September 12, 2024

Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah – Kedai Makan Deq Na, Ayer Hitam

Nasi Kukus Ayam Berempah Kedai Deq Na di Ayer Hitam, Johor
Sewaktu ingin pulang ke Kuala Lumpur selepas beberapa hari bercuti di Parit Raja.

Bro singgah sebentar menikmati Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah di Kedai Makan Deq Na, Ayer Hitam. Lokasinya betul-betul berdekatan dengan simpang empat Ayer Hitam selepas keluar dari highway PLUS.

Kalau ikutkan,

Tak terplan nak singgah makan disini. Itupun sebab Puan Isteri nak singgah beli durian crepe yang memang ada dijual di gerai sebelah.

Bro ternampak bunting “Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah” yang agak mengiurkan.

RM 7 – Tidak terlalu mahal rasanya bagi Bro. Tetapi tak tahu la harga sekitar Ayer Hitam dah ikut harga macam Kuala Lumpur.

Nasi Kukus Ayam Berempah Kedai Deq Na di Ayer Hitam, Johor
Puan isteri pula, menikmati Mee Bandung yang berharga RM5.50

Kemudian drive balik Kuala Lumpur dengan perut yang kekenyangan.

Bicara Bro : Bro bukan nak promote tempat makan yang menarik, cuma Bro ingin berkongsikan menu yang Bro nikmati setiap kali singgah ke tempat orang.

Tapi Bro memang berkenan sangat dengan sambal dia. Sambalnya berjaya memikat selera Bro menikmati Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah mereka. Kena curi resepi nie.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

5 thoughts on “Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah – Kedai Makan Deq Na, Ayer Hitam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *