Alhamdulillah,
Sejak hari pertama berpuasa tidak putus-putus bro terima jemputan berbuka puasa.
Ada sekadar jemputan biasa dari kenalan dan ada juga jemputan dari hotel mahupun restoran tertentu yang ingin meminta perkhidmatan bro mempromosikan pakej berbuka yang mereka tawarkan.
Tapi malangnya,
Tak semua jemputan bro dapat pergi.
Bukan sebab bro memilih ataupun berlagak tak nak pergi.
Cuma lokasi dan masa tidak sesuai dengan keadaan bro.
Kadangkala jeles juga tengok ada rakan blogger makan dekat sana sini. Bro pula hanya makan bersama dengan budak rumah bro.
Dan tahun ini tahun last bro berpuasa bersama mereka. Selepas nie, bro dah tak duduk disini.
Rumah yang bro diami sejak tahun 2005 hingga sekarang.
Bro akui yang bro akan terima jemputan yang berbayar (sebab ini termasuk dalam pakej pengiklanan di blog bro). Jika tidak, ianya bergantung pada faktor-faktor dibawah :-
- Lokasi (kalau boleh kebarangkalian sesat tipis)
- Masa (bro tak sanggup berada berjam dalam kereta untuk ke sana).
- Kos (minyak + tol + parking).
- Kesihatan (Bro bukannya sihat sangat).
- Tidak bertindih dengan jemputan yang lain.
Apa-apa pun terima kasih sebab sudi menjemput bro selama ini.
Dan maaf dari pihak bro sebab gagal menghadirkan diri walaupun bro dah nyatakan bro tidak dapat pergi. Jangan segan nak jemput bro berbuka bersama.
Bro juga ingin minta maaf kepada rakan-rakan bro yang bro terpaksa tolak jemputan korang untuk berbuka bersama-sama.
Bicara Bro : Kesihatan bro kurang memuaskan.
Kalau korang perasan, bro macam kurang update blog dengan info dan perkongsian yang menarik.
Selamat berpuasa ek.
Take care, tingkatkan ibadat di bulan yang mulia ini ya Bro :)
Thank kak su.
Harap macam tue la. hari nie bp macam naik lagi. Saya dah start risau
berbuka jer nagn budak rumah..last kan..pasni dah tukar status :)
hargai zaman bujang ;p
Nak kena buat parti bujang ke?
Tapi rasanya bro tetap akan lepak dekat rumah nie. Tak tahu kenapa :)
Selamat menjalankan ibadah puasa bro…orang rumah masak apa hari ni….erkk…hehe.
Hari ini makan luar, ada food review..
makan je bro…sessi solat terawih tak de ke….?
ekekekkekekekekk
xkisah lh berbuka kat mana pun. yang penting dpt berpuasa & bertarawikh bila kesihatan mengizinkan…
Harapnya macam tue la ek. Bila nk berbuka sama nie deq noor
semoga bro sihat…amin…
jaga diri baik-baik bro..
rumah tu pasti meninggalkan banyak kenangan..
terlalu banyak kenangan tue…
Tidur kena cukup bro, kunci kesihatan ialah tidur dan rehat yang cukup. Jemput buka kat masjid Kota Damansara, yang ni percuma je, sekadar mengeratkan silaturrahim.
Tak berkesempatan nak ke sana. Jalan sure jam juga..
Dah lama tak ke sana
Dekat masjid kuning ke?
Tak sihat apa sebenarnya tu bro? Internal ke, external? Ishh…janganlah kiwa kacau sebab nak tukar status? Status tukar nnt, boleh juga upgrade in future kan.. You take care ya Bro.
Internal…
Banyak benda yang perlu difikirkan.. doakan yang terbaik je. Dah lama dh bro macam nie
mmm.. samalah bro jangan tak jemput ila lagi kiki
Insya’lah akan dijemput :)
sumanje…?
Aku takda jemputan lagi pun.. ish ish.. T.T
Tapi takpela.. Bulan puasa time balik kerja jamn teruk, malas nak gerak sana sini..
Belum ada member nak jemput mu kot.
Bro pun harap memember je nie
Datang yang mana boleh jer….tahun depan ker berteman?
Tahun nie dah berteman dah.
dah tahu dah…..Rahsia terbongkar
bile nak open table bro.har3
Open table.. sehari sebelum puasa bro dah open dah he..23x
Seronok dapat makan free cenggini…lagi best dapat jumpa blogger lain..
semoga bro cepat sihat..
Tahun lepas hampir setiap hari dapat jemputan dan melibatkan blogger.
Tahun nie je terasa lain sikit, sebab mana-mana event yang bro pergi tiada blogger yang terlibat.
Jgn risau2. Takot x dpt kawen psl duit x cukup yea? Pinjam mak.. Huhu.. Mkn peria or epal hijau. Takpun minum teh hijau. Atau minum air biji selasih..
Bukan pasal kahwin ke apa.
Memang kesihatan bro agak kurang sejak dua menjak nie.
Kesian dekat Bro..
Jaga kesihatan Bro supaya boleh memenuhi lebih banyak undangan daripada rakan-rakan blogger..
P/S: Tak jadi saya nak ajak Bro berbuka puasa di rumah saya… ;)
Rumah dekat mana ek? Insya’lah boleh je kot bro datang if dekat
buka puasa ngn budak umah la best. sng..sambil buka tgk tv… then terus je solat jemaah …. pastu leh g terawih,kalau g jemputan tu susah sikit, mesti makan berlebihan….:D
Kalau pergi jemputan, kebarangkalian untuk makan berlebihan berkurangan, sebab malu, makan kena cover.
Semooga selamat menempuhi Ramadan.. dan semoga sihat seperti sediakala.
Harapnya macam tue la kan.
sabar bro…..ada tu nanti rezeki
harapnya macam tue la kan.. Memang hari2 bro dapat jemputan, cuma keadaan bro tidak mengizinkan.
ALLAH nak uji tuh..hehe
Teringin hendak pergi cuma badang tak larat hendak tempoh perjalanan balik rumah yang jauh pada bulan Puasa ini tetapi tidak menolak jika ada jemputan pada masa akan datang.
If xsalah bro, sabtu nie nk ajak mu berbuka sama dengan artis.
If mu sudi. Detail bro xdapat lagi
eden pun pergi yang mana boleh bawa anak isteri…yang lain terpaksala ditolak unless isteri mengizinkan…
tak bestla juga makan best2 kat luar, isteri dan anak2 dirumah…
Betul tue, mcm xberbaloi just kita sahaja makan then promote dekat blog. Elok promote sambil tunjukan makan bersama keluarga.
Baru la penulisan dekat dihati
Eh, Redmummy pun ada sekali.
Jangan lupa jaga kesihatan ya Bro~
Assalamualaikum. semoga cepat sembuh bro :)
Ini entry tahun lepas la Sheila :)