April 27, 2024

Klang Parade Korea GyeongGi-do Food Festival Pada 8 – 13 November 2017

Klang Parade Korea GyeongGi-do Food Festival

Bagi rakan-rakan yang merindui hidangan & masakan korea, Bro nak ajak korang meluangkan masa ke Korea GyeongGi-do Food Festival akan di adakan di Klang Parade bermula 8 hingga 13 November 2017.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan di sana.

Antaranya :-

  • Mini Korean Bazaar
  • Korean Hanbok Photoshoot
  • Korean Food Demo
  • Korean Snack & Street Food Fair
  • Colouring Contests
  • Children Arts & Crafts DIY
  • Cabaran Spicy Noodle
  • K-Pop Kids Workshop
  • Persembahan Tarian K-Pop

Di sini, anda dapat temui dan nikmati hidangan terbaik yang dibawa terus dari Korea Selatan.

Klang Parade Korea GyeongGi-do Food Festival

Klang Parade Korea GyeongGi-do Food Festival

Klang Parade Korea GyeongGi-do Food Festival

Festival makanan disini mampu mengubat rindu bagi anda yang merindui hidangan dari Korea. Pelbagai menu dijualkan disini untuk anda nikmati.

Kalau rasa nak makan FREE, anda boleh sertai Cabaran Spicy Noodle yang pasti mampu mencabar kemampuan anda menikmati hidang viral yang terlampau pedas dari Korea.

Klang Parade Korea GyeongGi-do Food Festival

Bila sebut tentang Spicy Noodle,

Anda juga boleh membelinya di Mini Korean Bazaar yang turut menjual beberapa produk dari Korea yang mungkin sukar anda temui di Malaysia.

Pertandingan Mewarna Bertemakan Korea

Klang Parade Korea GyeongGi-do Food Festival
Acara Klang Parade Korea GyeongGi-do Food Festival menerapkan aktiviti kekeluargaan, maka diadakan Pertandingan Mewarna Bertemakan Korea buat kanak-kanak.

Ianya bakal diadakan pada 12 November dan anda dikehendaki membuat pendaftaran melalui link ini.

Terbuka kepada 2 kategori, 8 – 12 tahun dan 7 tahun dan ke bawah.

Untuk maklumat mengenai Korea GyeongGi-do Food Festival @ Klang Parade anda boleh sertai Facebook Event Mereka.

Jangan lupa untuk turun ke Klang Parade pada 8 hingga 13 November 2017 untuk memeriahkan lagi Korea GyeongGi-do Food Festival.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “Klang Parade Korea GyeongGi-do Food Festival Pada 8 – 13 November 2017

Leave a Reply to Norasikin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *