Bro sendiri sebak melihat keadaan rakan blogger yang rapat dan lama bro kenali, Jejai – Teratakarmo.
Memang doa Bro ingin menemuinya dalam masa terdekat.
Tak pasti sama ada rasa rindu atau apa. Tetapi hati ini kuat mengatakan, Bro perlu jumpa dia. Ada urusan yang Bro masih belum selesai dengannya.
Alhamdulillah,
Beliau gagahi diri untuk hadir di Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 anjuran Denaihati di Singgahsana Hotel. Beliau ditemani oleh isterinya.
Bro agak lewat sampai kerana perlu mengambil isteri balik dari kerja.
Akibat kelewatan, dan kebanyakan meja telah diisi. Maka pihak penganjur menempatkan Bro di meja vip, semeja dengan Jejai.
Sampai sahaja, dia memandang Bro dan tersenyum.
Dia tanya siapa ini, muka macam kenal.
Bro datang kepadanya, bersalam dan memeluk erat tubuhnya yang surut. “Aku Bro, aku teringin sangat nak jumpa kau”. Memang waktu ini air mata Bro mengalir deras.
Satu perasaan yang sukar dinyatakan oleh kata-kata.
Sewaktu bro mengambil makanan (buffet style) bro duduk kembali di meja. Beliau bertanya, “Ini kau masak ke? Aku nak rasa?”
Waktu itu memang meleleh air mata bro.
Bro hulurkan pinggan Bro padanya. Dia makan dengan penuh berselera. Lagi meleleh air mata Bro.
Bro pandang matanya, lalu bertanya..
“Aku makin sihat x?” dan dia mengiyakan soalan Bro tadi.
“Terima kasih atas nasihat kau selama ini, Alhamdulillah aku sudah berkahwin dan mempunyai isteri. Dialah budak perempuan yang aku kenalkan pada kau 2 tahun lepas. Aku harap kau masih boleh ingat”
Dia tersenyum.
Lagi buat bro rasa nak menangis lagi.
Memang sepanjang waktu majlis berlangsung, Bro tidak mampu menahan air mata yang mengalir. Mungkin ada rakan-rakan yang perasan dimana Bro lebih banyak berdiri dan berjalan di belakang berbanding duduk di meja.
Mungkin ada yang perasan mata Bro merah ataupun berair.
Nampak juga beberapa rakan yang menangis sewaktu bersembang dengannya.
Memang ramai yang dia tak boleh nak ingat, tetapi masih ada secebit memori yang masih mampu dia ingatkan.
Aku doakan yang terbaik buat mu dan keluarga mu Jejai.
Doa dari seorang sahabat buat sahabatnya.
Bicara Bro : Tahniah kepada Denaihati yang berjaya mengadakan Majlis Sepetang Bersama Blogger dan bawa Jejai bersama.
Memang banyak kenangan Bro bersama Jejai.
Sebelum ini, Bro ada kongsikan gambar beliau yang terkini dan nampak ramai rakan-rakan yang prihatin mendoakan kesihatan beliau.
Memang aku sebak bila tengok dia ….. mata berkaca menahan air mata….
lama tdk mndgr update bro jejai dri blogger2 lain.xsangka kuat semangat beliau hadir majlis SSB tu……doakan agar beliau kuatkan semangat.
Salam bro…tq share berita terkini Jejai..SEBAK!semoga semua urusan Jejai dipermudahkan..
Allah sedih rasanya. Yang kawan rapat mesti lagi sedih.
Walaupun saya tak berapa kenal dengan beliau, tapi selalu nampak ramai blogger2 lain bercakap pasal Jejai.
Moga keluarganya tabah.
Kita yang masih sihat mesti mendoakan kesejahteraan beliau.
Seumur hidup aku, hanya 2 kali air mata aku tertumpah, iaitu ketika bapa aku terlantar sakit di UH dan ketika aku melihat Jejai ditolak masuk ke dewan semalam kerana tanpa beliau, aku tak rasa ada yang kenal aku di alam blogging ni. #SaveJejai.
semoga Allah panjangkan usia bro jejai…aminnn
doakan jejai sihat…
aku yg tkda dkt situ pun sebak trngok n baca entry kau bro… Rasanya kalau aku ada dkt situ… Confirm aku pun mengalur air mata kot.
