Telefon Pintar Neffos Melantik Fazura Sebagai Duta Neffos X Series

16,896,064 total views, 275 views today

Telefon Pintar Neffos Melantik Fazura Sebagai Duta Neffos X Series

Fazura - Duta Neffos X Series
Telefon pintar Neffos, telah melantik dan memperkenalkan pelakon dan penyanyi Nur Fazura Sharifuddin (Fazura) sebagai duta produk Neffos X Series.

Pemilihan ini berdasarkan populariti dan penampilan beliau dalam media sosial.

Walaupun memiliki jadual yang padat, beliau pandai mencuri masa untuk berkongsi cerita dan aktiviti beliau di media sosial.

Malangnya masa yang terhad tidak dapat digunakan sebaik mungkin jika mengambil masa yang lama untuk unlock phone, edit gambar dan juga waktu mengecas telefon lebih lama.

Oleh itu,

Neffos X Series memberi lebih kebebasan untuk beliau merakam saat-saat berharga.

Fazura - Duta Neffos X Series
Bagi Fazura sendiri, setiap saat amat bermakna kepada beliau. Dengan Neffos X Series, beliau dapat unlock telefon pintarnya sepantas 0.2 saat menggunakan pengesan cap jari.

Bukan itu sahaja, Neffos X Series juga dilengkapi dengan phase-detection autofocus (PDAF) yang pantas, memberi Fazura mengambil gambar terbaik dalam tempoh 0.2 saat juga.

Sepanjang tempoh ini, Fazura akan mempromosikan dua telefon terbaru Neffos, X1 dan X1 Max yang masing-masing bersaiz 5.0 inci dan 5.5 inci dengan pemprosesan MediaTek Helio P10 yang menjadikan operasi telefon lebih pantas serta menjimatkan bateri.

Kedua-duanya membolehkan anda menggunakan telefon untuk pelbagai keperluan seperti bekerja, bermain game, melayari laman web dan bersosial.

Neffos X1 Max (akan berada di pasaran Malaysia, bulan Mac 2017) menggunakan teknologi pengecas pantas dengan 30 minit untuk cas sebanyak 50 peratus.

Neffos X1 Series Malaysia

Neffos X1 Series Malaysia

Nefos X1 dan X1 Max diperkenalkan awal tahun ini dengan Neffos X1 berharga RM769 untuk RAM 2GB dan storan 16GB manakala versi RAM 3GB serta storan 32GB pula berharga RM849.

X1 Max pula diperkenalkan dengan harga RM999 bagi RAM 3GB dan storan 32GB manakala versi RAM 4GB serta storan 64GB pula berharga RM1,199.

Setiap Neffos X Series didatangkan dengan jaminan selama 2 tahun.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.neffos.my atau laman Facebook Neffos Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Page with Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *