April 27, 2024

The Joy Of Life – Minuman Kolagen Sarang Burung Yang Halal Diminum

The Joy Of Life – Minuman Kolagen Sarang Burung Yang Halal Diminum
The Joy Of Life – Minuman Kolagen berasaskan Sarang Burung (Collagen-infused bird’s nest) dengan perisa buah-buahan tempatan kini boleh didapati Malaysia.

Ia merupakan jenama minuman berkhasiat terbaru dalam rangkaian produk berasaskan ‘Collagen Bird’s Nest’ keluaran Ecolite Biotech Manufacturing Sdn. Bhd (Ecolite).

Minuman berkhasiat ini telah terbukti secara saintifik dapat membantu memulihara sel, sistem pernafasan dan organ dalaman tubuh.

Selain itu, ia juga membantu memperbaharui sel kulit agar lebih lembut, gebu berseri dan awet muda untuk jangka panjang.

The Joy of Life

Patut la muka dorang lain macam lepas menikmati minuman kolagen The Joy Of Life. (Kredit gambar : Afzal Suka Suki)

Yang menariknya, The Joy Of Life disahkan Halal oleh JAKIM.

Maka anda tidak perlu berasa was-was atau risau untuk menikmati minuman Kolagen berasaskan Sarang Burung ini.

Ia didatangkan dengan 5 perisa iaitu Aloe Vera, Lychee, Longan, Kurma Merah dengan Wolfberry dan juga Perisa Asli. Mana satu pilihan anda?

The Joy Of Life – Minuman Kolagen Sarang Burung Yang Halal Diminum

The Joy Of Life – Minuman Kolagen Sarang Burung Yang Halal Diminum

The Joy Of Life – Minuman Kolagen Sarang Burung Yang Halal Diminum

The Joy Of Life – Minuman Kolagen Sarang Burung Yang Halal Diminum

The Joy Of Life – Minuman Kolagen Sarang Burung Yang Halal Diminum

Setiap botol mengandungi serat Sarang Burung bersama 2500mg Kolagen, ‘Rock Sugar’ dan ‘RO Water.

Khasiat Sarang Burung Yang Perlu Anda Ketahui

Khasiat sarang-sarang burung layang-layang atau walit didapati mempunyai dua nilai pemakanan tinggi yang sangat unik dan aktif iaitu faktor stimulasi mikrogenik.

Kedua-dua faktor itu membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan, serta dikatakan menjadi punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus.

Selain membekalkan kecantikan pada kulit, sarang burung itu juga membuktikan ia sangat berkhasiat kerana mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan dalaman, khasnya melancarkan sistem aliran darah dengan lebih lancar.

Pengambilan sarang burung dalam jangka panjang adalah ketahanan terbaik terhadap penuaan, manakala unsur protein aktif dalam sarang burung turut merangsang pembesaran sel dalam sistem imunisasi, lantas menguatkan imuniti badan dalam melawan penyakit.

Sarang burung juga sesuai bagi wanita hamil kerana ia memberi faedah kepada ibu dan bayi. Ini amat jelas berikutan bayi yang dilahirkan akan memiliki kulit yang sangat cerah lagi halus, serta fungsi badan lebih kuat berbanding bayi lain dan ibu juga pulih lebih cepat selepas melahirkan.

The Joy Of Life – Minuman Kolagen Sarang Burung Yang Halal Diminum

Ecolite merupakan satu-satunya pengeluar, pengilang dan peneraju utama pasaran produk-produk berasaskan Sarang Burung di Malaysia sejak sedekat yang lalu.

Ia menternak, mengumpul dan mengilangkan sepenuhnya Sarang Burung agar kesemua proses pembuatan sentiasa terjamin dari segi kebersihan, kualiti dan khasiat setiap produk yang dikeluarkan.

Minuman Kolagen Sarang Burung - The Joy of Life

Anda kini boleh dapatkan Minuman Kolagen berasaskan Sarang Burung, The Joy Of Life kini boleh dibeli di kesemua rangkaian kedai serbaneka 7-11, dan akan tersedia dalam waktu terdekat di farmasi-farmasi utama serta hypermarket seluruh Malaysia.

Harga yang ditawarkan serendah RM6.50 sebotol.

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘The Joy Of Life’, anda boleh layari www.thejoyoflife.my atau laman Facebook The Joy of Life.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

6 thoughts on “The Joy Of Life – Minuman Kolagen Sarang Burung Yang Halal Diminum

Leave a Reply to Cik Ash Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *