You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Postmortem Majlis Sepetang Bersama Blogger

17,431,090 total views, 4,934 views today

Postmortem Majlis Sepetang Bersama Blogger

sepetang-bersama-blogger-anjuran-denaihati

Postmortem bagi Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 anjuran Denaihati Network.

Pada bro, ianya satu kejayaan selepas majlis yang sama berlangsung juga pada tahun sebelumnya 2012. Bukan mudah untuk mengajurkan majlis seperti ini dan terus mendapat sokongan dari rakan blogger yang mewakili 4 negara.

Antara negara yang terlibat kali ini, Malaysia, Indonesia, Brunei dan juga Kemboja.

Ianya bukan sekadar untuk mengumpulkan blogger-blogger, tetapi untuk mengeratkan hubungan sesama blogger. Tidak kira blogger tersebut femes, baru nak up ataupun yang baru nak berjinak dalam dunia blogging.

Pada majlis ini diselitkan juga dengan beberapa pengisian.

Mini Forum Sepetang Bersama Blogger Denai Hati

Mini Forum.

Terdapat 2 Mini forum yang dimoderatorkan sendiri oleh Abang Ensem dan juga Bro Framestone.

Dan panel yang dijemput juga bukan calang-calang. Terasa kedil sahaja bila bro sendiri diamanahkan untuk menjadi moderator.

Insya’lah Denaihati Network akan mengadakan majlis berbentuk forum dimasa hadapan.

Majlis Penyampaian Hadiah Contest iPhone 5 Gadget Impian.

Dalam masa yang sama, majlis ini turut mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Contest iPhone 5 Gadget Impian yang dianjurkan sendiri oleh Denaihati.

Tak sangka,

pemenang pertama hingga ke lima menerima iPhone 5.

Nampak gayanya jika ada contest seperti ini di masa hadapan, jangan sesekali anda miss. Sertainya juga. Siapa tahu, akan datang ada contest yang mampu menunaikan impian anda.

Salah seorang pemenang Contest iPhone 5 Gadget Impian – Kak Sha.

Pelantikan Official Blogger – Rebuild for GAZA.

broframestone Sani Araby Al-Kahery

Pada majlis ini juga, ada dijemput Sani Araby Al-Kahery, Director of Strategic Development & Corporate Relation Centre di Consultative Council for Islamic NGOs (MAPPIM).

Beliau berkongsikan pengalaman dan keadaan yang berlaku di GAZA.

Perkongsian beliau telah membuka mata hadirin yang hadir tentang keadaan yang telah berlaku disana dan apa yang telah dilakukan oleh sukarelawan yang telah pergi ke sana untuk memberi bantuan.

Official Blogger - Rebuild For GAZA

Pada kemuncaknya,

Beberapa blogger telah dilantik sendiri oleh beliau sebagai Official Blogger – Rebuild for GAZA. Berat tanggungjawab yang diamanahkan ini.

Tak sangka pada event ini.

Seseorang yang teringin sangat Bro nak jumpa turut hadir sama.

jejai teratakarmo ssb2013 denaihati

Walaupun Bro diletakan semeja dengan beliau. Bro sendiri tak sanggup nak duduk semeja dengan beliau. Air mata asik mengalir bila dengar butir bicara dari dia.

Siapa mampu bertahan, sekiranya rakan yang selama ini rapat dengan kita berkeadaan macam ini. Berat dugaan yang beliau dan keluarga beliau hadapi.

Majlis ini juga disertai beberapa media untuk membuat liputan sepanjang majlis ini dijalankan.

Anda boleh tonton liputan yang telah dibuat oleh TV1.


Harapan bro,

Moga program seperti ini akan terus berlangsung di masa hadapan. Nantikan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 pula.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

15 thoughts on “Postmortem Majlis Sepetang Bersama Blogger

  1. tahniah kerana Broframstone antara salah satu blogger yang
    telah berjaya. Keep it up.. Kami semua support sentiasa..

    Nice talking with u last time at SBB2013.. kim slm isteri

Leave a Reply

Top