October 3, 2022

Vietjet Tawar Promosi 99% pada 9/9 Sempena Perayaan Pertengahan Musim Luruh

Top 10 Vietjet

Sempena Perayaan Pertengahan Musim Luruh atau Perayaan Kuih Bulan, Vietjet menawarkan diskaun 99% untuk tambang penerbangannya.

Tanpa mengira penerbangan domestik atau antarabangsa, Vietjet akan menawarkan 100,000 tiket promosi dalam jualan hebat 24 jam yang bermula pada jam 1:00 pada 9/9 (waktu Malaysia).

Tambang diskaun untuk penerbangan Kuala Lumpur-Vietnam juga merupakan sebahagian daripada tawaran hebat ini, di samping destinasi antarabangsa lain.

Melalui promosi hebat ini, Vietjet menyasarkan untuk menghubungkan destinasi percutian utama Vietnan seperti Hanoi, Bandar Ho Chi Minh, Da Nang, Nha Trang, Phu Quoc dan Hai Phong dengan pelbagai destinasi di seluruh Asia termasuk Tokyo, Osaka, Fukuoka, Nagoya, Seoul, Busan, Mumbai, New Delhi, Bali, Bangkok, Phuket, Chiang Mai dan Singapura antara lain.

Selain daripada itu, Vietjet juga bakal melancarkan laluan penerbangan langsung dari Pulau Phu Quoc ke Mumbai dan New Delhi minggu ini.

Ini merupakan satu tambahan kepada laluan penerbangan yang telah diumumkan sebelum ini, yang menghubungkan bandar-bandar utama Vietnam seperti Ho Chi Minh City, Hanoi dan Da Nang dengan Bangalore, Ahmedabad dan Hyderabad yang akan dilancarkan pada akhir tahun ini.

Penerbangan baharu ini akan meningkatkan jumlah laluan penerbangan Vietnam-India kepada 17 laluan menjelang akhir tahun 2022.

Vietjet Mid autumn sale 9.9

Dengan tawaran rangkaian penerbangan yang meluas setiap hari, masa penerbangan yang memudahkan dan ribuan tiket promosi, Vietjet bersedia untuk mengalu-alukan ketibaan para penumpang atas armada baharu dan modennya yang turut disertakan dengan hidangan panas, segar dan lazat yang disajikan oleh krew kabin yang berdedikasi dan mesra, serta pelbagai perkhidmatan lain yang disediakan.

Para pelancong ke Vietnam turut boleh menikmati pengalaman perjalanan seperti masa pra-pandemik kerana keperluan ujian Covid-19 telah dimansuhkan bagi semua ketibaan antarabangsa tanpa mengira status vaksinasi.

Tiket promosi boleh dibeli di www.vietjetair.com atau aplikasi mudah alih Vietjet Air.

Para pelancong boleh menggunakan kod promo VIETJET99 untuk mendapatkan diskaun sehingga 99% atas tambang tiket ECO (*) Tempoh penerbangan untuk tambang promosi ini adalah dari 19 September 2022 sehingga 26 Mac 2023 (**).

(*) Tidak termasuk cukai dan yuran
(**) Tidak termasuk Tahun Baharu Vietnam (Tet) dan cuti umum

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *