March 29, 2024

Tergamak Makan Duit Haram

Duit Kertas RM20 BaruKenapa ada sesetengah manusia ini tergamak makan duit haram? Memanglah duit itu bukan duit dari jual arak atau babi.

Tetapi itu duit yang diamanahkan kepada mereka untuk mereka berikan kepada orang lain. Bukan sedikit jumlahnya.

Bro pun tak tahu, macam mana “budak ini” boleh hidup makan duit haram ek.

Dulu pernah sembang dengan dia, rupanya dia bakal pendidik (itu kata dia) nampak macam berwawasan tinggi dan komitment dalam melakukan sesuatu.

Atas kepercayaan,

Bro hulur satu projek untuk dia handle. Alhamdulillah respon positif dan berkesan. Kerja senang, hanya cari orang untuk promotekan projek ini.

Selesai tugasan, Bro hulurkan pembayaran kepada dia untuk dia bayar kepada orang yang terlibat termasuk upah dia menolong selama ini. Total memang cukup 4 angka.

Hampir sebulan ianya selesai.

Bro terima aduan dari orang lain bahawa projek yang Bro buat ini penipu atau “scam”. Sebab ramai yang tak dapat bayaran.

Eh, tak dapat bayaran? Peliknya sedangkan setiap pembayaran dan siapa yang terlibat, Bro ada rekodkan.

Bila diselidik, rupanya yang tidak menerima bayaran adalah mereka yang diuruskan oleh budak tersebut. Dan perkara ini tersebar luas di dunia social – facebook.

Perkara ini memburukan lagi situasi dan projek yang Bro uruskan hampir setahun ini (ke dah cukup setahun dah)

Sanggup dia tipu orang sana sini.

Jumlahnya bukan sedikit, banyak tue. Nak Bro dan mangsa-mangsa lain buat report polis x?

Dah la dia block Bro di facebook dan twitter. Tetapi No phone + nama mu (dalam mykad) + no akaun mu bro ada sebagai rujukan pihak berkuasa.

Fikir-fikirkan

Jika terlibat dengan kes polis, memang buruk sikitlah rekod anda dan susah untuk berkerja dalam sektor pendidikan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

26 thoughts on “Tergamak Makan Duit Haram

  1. Sebelum report try contact dia dulu untuk setel kes tu.. Kalau takde jalan penyelesaian, better buat report polis sebelum lebih ramai lagi orang kena tipu.. Bakal pendidik pun kalau akhlak sendiri tak terdidik, memang tak layak jadi pendidik..

  2. erm memang bayak tul masalah sebegii di dalam duani media sosial…kene sentiasa berhati2…harap kalau x dapat settle cara baik Bro settle je ngan pihak berkuasa…itu salah satau jalan terbaik untuk semua…

  3. Ada juga orang macam ni yer… Tergamak dia makan duit orang lain… Takper Bro, sekali dia buat macam ni rezeki yang diperolehi tak berkat… Bila tak berkat, pintu rezeki boleh tertutup..

  4. Harap si dia yg dimaksudkan tu sedar dan insaf serta cepat2 kembali ke pangkal jalan.

    Duit tak barakat tak ke mana selain membuka jalan pintas ke sana.

    Sekali bro dah terkena, harap bro lebih2 berhati2 lepas ni.

    Moga rezeki bro lebih luas lepas ni..ameen

  5. mmmm.. segelintir yang tak endah haram haram..

    tp baik bro cuba tanya betul2, kot2 dia ada masalah yg besar (antara hidup dan mati)yg terpaksa dia guna duit tu..

    wallahua’lam

  6. Saya nasihatkan bro jangan bagi muka orang macam ni. Terus je buat report dan ambil tindakan susulan. Orang macam ni, selagi kita tak buat apa-apa selagi tu dia tak kisah. Da ambil tindakan pun dia tak kisah. Kalau dah masuk ke dalam pun insaf kejap je. Dah banyak jumpa orang yang suka tipu duit orang ni. Dorang tak takut pun. Sebab dalam kepala dorang asal dapat duit sudah…

  7. Keimanan semangkin menipis dan jauh lari dari landasan keislaman, Syaitan memang selalu ingin mendampingi manusia jenis2 macam ni. Nauzubillah…Bro pikirkan jalan yang terbaik menyelesaikan masalah ni, di atas dasar percaya dan kejujuran.

Leave a Reply to Melly hannah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *