Tiba-tiba tergerak hati untuk selfie sewaktu berada di pejabat.
Gua terperasan, gambar gua nampak lebih tua berbanding dengan kebiasaan. Mungkin sebab gua kurang tersenyum sejak kebelakangan ini.
Gua syak je kot.
Mungkin sebab itu ada sesetengah lelaki yang bila sampai masanya, tiba-tiba nampak muda. Awet muda kot.
Tapi apa rahsia awet muda mereka?
Mungkin dorang ada niat nak beristeri muda kot.
Apa-apa pun kita cuba fikir positif. Mungkin sudah sampai masanya dia berehat dan luangkan masa dengan keluarga. Tersenyum dengan gelagat ahli keluarganya yang membesar di depan mata mereka.
Mungkin juga sampai masanya untuk mereka menikmati sisa-sia hidup yang masih ada.
Bicara Bro : Maaf, aku sekali lagi hilang senyuman yang pernah ada bertahun lamanya dulu. Mungkin itu yang buat aku teringat pada dia.
hehe…senyumlah bro..senyum tu sedekah ;)
Kena cari orang yang mampu buat bro tersenyum…
senyum juga membuat awet muda
Maka, kena senyum selalu la kan
Kurang senyum nampak tua…
Dah nampak ketuaannya di situ kan…
Tak perlu kata apa2..senyum je selalu.. :-)
Harap masih mampu tersenyum…
Hahaha. Dan-dan nampak tua bro. Ce senyum mana perginya manis tu.
Kalau hang yang mintak bro senyum, memang tak la kot. Tapi kalau awek, insya’lah boleh…
salam. muka je nampak tua..tp hati tetap muda kan?
Hati muda siapa yang tahu he..23x senyap2 sudah, jangan ribut-ribut ya pak
senyum sokmo bro^^
Senyum sokmo bak kata org ganu^^