TP-LINK Perkenalkan Neffos X1 & Neffos X1 Max Untuk Pasaran Malaysia

16,900,390 total views, 2,378 views today

TP-LINK Perkenalkan Neffos X1 & Neffos X1 Max Untuk Pasaran Malaysia

Neffos X1 Series Malaysia
TP-LINK telah melancarkan Neffos X1 & Neffos X1 Max untuk pasaran Malaysia bagi awal tahun 2017.

Sebelum ini, mereka telah memperkenal Siri Neffos X1 pada acara IFA 2016 di Berlin dengan membawakan rekaan menarik bersama spesifikasi berkuasa.

Siri Neffos X1 dilihat memfokuskan kepada rekaan premium seperti binaan berasaskan logam, penawaran kaca 2.5D pada bahagian skrin, bersama bezel sisi hanya 0.6mm.

Ia juga hadir dengan rekabentuk nipis melalui kenipisan 7.75mm untuk model X1 dan 7.95mm untuk model X1 Max.

Neffos X1 Series Malaysia

Dari segi spesifikasi, Neffos X1 hadir dengan skrin 5-inci pada resolusi 720p, cip pemprosesan MediaTek Helio P10, pilihan memori 2GB atau 3GB RAM, pilihan storan dalaman 16GB atau 32GB, dan sokongan microSD sehingga 128GB.

Dari segi kemampuan kamera, ia menawarkan sensor 13MP f/2.0 Sony IMX258 bersama keupayaan kamera hadapan 5MP.

Neffos X1 turut didatangkan dengan pengimbas cap jari pantas dengan kemampuan menyahkunci peranti dalam masa hanya 0.2 saat. Ia juga didatangkan dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow bersama bateri dalaman sebesar 2250 mAh.

Neffos X1 Series Malaysia

TP-LINK Neffos X1 Max pula menawarkan spesifikasi seumpama X1 melainkan hadir dengan skrin yang sedikit besar iaitu 5.5-inci pada resolusi 1080p. Model ini menawarkan pilihan memori 3GB atau 4GB RAM yang mana dididatangkan dengan pilihan storan dalaman 32GB atau 64GB.

X1 Max turut menawarkan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 3000 mAh bersama fungsi pengecasan pantas terbina. Ia membolehkan peranti dicas sekitar 50% dalam masa 30 minit.

Neffos X1 Series Malaysia

Siri Neffos X1 ini bakal ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Cloudy Grey dan Sunrise Gold yang mana boleh didapati pada harga bermula RM769 untuk model X1.

Bagi yang ingin mendapatkan model Neffos X1 Max, ia boleh didapati pada harga bermula RM999 yang mana mula dijual sekitar Mac ini.

Untuk tempoh terhad, TP-LINK turut menawarkan bundle percuma kepada 50 pembeli terawal seperti Groovi Bluetooth Speaker, kerangka tambahan, dan screen protector yang bernilai RM159.

Kedua-dua peranti ini boleh didapati melalui pautan ke laman Lazada dibawah yang menjadi laman jualan eksklusif bagi peranti TP-LINK Neffos.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Page with Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *