Alhamdulillah, dapat menikmati Mee Udang Galah sewaktu lepak di sekitar perkarangan Stadium Bola Sepak Cheras berhadapan dengan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Niat asal ke sini untuk perkena gado-gado dan cendol.
Malangnya, perlu beratur pantang untuk membelinya dan kekurangan tempat untuk duduk.
Maka bergerak dari satu gerai ke gerai yang lain sehingga terjumpanya gerai yang menjual Mee Udang Galah.
Tiba-tiba nafsu + mengidam kembali memuncak (mungkin dah lama tak perkena udang galah), lalu Bro bercadang untuk perkena semangkuk mee udang galah disana.
Terdapat dua jenis hidangan :-
- Mee Udang biasa – RM6
- Mee Udang besar – RM18
Bro order mee udang besar + 2 air sirap selasih. Berbaloi-baloi dengan harganya bila dapat 2 ekor udang galah yang memenuhi mangkuk mee. Yum yum yum…!!!
Bro tak pasti hari apa ianya dibuka (tapi rasanya macam hari-hari je buka dari tengahari ke lewat petang.
Boleh bungkus atau makan disana. kerusi + meja disediakan he…23x
Jom bro nanti pergi lagi. Nak makan udang besar. Nyum nyum
Sorry la.. Bro x layan orang yang pergi tengok Need for Speed tak ajak he…23x sian bro tunggu sensorang dalam kereta xde orang nak teman bro g tgk wayang. Last2 perkena Mee Udang Galah. itu pun sensorang juga
Hahaha. Bro up status masa tu saya dah kat dalam panggung kot. Hehehe
Oh ye ke… ok, bro postpone merajuk nie
Pergghhh.. Besar betul Udang Galah yang masuk dalam mangkuk Bro… Memang berbaloi harga yang dikenakan untuk mee + 2 ekor udang galah besar… ;)
Sebab berbaloi, itu pasal Bro tak kisah sangat perkena mee udang galah nie…
macamana rasa kuah mee tu Bro…maniskah ? ; selalunya macamtulah , aku teringat nak balik Pt Buntar…sana ada jual mee udang galah ! , Banting sini takda la Bro..nak kena ke cheras gamaknya.
Takde la manis sangat…
Bro pernah kot makan mee udang dekat area Partit Buntar. tapi dah lupa apa nama tempatnya, Tahun 2006 pergi pukul 11.30 malam (sebab teringin nak try)
Yang kt stadium ni nnti awk kene bawa sy..nnti kita mkn lg ea kat kedi mi kari udang galah RHS tu..nak try mee rebus pulak
Amboi… nafsu…. awak belanja la la la la
Fuh besar gila. Patut lupa sudu dan garfu. :-)
Ambil gambar dulu, then baru ambil sudu garfu
Pergghhhh….mewah udang galahnya…
nampak mewah, tapi makan tepi jalan je T-T…
Besar sangat dah tu. Fuhhhhh. Meleleh air liur bro.
tak besar, rasanya tak berbaloi pula perkena kan…
Hwaaaa… bro saje tau… terliur deno tengok! sedapnyaaaaa
ini baru mee udang sebenar..tuuu dia udang XXL 2 ekor..kene try ni..depan PPUKM??tatau pun..dekat velodrum ke??
Perrggggg guling2 dari rumah saya sampai dah ni. Sila belanja bro!
mee udang kat Kuala Sepetang sedap sangat! Pergilah sana :) Conferm nak lagi
Kalau dekat, dah lama pergi dah… :)
rasa nak makan mee udang laa… nyumm nyumm