Nur Elfisha, anak sulung Bro kini berusia 3 tahun.
Baru-baru ini, Bro memperkenalkan beliau dengan PLAY-DOH Shape & Learn untuk meningkatkan kreativiti sambil belajar ketika bermain.
Ianya sesuai untuk kanak-kanak berusia 2 tahun dan ke atas.
Pemilihan alat pemainan banyak membantu perkembangan pemikiran dan kreativiti beliau sewaktu dalam tempoh membesar ini dan juga mengeratkan hubungan bersama keluarga.
Terutama permainan yang boleh disentuh dan dicorak mengikut kreativiti kanak-kanak tersebut. Warna juga memain peranan yang penting dalam memastikan tumpuan / fokus mereka sewaktu bermain.
Ianya jauh berbeza jika dibandingkan dengan trend kanak-kanak masa kini yang dimanjakan dengan smartphone dan tablet.
PLAY-DOH Shape & Learn Letters & Language
PLAY-DOH Shape & Learn membantu memberikan inspirasi kepada minda kanak-kanak untuk berkembang melalui set mainan yang bertekstur.
Ia secara tidak langsung menggalakkan anak anda dalam membina asas dalam diri mereka untuk membantu mereka bergerak setapak demi setapak dalam meneroka keajaipan dalam hidup mereka.
Keajaiban ini berlaku melalui penerokaan deria mereka melalui aktiviti yang diperbagaikan selaras dengan perkembangan minda dan kreativiti mereka.
Nampak menarik bukan, dan ianya sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 dan ke atas.
Dengan warna yang menarik mampu meningkatkan deria penglihatan kanak-kanak dan membolehkan mereka memberi fokus ketika bermain.
Rasanya, bukan kanak-kanak sahaja yang akan bermain. Ibubapa juga pasti teruja untuk turut serta.
PLAY-DOH Shape & Learn hadir dengan kompaun PLAY-DOH, pengecop berabjad, batang penggelek, gunting plastik dan kertas pelapik berabjad.
Kebanyakan peralatan seperti pengecop berabjad dan batang penggelek agak sesuai untuk tangan mereka membina kekuatan otot ketika bermain.
Ia mampu meningkatkan kemahiran melalui pembangunan deria motor mereka, termasuk kemahiran motor halus mereka.
Perkembangan motor yang baik bukan sahaja penting bagi kanak-kanak membuat gerakan. Ia juga merupakan keperluan asas bagi pembelajaran seorang kanak-kanak.
Ia melibatkan pergerakan manipulatif di mana ia memerlukan kanak-kanak mengawal penggunaan anggota badan mereka seperti tangan dan kaki. Misalnya kebolehan kanak-kanak untuk memegang, membuka dan melepaskan gengaman.
Dalam kes Nur Elfisha,
Bro dan puan isteri menjadikan PLAY-DOH Shape & Learn ini sebagai medium pembelajaran terutama bagi memperkenalkan warna, bentuk dan abjad kepada beliau.
Dalam tempoh pembelajaran ini, kami cuba mempertingkatan kemahiran beliau untuk berkomunikasi dengan kami. Walaupun ada beberapa perkataan agak pelat bunyinya, ia merupakan langkah pertama untuk memantapkan lagi komunikasi antara kami.
Jangan risau sekiranya anda tidak mahir mengajar anak menggunakan set PLAY-DOH Shape & Learn ini.
Ia didatangkan dengan buku panduan yang boleh membantu anda mengajar anak sewaktu mereka bermain. Anda juga boleh gunakan kreativiti sendiri untuk menjadikan pembelajaran anak anda lebih menarik.
Seeloknya, anda bermain bersama untuk menyesuaikan si anak mengikut perkembangan dan pengalaman ketika bermain. Sekaligus mengeratkan hubungan anda anak beranak.
Anak2 klu dpt play-doh ni mmg khusyuk… dulu masa anak2 aku kecik pun sampai aku tertido melayan dia org main hahahaa… ayah pun join sekali main pondok2 makan fries play-doh :D :D
Kan.. Kenkadang mak bapak yang over berbanding anaknya.
Nie Bro tengah jalankan Giveaway dan anda mungkin boleh memenangi 1 Set PLAY-DOH Shape & Learn Letters & Language untuk anak anda.
Boleh rujuk artikle terbaru di blog Bro.
kalau dapat kat anak saya ni kejap je habis lesap
Habis lesap ke mana la tue. Apa kata try dapatkan satu untuk dia?
Nie Bro tengah jalankan Giveaway dan anda mungkin boleh memenangi 1 Set PLAY-DOH Shape & Learn Letters & Language untuk anak anda. Boleh rujuk artikle terbaru di blog Bro.
teringat masa kecik-kecik dulu, play doh ni antara mainan yang saya nak sangat tapi tak dapat, sebab masa tu kekangan duit…bila dah besar-besar nih tak pulak pergi beli hehe
Tak pe, Bro faham… kita senasib sebenarnya. Cuma, mak ada ajar macam mana nak buat tanah liat sendiri guna tepung.
Boleh leka bagi main Play Doh boleh buat bentuk. Nak buat makanan kerr, nak buat binatang ker dan macam-macam lagi.
Yup, tak pasti siapa yang leka sebenarnya. either anak or mak bapaknya he…23x
senyum kak long dapat play doh… daddy tak join main ke
Kalau daddy join, siapa nak amik gambar?
hahhahhaa terlupa pulak dady kan jurugambar terbaik kak long