Baru sedar jusco membership card isteri sudah tamat tempoh.
Kalau tak renew, banyak penjimatan tidak dapat dinikmati termasuklah parking percuma di jusco.
Kalau xde jusco card, kena bayar rm1 untuk parking kecuali kalau parking kejab je.
Nak renew hanya RM12 setahun dan RM34 untuk 3 tahun.
Sekarang siap ada design baru yang lebih cantik dari kad yang sebelumnya.
Bila dah renew kad baru dapat shopping puas-puas (shopping barang dapur dan barang keperluan je) point dapat, diskaun pun dapat :)
banyaknya bro!!! perghhh,,, memang puas hati ni kak iera shopping ngan bro :D
Sikit je nie sebenarnya, Kalau nak tengok kami betul2 shopping kena tunggu time awal bulan or time ada duit masuk he..23x
Penuh satu troli :)
Semua barangan diatas fav Kikie bro!!!
Pantang tengok kad chantek Kikie pun mcm nak wat!
Huhuhu minat wat koleksi je pun… Nkg Aeon jauh kat Wangsa Maju plak, ada pun sblah rumah ni AEON BIG
Bro dekat sini, paling dekat pun Jusco ini je la…
typo lagi lar tu..RM24 lah bukan RM34 hewhewhew..
mcm banyak bukan keperluan jer bro :P
Bukan typo la kak. Dorang sendiri cakap RM34 untuk 3 tahun :)
kad JUSCO sama lak designnya dengan saya punya…..
suka shopping baju & handbag kat JJ….
http://ceritamayapersada.blogspot.com/2013/06/lawak-pagi.html
bab parking free tu tak tau plak boleh free..hehehe
If ada guna kad ini untuk membeli belah pada hari itu, so masa nak bayar parking masukan jcard untuk discount.
Dan selalunya memang free..
Hairan parking Aeon Rawang selalu kena caj kalau cawangan AEON di Melaka dan Setiawangsa percuma sahaja selepas masukkan kad Aeon ini.
Maybe cara masukan kad silap kot. Bro pun cuba banyak kali tapi kena caj juga.. last2 baru tahu tersalah masukan kad…
yang kod bar warna hitamnya kena hala ke atas. pelik gak
assalam bro…. ni jusco anggun rawang ke..ehheehhe…
Yup, jusco tue la.. kenapa ek?
assalamualaikum bro…bila dah cukup bulan mesti la nak pi shopping kalau ada kad diskaun lagi bestkan…;)
dulu sy memang rajin shopping kat Jusco ni…masa zaman study la..mmg byk jimat bila ada kad ni…sekarang ni jarang sangat guna da…tapi kalau da expired…mesti terus renew walaupun jarang guna…hee
Parking tu memang free ke lau guna kad?? Sy ada kad.. baru renew.. n pada hari yang sama, sy nak bayar parking tp tak boleh.. tetap kena bayar.. kenapa ek?? Sebelum ni boleh.. tp sejak tukar kad baru mcm x boleh plak.. ataupun kena tunggu 24hr bru boleh guna ek??
bergantung dengan Jusco yang anda pergi.
Ada kes dimana anda perlu membuat pembelian dan pembelian itu direkod dalam kad anda pada hari tersebut, baru boleh dapat parking percuma..