You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > Gagal SPM Kerana Putus Cinta

Gagal SPM Kerana Putus Cinta

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher diumumkan sebagai pelajar terbaik Kelantan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012
Tahniah diucapkan kepada mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM bagi calon 2013.

Bagi yang mendapat keputusan kureng sikit tue, jangan berputus asa. Perjalanan hidup anda masih panjang lagi. Jangan jadikan kegagalan SPM sebagai satu kegagalan terbesar dalam hidup anda (kecuali lepas dapat keputusan SPM korang nak bunuh diri kan).

Kredit gambar kepada Utusan.

Ini Bro nak cerita kisah seseorang yang gagal SPM kerana putus cinta.

Ini cerita sebenar dan ianya terjadi dalam hidup Bro sendiri. Saja nak kongsikan kenangan cinta monyet sewaktu sekolah dulu.

Please don’t try this at school.

Memang Bro mengaku yang Result SPM dulu agak teruk dek kerana putus cinta dengan seorang akak form 6.

Kalau ikutkan,

Result tak de la teruk mana, cuma tak seperti yang diharapkan oleh pihak sekolah. Tapi nampak juga peningkatan berbanding dengan Result Trial SPM.

Dapat 2A yang lain gagal.

Memang kena perli dengan pengetua dek kerana result dapat macam tue. Sedangkan sebelum nie, result tidak la mengecewakan. Dah la Bro salah seorang dari 5 orang pelajar Melayu dalam kelas itu.

Agak mencabar juga nak bersaing dengan mereka.

Akibat putus cinta je, terus tiada mood nak study dan jawab exam. Rasanya masa Trial SPM, paper yang gagal kebanyakannya (sebenarnya semuanya) Bro tak jawab.

Semuanya bermula pada awal 2-3 minggu selepas kemasukan pelajar tingkatan 6 rendah.

Waktu itu,

Bro tengah dalam keadaan serabut dengan sorang cikgu (pasal apa, Bro dah lupa)

So selepas sekolah, Bro lepak di kantin sekolah. Waktu itu tengah hujan, tapi tak lebat sangat. Sejuk la juga.

Tengah dok maki-maki dalam hati, tertiba perasan ada mata sedang memandang Bro. Mula-mula Bro macam abaikan je, tapi terperasan dia macam sedang ajuk perbuatan bro.

Bro tongkatkan dagu guna tangan kanan, dia juga buat begitu.

Bro letak dagu atas meja, dia juga buat begitu.

Bro bangun, dia juga buat begitu.

Bro duduk, dia juga buat begitu.

Dah kenapa budak perempuan sorang nie. Muka macam tak pernah nampak dekat sekolah nie.

Waktu itu, baru Bro perasan rupanya hanya kami berdua sahaja yang berada di kantin waktu itu.

Dia senyum pada Bro Aduhhhhh…!! comel la pula senyuman dia. Memang cair la kalau tengok. Maka Bro senyum balik sambil buat isyarat untuk duduk di meja dia.

Bila duduk semeja, Bro bertanya,

“Kenapa tak balik lagi”

Dia tersenyum sambil mengajuk sewaktu Bro bertanya. Kemudian dia tunjuk ke arah hujan.

“Oh hujan ye..” Bro pula yang menjawab soalan dari Bro sendiri.

“Tak la, salji. Awak tak perasan ke salji turun”

“La, boleh bercakap rupanya. Ingat baru nak buat macam iklan “Siapa nama? Oh Ahmad. Mahu pergi mana? Oh Chemor? Awak tak boleh cakap kah?” <- siapa ingat iklan nie?Dari situ bermulanya bicara kami berdua.Setiap hari kami berjumpa di kantin sekolah selepas tamat sesi persekolahan. Oh tak sangka, dia anak sedara kepada cikgu yang suka pandang slek pada Bro. Dia hari-hari pulang dengan pakcik sedara dia.Bermula juga waktu saham Bro naik mendadak dikalangan awek-awek tingkatan 6.Biasalah. Sekolah semua lelaki, hanya tingkatan 6 sahaja yang ada perempuan. Lelaki tingkatan 6 pula stok terhad, maka yang tingkatan 5 mengisi kekosongan stok yang sedia ada he..23xSehinggakan Bro rasa tak selesa nak dating di kantin sekolah. Bila ramai kawan-kawan dia lepak dikantin untuk menonton senetron yang sedang ditayangkan secara live depan mata dorang.Maka bermula dari itu kami cari port lain.Pada mulanya, rakan-rakan kelas dia ingat Bro ini pelajar tingkatan 6 atas. Sebab Bro berseluar putih dan juga adalah pengawas sekolah kot. Ke sebab Bro selalu mengelat lepak kelas tingkatan 6 atas dari lepak dekat kelas sendiri.Ada kawan dia yang buka cerita bagitau dia tak pernah couple tapi sekarang dia macam angau. Asal ada rakan dia yang sebut nama Bro, pasti dia akan tersenyum sorang-sorang.Parah gak tue. Sedangkan kami tak couple pun, cuma selesa bersembang dan berseloroh bersama dengan jenaka spontan dia.Malangnya,Bro pula jenis jarang ada disekolah bila tibanya musim-musim tertentu (siapa yang sekolah sama + duduk sekelas dengan Bro mesti perasan Bro jarang ada dalam kelas or datang sekolah).Waktu itu, kami macam kurang rapat sekejab dan Bro pula jarang menghubungi dia.Pernah sekali bertembung di tangga."Hai..!!!" tegur Bro"Ye, budak sombong" kata dia."Eh, mana ada kita sombong la wak. Kita busy sikit je" balas Bro."Ye la, orang tue sebulan kot ada tak de dekat sekolah. Tau-tau time perhimpunan naik pentas ambil medal" perli beliau.Perli baik punya. Sedangkan waktu itu, Bro memang banyak menyertai pertanding peringat negeri dan kebangsaan dalam sukan-sukan yang Bro sertai.

