Tak sangka industri satay terjejas selepas kenaikan harga Rokok, Minyak dan Gula. Begitu juga selepas pembentangan Bajet 2014.
Satay 30 sen sebatang sudah jadi 40 sen. Itu yang Bro perasan sewaktu berjalan-jalan di pasar malam Bandar Tasik Puteri, Rawang.
Kenaikan 10 sen sebatang agak terasa juga la bebannya.
Sebab selalu beli 10 -20 batang. Maka terasa naiknya RM1 – RM2. Rasa satay ini tak sama dengan rasa rokok. Maka jangan bandingkan harga sebatang satay dengan sebatang rokok.
Eh rokok sekarang dah berapa harganya ek?
Bro! nak habaq..taniah!…konah bz. tumpang lalu baca cerita satay
Tahniah sebab ape ek? sebab harga satay naik ek he…23x
haha.. sape beli sebatang memang tak rase kenaikan sangat.
kat kajang dah lama naik harga dalam 50-60 sen sebatang…tak tau sekarang berapa harganya…
Harga naik tidak boleh tahan tetapi kalau rasa dan bahan kurang buat hati terbakar.
Yang bro perasan waktu ini, dah xramai orang beratur beli macam selalunya…
Semua harga barang pun naik, nak tak nak telan jugaklah. Rokok? Jgn tanya memang tak tahu regenya.
Rokok mana boleh telan… kena hisap he..23x
nanti dan apply GST confirm harga barang lagi naik…
kalau naik dan kesedapan dia memuaskan hati xde masalah kot…mcm SA makan malam semalam…satay ayam 70 sen secucuk dan satay kambing 80 secucuk dan SA beli 10 cucuk for ayam 5 cucuk for kambing..semua sekali RM11, teringin nyer pasal…bayar je…
harga ini memang murah lagi berbanding kat Melaka secucuk satay ayam 0.60 @ 0.70…..
satay pun dah dikenakan GST