You are here
Home > BroFramestone Bertanya > Masih Adakah Satay RM0.30 Sebatang?

17,443,173 total views, 2,384 views today

Masih Adakah Satay RM0.30 Sebatang?

satay 30 sen
Masih adakah satay dijual pada harga RM0.30 sebatang?

Itu persoalan yang Bro ajukan di facebook. Tetapi tiada jawapan yang Bro terima menyatakan bahawa ditempat mereka ada orang jual satay pada harga 30 sen sebatang.

Gambar diatas merupakan harga satay di pasar malam (hari Rabu) di Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Ini merupakan kali ke-3 Bro beli dekat gerai ini.

Terkejut sangat dengan harga satay yang mereka tawarkan. Nak kata daging sataynya sikit, nampak macam banyak je.

Rasa lagi berbaloi makan satay ini berbanding dengan satay yang berharga RM0.80 yang tempoh hari Bro makan. Tapi Bro terlupa dekat mana Bro beli satay tue.

Disini Bro ingin kongsikan harga satay di lokasi tertentu berdasarkan jawapan dari rakan-rakan di facebook.

Irwan Alessa : Bukit Sentosa, Rawang – masih 45sen sebatang.
Muhammad Hafiidh Al Haq : Meru, Klang – average harga 50sen.
Innanie Ariffin : Kluang, Johor – masih ada lagi 25 @ 30 sen.

Nurul Adila Ahmad Husaini : Kampung Palet berdekatan dengan Bukit Mertajam, Penang – Sate 40 sen jual kat 1 kedai char kue tiaw.

Bagaimana pula dengan harga satay tempat anda?

Jom kongsikan.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

21 thoughts on “Masih Adakah Satay RM0.30 Sebatang?

    1. Lebih kurang je harga mcm dlm gambar tu bro..sy jarang beli tapi kalau pergi pasar malam mmg selalu nampak..kat pasar malam je boleh jumpa mcm tu bro..kalau beli tempat lain..mahu 70-90 sen secucuk..huhu

Leave a Reply

Top