penyelesaian untuk mempertingkatkan pengalaman internet pelanggan Streamyx sedia ada yang tinggal di dalam kawasan liputan LTE.

Manakala, pelanggan Streamyx sedia ada yang amat menantikan akses internet yang lebih pantas akan beralih ke unifi Lite bermula September 2019.

Melalui pelancarkan unifi Air ini, ia menggambarkan komitmen unifi untuk membawakan #khabarbaik kepada semua rakyat Malaysia bagi memastikan segenap lapisan masyarakat tidak ketinggalan dalam perjalanan Malaysia ke arah menjadi sebuah Negara Digital.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai unifi Air

  • Ia merupakan naiktaraf bagi perkhidmatan yang sedia ada, dan ia ditawarkan dari serendah RM79 sebulan untuk mempertingkatkan capaian internet rakyat Malaysia.
  • Pada masa yang sama, pelanggan Streamyx sedia ada yang berada di luar kawasan liputan fiber unifi dan LTE
    akan dipindahkan kepada pelan terbaharu unifi Lite pada harga yang lebih rendah iaitu RM69 sebulan terlebih dahulu
    supaya mereka boleh menikmati manfaat sebagai sebahagian daripada keluarga unifi  sementara menunggu pelan perluasan rangkaian unifi dilaksanakan.
  • Antara manfaat utamanya adalah menikmati perkhidmatan bantuan sokongan terus ke rumah secara percuma dalam tempoh
    dua (2) jam bermula di lima (5) kawasan, iaitu Shah Alam, Bangsar/Pantai Dalam, Johor Bahru, Butterworth dan Georgetown, bermula Oktober 2019.
  • unifi Air didatangkan dengan modem pasang dan guna tanpa wayar (plug-and-play wireless modem) yang mudah dan boleh menghubungkan sehingga 64 peranti dengan kelajuan purata 20Mbps.

Untuk pelanggan Streamyx sedia ada yang tinggal di luar kawasan liputan fiber dan LTE serta pelanggan unifi Lite sedia ada, anda akan menikmati pelan unifi Lite baharu dengan harga langganan yang lebih murah hanya RM69 sebulan, bermula bil bulan September 2019 dan seterusnya.

Bermula 1 September 2019, pelanggan-pelanggan baharu boleh melanggan pelan unifi Lite baharu ini sehingga 8Mbps dengan harga RM89 sebulan. Ini adalah usaha sementara sambil rangkaian baharu dilaksanakan sehingga 2021 menerusi teknologi yang bersesuaian.

Aplikasi myunifi Tawar Pengalaman Lebih Mudah Uruskan Akaun unifi

Selain daripada perkhidmatan jalur lebar baharu ini, unifi turut mengumumkan aplikasi semua dalam satu yang baharu, myunifi, yang bertujuan memberikan pelanggan pengalaman lebih mudah untuk menguruskan akaun unifi mereka.

Aplikasi ini menawarkan ciri-ciri seperti pemasangan 24-jam, bantuan sokongan secara ‘live chat’ 24-jam, jaminan kehadiran dan kemudahan pembayaran yang lebih mudah.

Sebagai tambahan, aplikasi myunifi ini dipertingkatkan dengan ‘digitalme’, ID digital dengan ciri keselamatan untuk memudahkan log masuk tunggal bukan sahaja untuk aplikasi myunifi, tetapi juga laman web unifi.com.my dan tidak lama lagi; aplikasi-aplikasi unifi yang lain.

Aplikasi myunifi ini kini boleh dimuat turun secara percuma di Google PlayStore dan Apple AppStore.

Untuk mengetahui tentang penawaran-penawaran unifi yang terkini, layari unifi.com.my.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter