You are here
Home > 1001 Pictures > Foto Pilihan > Moderator Mini Forum Sepetang Bersama Blogger 2013 Anjuran Denaihati Network

17,654,638 total views, 1,718 views today

Moderator Mini Forum Sepetang Bersama Blogger 2013 Anjuran Denaihati Network

Mini Forum Sepetang Bersama Blogger Denai Hati

Gambar sewaktu CEO Amanz Network berkongsi pendapat dan pandangan kepada para hadirin yang menyertai Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 di Singgahsana Hotel, Petaling Jaya.

Majlis anjuran Denaihati Network ini berjaya menghimpunkan blogger dari 4 buah negara iaitu – Malaysia, Indonesia, Brunei dan Kemboja.

Pada majlis ini,

Bro telah diberi kepercayaan oleh saudara Denaihati sendiri untuk memikul tanggungjawab sebagai moderator untuk sesi kedua mini forum.

Pada sesei kedua ini, antara panel yang terlibat :-

  1. Yuyu Zulaikha – Blogger remaja popular
  2. Ikhwan Nazri – CEO Amanz Network
  3. Dr. Yuliawan (Bang Iwan) – Wakil blogger dari Indonesia

Bagaimanapun akibat masa mencemburi kami. Maka slot mini forum sesi kedua terpaksa dipendekkan. Apa-apapun Bro ingin meminta maaf kepada hadirin kerana Bro tidak membuka slot untuk Q & A.

Apa-apa pun tahniah Bro ucapkan kepada jawatan kuasa penganjur yang telah menjayakan majlis seperti ini. Diharap akan ada majlis seperti ini di tahun depan.

Siapa tahu, “Majlis Sepetang Bersama Blogger” mampu menjadi aktiviti tahunan.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

35 thoughts on “Moderator Mini Forum Sepetang Bersama Blogger 2013 Anjuran Denaihati Network

  1. Tahniah Bro sebab terpilih jadi Moderator untuk mini Forum ke 2 SBB2013…
    Bukan senang nak jadi Moderator dalam majlis seumpama ini.. Hanya blogger terkenal dan berpengalaman seperti Bro dan Abang Ensem yang lebih layak… Tahniah saya ucapkan kepada Tuan Denaihati kerana telah membuat pilihan yang tepat… 😉

  2. Rasanya jadi tersanjung bisa duduk dalam satu forum dengan Bro Framestone ditambah lagi Yuyu Zulaikha – Blogger remaja popular, Ikhwan Nazri – CEO Amanz Network. Moga lain kesempatan bisa bersua kembali

Leave a Reply

Top