Berbuka apa hari ini?
Bro hari ini berbuka di The Chicken Rice Shop (TCRS) dengan menu baharunya iaitu Ayam Kilau yang pedas dan rangup yang diperkenalkan untuk para peminatnya bulan ini.
Menu terbaru ini tersedia mulai sekarang sehingga 21 Mei 2023 di semua cawangan TCRS berdekatan anda.
Hidangan istimewa ini boleh dipesan dalam 3 set berbeza – Meal A (set 1 orang), Meal B (set 2 orang) dan Meal C (set 4 orang) untuk pilihan makan seorang dan juga untuk makan sekumpulan pada bila-bila masa!
Bro pilih Meal B (set 2 orang) yang mengandungi :-
- Ayam Kilau (saiz 1/4 ayam)
- Single Serve Chicken (Bro pilih Roast)
- Nyonya Pai Tee (R) <- Fav Bro ni
- Sai To Fish Ball Soup (R)
- Spicy Savoury Ladies Fingger (R) <- Fav Bro ni
- 2x Nasi
- 2x Soup of the Day
- 2x Slurrrp Bandung
Kenapa Kilau?
Berkenaan pemilihan perkataan ‘kilau’ ini dijelaskan kerana mendapat inspirasi daripada seni pertahanan diri silat.
Nikmati ‘Ayam Kilau’ di The Chicken Rice Shop
Jom kita sembang sat pasal set Ayam Kilau dekat The Chicken Rice Shop ni.
Dimasak dengan gabungan perapan secukupnya, rasa Ayam Kilau melambangkan ‘keberanian’, apatah lagi apabila digandingkan pula dengan Sambal Hijau Kilau yang pastinya mengasyikkan.
Kalau Sambal Hijau Kilau tak cukup, anda boleh add on pada harga RM3.90
Selain Sambal Hijau Kilau, Ayam Kilau turut disajikan dengan hirisan timun, kacang panjang dan juga kobis. Tidak lupa juga tauhu & tempe goreng yang disajikan bersama.
Mengambil iktibar daripada seni pertahanan diri tradisional Melayu iaitu silat, dan perkataan ‘kilau’ yang bermaksud sinar, Mohd Taqiyuddin, juara piala emas dalam pencak silat pada SEA Games 2022 telah muncul di sekitar Kuala Lumpur di mana beliau mencabar orang awam untuk bersilat.
Para peserta yang berjaya telah memperoleh baucar TCRS bernilai RM50!
Menu ini hanya disajikan bagi tempoh waktu terhad sehingga 21 Mei 2023 di semua cawangan TCRS berdekatan anda. Jika anda sedang mengidam makanan tempatan yang pedas, inilah giliran anda untuk bersilat sampai ke The Chicken Rice Shop!
Untuk maklumat lanjut tentang menu baharu Ayam Kilau, sila layari www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/