Ada peminat Rendang tak dekat sini?
Mamee Chef menjemput anda untuk menikmati rasa asli dan legenda rendang pada bila-bila masa yang anda inginkan dalam pek serba baharu Mi Goreng Rendang Legenda.
Diinspirasikan oleh lagu ikonik Dato’ Sheila “Legenda”, Mamee Chef Mi Goreng Rendang Legenda memiliki rasa asli dan autentik.
Sebagai hidangan “mi goreng” pertama jenama tempatan, Mi Goreng Rendang dilengkapi dengan Kruk Kruk (bawang goreng) dan hirisan cili dalam setiap pek.
Untuk menikmatinya, masukkan mi segera ke dalam 400ml air yang mendidih dan masak selama 3 minit. Toskan air dan letakkan mi segera di dalam mangkuk. Akhir sekali, masukkan serbuk perencah, pes dan ramuan tambahan, gaulkan dengan rata dan nikmatinya.
“Ratu Jazz Malaysia” dan duta jenama Mamee Chef Dato’ Sheila Majid telah membuat persembahan di seluruh dunia, tetapi baginya, rumah ialah tempat dimana Sheila boleh menikmati makanan kegemarannya bersama orang tersayang.
“Rendang semestinya hidangan kegemaran keluarga saya – ibu saya sering membuat hidangan istimewa ini semasa musim perayaan, dan kami akan berkumpul bersama ketika kenduri!
Di Malaysia, makanan adalah sesuatu yang dekat di hati kita; rasa legenda rendang memang digemari oleh semua orang daripada semua lapisan masyarakat. Dengan Mamee Chef Mi Goreng Rendang Legenda, saya dan keluarga boleh menikmati rendang asli yang kaya dengan aroma, tanpa perlu menunggu musim perayaan atau majlis istimewa!”
Untuk meraikan pelancaran legenda Mamee Chef Mi Goreng Rendang Legenda, Dato’ Sheila Majid dan anak perempuannya, penyanyi hip-hop Kayda Aziz, telah menerbitkan sebuah lagu baharu! Tonton video muzik rasmi untuk “Kenikmatan Legenda” di YouTube.
Mamee Chef Mi Goreng Rendang Legenda (RM6.90/4 pek) kini boleh didapati di pasar raya di seluruh negara, serta dalam talian melalui Kedai Rasmi Mamee di Lazada dan Shopee.
Akak masak lagi bagi anak rasa dia kata sedap.
Nanti nak masak time reramai… Baru meriah