Walaupun tak pernah bertentang mata. Sedih juga dengar crita bro..doakn yang terbaik untuk bro jejai
sebak dengar cerita ni bro~ dah hampir setahun tak bersua muka ngan jejai… harap dapat jumpa lagi dia
assalamualaikum bro….sedihnya tengok keadaan bro Jejai ni semoga beliau sentiasa sihat hendaknya….izinkan mama share berita terkini ini yer….:(
sebak aku baca entry ni bro…semalam pun aku ada cakap ngan dia tapi aku tak le nak borak lama sebab aku rasa dah nak nangis saat aku dengar suara dia yag mengatakan yg dia masih ingat kat aku
saya baca entry ni sambil bayangkan situasi tersebut.. sedih rasa… moga blogger jejai kembali sihat
Beberapa kali saya cuba mengampiri beliau pada satu masa hanya sejengkal sahaja dengan beliau tetapi tak mampu berbuat demikian apa tah lagi hendak mengambil gambar beliau.
Berbeza sungguh keadaan ketika jumpa dan berborak di The Curve semasa event Dutch Lady tahun lepas. Sukar untuk saya berkongsi perasaan ini lebih-lebih lagi kawan-kawan yang lebih awal kenali beliau daripada saya.
walaupun saya x pernah jumpa dengan korang, tp saya selalu gak ikuti perkembangan blogger dari sejak swebelum ni dan bila tgk gambar ni rasa terkejut sebab x sangka bro jejai sakit sampai mcm ni sampai kurus badan beliau, kita doakan semoga beliau akan terus sihat
yang baca ni pun rasa sedih je bro
saya sempat salam dan cium tangan bro jejai. mmg rasa terharu dan rasa ingin menangis.
walaupun tidak mengenalinya dgn rapat dlm dunia blogging, saya tidak mahu melepaskan peluang utk bersamanya seketika setelah bro denaihati umumkan kehadiran bro jejai di #sbb2013
jujur, aku tercari-cari gak dia semalam bila DH umum awal-awal tu..
ya Allah bro jejai … bro, sy ingin berkongsi artikel ini .. kami sygkan bro jejai
aku nangis.. sebab dia dahn tak cam aku lagi bro.. last jumpa masa kita lepak NZ, farewell AE.. huhuuhu.. sebak!!
Nampak Bro semalam,asyik lepak belakang jer.Sedih juga,sempat bersalam dengan dia.Harap dia sembuh dengan izin Allah.
Semalam tuan denaihati ada minta dari noehas utk cuba rawat bro jejai. InsyaAllah minggu depan noehas akan cuba sekadar apa yang Allah izinkan. InsyaAllah.
mudahan diizinkan Allah, insyaAllah, sama-sama kita berdoa.
yg tengok gambar ni pun sedih… apatah lagi yg berada disisinya..
Semoga dia cepat sembuh.
membacanya pun dah sedih/
Semoga bro jejai tabah. InsyaAllah..
DN hanya mampu melihat dari jauh.. xmampu menghampiri beliau kerana takut menitiskan air mata seperti bro. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada beliau…
sedihnya,, T_T
Air mata bergenang jua membaca entri Bro nie,.. Moga Jejai kuat menghadapi dugaan allah niee.
salam..
simpati pada beliau, mungkin saya
tidak mengenali beliau sebelum ini
dan hanya tahu melalui blog sahaja..
di doakan beliau kembali sembuh..
lumrah alam, hari ni hari dia, entah
esok lusa hari kita pula..
sedih tgk dia..
aku teringin sgt nak jumpa dia.
hari ni byk kali dah air mata jatuh, gara2 baca entry pasal bro jejai ni.. moga beliau cepat sembuh.. in shaa Allah..
sayapun yang belum pernah melihat langsung waktu beliau sakit begitu sedih apalagi blogger yang rapat dengan beliau, semoga akan diberi kesehatan Bro Jejai oleh ALlah SWT Amin
bergenang mata baca entry ni…semoga bro jejai cepat sembuh…
Semoga Allah jua yg memberi kekuatan pada bro jejai dan keluarga…
walau tak kenal rapat dgn bro jejai…kami ttp sayangkan bro jejai =)
sedihnya….
teringat masa tyka down sebab blog, dia juga yang beri semangat, kini dia sakit, tyka tak berkesempatan nak beri semangat..
hanya dari doa sahaja untuk beliau…
Innalillah’wainnailahirojiun.. Azhar bin ramli..antara salah seorang blogger terkenal dalam malaysia nie…dapat berita pemergian beliau kerahmatullah ari nie pada 12/2/2013.. semoga beliau d tempatkan d kalangan yg beriman..alfatihah.. sumber dari anak buah saya sekeluarga yg kebetulan adalah jiran setaman arwah bro jejai..