December 12, 2024

Rakan Sekeluarga Berhijrah dan Kerja Di Qatar, Selamat Tinggal Malaysia

friendship blogger never end
Dapat khabaran, salah seorang rakan “terapat” bakal berhijrah dan bekerja di Qatar.

Alhamdulillah, rezeki beliau sekeluarga, lagipun kepakaran beliau agak terhad untuk dapat tawaran lebih baik sekiranya masih berkerja di Malaysia.

Sebelum ini,

Beliau terpaksa outstation ke Qatar, Kenya, Bangladesh etc berbulan-bulan meninggalkan keluarga atas urusan kerja. Selagi kerja tak siap, selagi itu sukar untuk pulang ke Malaysia.

Lebih ketara, claim lambat dapat, bonus macam ada tiada, belum lagi part gaji yang tak nampak kenaikannya.

Tengok surat tawaran yang beliau terima pun, mampu buat aku tersenyum.

Terutama tang gaji dan elaun bulanan yang bakal beliau terima. Itu baru aku, belum lagi dia. Dan dia akan bawa keluarganya untuk duduk disana.

Februari 2017 – Apa Cer Tahun Ini

Minions - Successfully Wasted 1 MonthJika ikutkan, banyak perkara gembira dan positif aku terima sepanjang bulan pertama tahun 2017.

Tidak lupa juga, perkara yang kurang enak atau negatif.

Untuk teruskan hidup, aku terpaksa elak dan jauhkan perkara-perkara yang kurang memberi manfaat kepada aku.

Aku ada anak dan isteri perlu dijaga. Moga rezeki dipermudahkan dan dimurahkan. Lepas duit pampers dan susu anak pun, aku dah cukup bersyukur.

Awal tahun hari itu, aku dapat tawaran kerja lagi dari seorang kenalan. Gaji dan elaun yang diberikan juga boleh tahan, tetapi terpaksa tolak atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Teringat lagi, tahun lepas ditawarkan kerja dengan gaji minima 5 angka berdasarkan pengalaman dan kemampuan yang pernah aku pamerkan sewaktu kerja dahulu.

Tetap juga aku tolak,

Sebab dulu, aku single. Now, ada 2 orang puteri yang perlu aku jaga dan luangkan masa bersama.

Hidup ini, bukan sekadar nak kejar duit sampai lupa perkara yang terpenting dalam hidup ini. Mana tahu ia merupakan Rahsia Rezeki yang mungkin kita terlepas pandang.

Best Friend Forever

Tiba-tiba rindu nak lepak sesama macam dulu-dulu.

Masing-masing ada keluarga dan kerjaya masing-masing. Harap sebelum rakan kita yang sorang ini jadi warga Qatar, jom plan lepak sesama.

Dekat rumah dia pun ok je, boleh request Pak Lan masak.

Dengar cerita banyak benda dia nak tolak, harap dia tak tolak dosa dekat aku je he…23x

Bicara Bro : Puan Isteri, ada menyatakan hasrat beliau untuk bekerja di UAE. Gaji yang ditawarkan juga agak tinggi berbanding dengan gaji sekarang.

Cuma, beliau masih terikat beberapa tahun lagi dengan tempat kerja sekarang. Jika tidak, beliau perlu bayar denda RM50k untuk berhenti kerja.

Kalau ikutkan juga, Bro juga pernah berniat untuk bekerja di sana selepas tamat Sarjana Muda dulu. Seronok tengok rakan sekuliah (just ada beberapa ketul je) pindah dan kerja disana. Malangnya, Bro perlu dapatkan “lesen” untuk melayakan / iktirafkan Bro untuk memegang jawatan itu.

Kenalan suami isteri yang Bro kenali sewaktu mereka buka restoran, juga akan ke sana pada bulan March ini. Atas urusan menguruskan perniagaan kenalan mereka.

Nampak makin ramai, bawa diri dan bekerja di luar negara.

Kenapa perkara macam ini terjadi? Korang sendiri tahu jawapannya he…23x

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

21 thoughts on “Rakan Sekeluarga Berhijrah dan Kerja Di Qatar, Selamat Tinggal Malaysia

  1. alhamdulilah. rezeki allah itu ada di mana-mana. saya ada juga beberapa rakan yang berhijrah ke sana. bila tengok tang tawaran gaji mereka, hamboi. meriah sungguh! apa pun, rezeki itu ada pada semua. kan?

  2. Teringat pulak peribahasa, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Hahah, peribahasa tu orang zaman sekarang pandang terbalik. Memang itu pun hakikatnya. Kurang bijak la kalau sanggup berhujan batu sedangkan hujan emas mampu kita capai.

  3. Gua rindu nak kerja semula di UAE. Ikutkan darah muda dulu 6 bulan rasa lama gila, kalaulah boleh putar balik masa. Takpun ada company dari sana yang panggil gua balik.. kan best. hohoho

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *