Seperti yang Bro sudah janjikan dengan isteri.
Hari ini baru ada kesempatan nak bawa dia pergi menikmati Nasi Arab di Restoran Saba’ yang terletak di Cyberjaya
Berdasarkan Google Maps jarak lebih kurang 70km dari rumah kami di Rawang nak ke sana.
Orang tengah mengidam, elok kita bagi apa yang mereka nak. Siap dia buat list sekali. Siapa tak sayang isteri.
Dia balik kerja pukul 3 petang tadi, terus Bro ajak dia pergi ke sana.
Sepanjang perjalanan si mak buyung ini lena tidur disebelah. Yup, sure letih bila seawal 5 pagi sudah keluar rumah mencari rezeki.
Rasanya macam Bro dah tunaikan je semua benda yang dia mengidamkan sebelum ini. Jangan tertiba bertambah pula he..23x
Anak dalam perut yang nak makan bro..kena tunaikan..hehe
Anak dalam perut yang nak makan, Bro pula tukang habiskan he..23x
belum pernah lagi makan nasi arab..roti arab pernah sekali je..
Bestnya Isteri Bro.. Pasti baby dalam perut berpuas hati dapat makan Nasi Arab..
baru boleh jadi isteri mithali bro !
sampai ke cyberjaya cari tu..hehe..good husband..=)
Normally bila due date bertambah hehehe macam kakak kikie..
Jauh bebenor cari nasi arab. Tapi, kalau aku pun sanggup je. Sayang bini punya pasal. Anak dalam perut tu pun perlu dijaga. Tak bagi apa yg dia idam nanti dia keluar mulut berair je sebab masa dalam perut tak dapat makan nasi arab.. Hehe..
assalamualaikum bro…wah sedapnya makan nasi arab tu…;)
ehehee lama tak pekena nasi arab ni.. kat cybrjaya ya.. inshaAllah sbtu atau ahad ni ada friendly futsal kat sana..boleh ajak member2 layan..ehe
teman ajelah. bukan selalu pun. haha
Nasi Arab Saba ini gaya masakan dari negara Yaman. Nasib baiklah tidak minta nasi Arab orginal dari Tanah arab jenuh hendak terbang ke sana. :-)
besnya nasi arab. bukan senang nak dapat yang nasi arab sedap. dekat beberapa tempat je boleh dapat. tahniah bro, bakal jadi ayah!
kalau mengidam mmg kena bawa dan cari
apa sahaja yg nak
nanti anak meleh air liur kalau x tunaikan :)