Dari situ bermulanya kisah sedihnya, bila dia sentiasa mengelak dari berjumpa dengan Bro. Kawan-kawan dia juga sama.

Pelik.

Sebulan lepas itu, baru dapat tahu dari rakan baik dia (itupun Bro tahan dekat tangga).

Maka terbuka cerita sebenarnya, ada seseorang sebarkan khabar angin dan mengatakan Bro sebenarnya playboy dan selalu mainkan hati perempuan.

Eh, lagi pelik.

Sejak bila bro mainkan hati perempuan sedangkan Bro bukannya pernah couple dengan budak sekolah mahupun budak sekolah berdekatan. Ini siapa pula yang pepandai buat fitnah nie?

Sehinggakan satu hari ada seseorang tahan Bro ditangga (ish asik jumpa orang dekat tangga je nie) dan mengaku dia yang fitnah Bro. Dia minta maaf.

Bro maafkan, cuma Bro minta dia repatkan kami semula.

Akhirnya kami dapat berjumpa juga. Cuma dia agak muram dan kurang bersembang mahupun buat jenaka spontan dia. Dia mintak putus dengan Bro dan mintak Bro jauhkan diri dari dia.

Dia xcakap kenapa dan berlalu pergi kepada pakcik dia (cikgu tadi yang lama menunggu dia untuk pulang)

Ini lagi pelik, tak pernah-pernah cikgu itu (pakcik dia) sanggup tunggu lama. Selalunya dia masuk kereta terus berlalu pergi. Ini dia menunggu anak sedara dia.

Agak stress disitu menyebabkan Bro tak dapat tumpukan perhatian untuk menjawab Trial SPM.

Maka resultnya…. Seperti yang Bro nyatakan sebelum ini.

Kemudian baru Bro tahu, rupanya dia dah lama tak datang sekolah. Buah pinggang dia gagal berfungsi dan buah pinggang kedua dia juga mungkin bakal mendapat kesan yang sama.

Bro dengar cerita itu, terus nak dermakan buah pingang Bro (nampak tak kecintaan monyet disitu – sanggup buat apa sahaja)

Tapi dia tolak, dia cakap masa depan Bro masih cerah lagi. Biar dia tersenyum disudut hatinya sama seperti pertama kali kami berkenalan. Hanya kami berdua, hujan, dan kami seperti hidup dalam dunia kami. Tenang….

Waktu itu, Bro strugle juga untuk buat yang terbaik pada SPM sebenar. Malangnya, Bro gagal mendapat keputusan yang cemerlang.
………………….
……………..
………….
………
……
….
..
.
Dengar cerita waktu tingkatan 6 atas, dia sekali lagi dimasukan ke hospital. Selepas neneknya meninggal, (dia sebenarnya anak yatim dan tinggal dengan neneknya)

Rasanya, Bro tahu kenapa dia seorang yang penyenyap dan kurang bergaul.

Selepas STPM, ada yang mengatakan dia berpindah ke tempat lain. Dan ada yang mengatakan dia sudah berkahwin. Mana satu yang benar, Bro sendiri pun tak tahu.

Dah berbelas tahun ianya berlalu.

Apa cerita dia sekarang, masih hidupkah dia. Jika masih hidup, harap kau tahu aku dulu pernah bahagia dengan senyumanmu.

Jika tidak, al-fatihah aku panjangkan untukmu..

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

18 thoughts on “Gagal SPM Kerana Putus Cinta

  1. Wah… Bro kongsi nostalgia lama.. Cerita masa cinta monyet sewaktu mendapat keputusan SPM.. Semoga kisah hidup bro dapat dijadikan ikhtibar kepada remaja di luar sana…

    1. Sometime fikir balik, kita nie hanya orang biasa… selebriti tv dorang tak kisah asalkan ada cerita hangat pasal mereka, nama akan naik dan makin terkenal. Maka lagi banyak job mereka akan terima 🙂

Leave a Reply

Top